HIKMAH DI SEBALIK ITU

Cerita ini ingin aku coretkan di sini supaya nanti satu hari apabila aku membaca di kala aku putus asa aku sedar bahawa rahmat Allah terlalu besar untuk aku. Kasih sayang Allah itu berganda-ganda lagi berbanding kasih sayang ibu ayah, bayangkan.

Ceritanya hari kejadian mood sedih saja. Rasa hati tak senang. Rasa macam banyak masalah dan dalam hati mempersoalkan kenapa jadi macam ni. Kenapa aku nak kena tanggung semua ini. Malamnya abah ajak ke satu rumah untuk mengurut. Mengurut kaki yang lenguh tak lega-lega. Hati memberontak tak mahu ikut, tapi langkah dituruti saja sebab tak sampai hati.

Aku, mak, abah transit (di Jitra ja) di rumah kakak dulu sebab abang ipar ja yang tahu rumah tu. Mulanya abang ipar dan abah ja akan pergi tapi anak buah gaduh nak ikut dan kena bawa 2 kereta sebab kereta penuh dengan barang. Arrghhh! Lagi memberontak, mood swing, terpaksa pulak drive. Mula ingat dekat ja, rupa-rupanya jauhhhh ke dalam.

Sampai di lokasi, gelap sahaja lorong-lorong rumah. Hanya lampu dalam rumah sahaja yang menyala. Kami tunggu di luar, dari jauh aku nampak seorang wanita baya mak sibuk menyapu ruang tamu. Memakai kain batik dan T-shirt lusuh.

Seberapa lama di luar kemudian di jemput masuk ke dalam rumah. Aku dapat lihat wajah wanita tu seperti serba salah. Mungkin sebab rumahnya yang lintang-pukang. Aku masuk, cuba menahan pandangan mataku dari melilau. Tapi kalau tak melilau pun aku mampu nampak dapur dan semua bilik di rumahnya. Aku boleh katakan luas ruang tamu rumahnya sama luas dengan bilikku. Bilik aku pun tak lah seberapa luas. Di ruang tamu tiada TV, hanya ada almari buruk yang dah terkopak. Di ruang tamu juga ibu kepada wanita tersebuat tidur. Di atas tilam yang sangat nipis. Ibunya pula sudah uzur.

Dari ruang tamu aku dapat lihat ruang dapur, tak mampu menahan sebab ruang rumah terlalu kecil. Dari ruang tamu  juga aku dapat lihat bilik tidur. Tak nampak tilam @ toto pun di setiap bilik. Rak letak baju pun hanya rak besi seperti di rumah arwah tok zaman aku masih budak-budak.

Ruang tamunya hanya dilapik dengan tikar getah yang dah terkoyak. Aku percaya ada lagi masyarakat yang lagi susah dari mereka. Sekurang-kurangnya rumah mereka ada bekalan air dan elektrik. Tapi bagi aku, apa yang aku nampak sangat daif berbanding hidupku, walaupun tidaklah mewah tapi aku lebih dari dia. Sebidang karpet pun takda di rumah mereka. Pintu rumah pun hanya pintu kayu yang dah terkopek dan berlubang.







Sedih,sedih,sedih. Tapi kenapa aku masih tidak mensyukuri nikmat yang diberi. Sekejap ingat sekejap lupa. Bila susah ingat, bila senang lupa. Tak istiqamah! Mudah lupa diri! Lupa yang nikmat Allah itu terlalu luas. Bukan harta semata-mata.

Aku pernah mendengar ceramah dari seorang penceramah, tak ingat namanya. Kata beliau, rahmat Allah itu 70x ganda lebih dari kasih sayang ibu bapa. Jadi jangan pernah kita putus asa dengan rahmat Allah.

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee