Friday, March 27, 2015

Cuti kenduri kahwin orang

Bismillah...cuti kali ni panjang dan cuti yang paling dinanti-nantikan dek kerana posting Orthopaedic 3 bulan tak balik Kedah langsung...memang cuti habis-habisan, makan habi-habisan segala benda yang mengidam waktu di Kuantan(fine, kalah orang study oversea), but still tak boleh bandingkan sebab kita berada dalam situasi yang berbeza, so rindunya pun berbeza..

So cuti kali ni memang mencabar, sebab?sebab dipenuhi dengan kenduri kahwin kawan-kawan seangkatan umur :x..sampai-sampai dari kuantan lepas perjalanan selama 12jam(kalah oversea kan) terus bersiap sedia ke kenduri pertama di Baling nuuuuunnnn di sana...tapi musafir yang berbaloi, dapat pengalaman kenduri dari culture yang berbeza..ala hindustan gitu..ternganga masing-masing tengok kaum kerabat pengantin pakai sari (dibuat baju yang menutup aurat) cantiiikkk bangat!

ini kami otw ke kenduri,semua baru sampai dari 'oversea'


this is sariiiiiii

Sambil tengok sambil terfikir nak buat baju pengantin macam tu tapi macam tak sesuai ja dengan diri ini, hidung tak mancung, 'comei' pulak tu..

Ada lagi beberapa sahabat yang menamatkan zaman single dalam cuti ni tapi tak kesampaian ke kenduri
jannah & asif

kak fathy & shukri


and last, rombongan ke SIK..aminah suhaila dah kawiiiiinnnn, yang
lain masih mencari dan menanti yang tak kunjung tiba..eh?
hah,kebetulan semua pakai baju merah,kami tak rancang, Dia yang bagi,
sweet kan?
Ada lagiii...firdaus sateri &pasangan, Sahal& pasangan..sahabat-sahabat Matgwa dan UIA.
Aku?masih dalam fasa tidak percaya, umur dah masuk fasa akan berkahwin (tak tahu berkahwin di dunia atau di sana)

Rasa macam baru semalam berkawad PBSM, join kem PRS, kem ketua rumah sukan, perarakan rumah laksamana, buka bank malam2 waktu prep, minum air vending machine tika stress dengan prep malam, berdiskusi soalan-soalan add math, bergosip & nama samaran crush..

Ditambah lagi dengan jiran sepermainan dari kecil yang muda 4 tahun punn kahwin juga
adik jiran kawin dulu,xpa bg peluang

Aku?masih tak percaya...masih di dunia sendiri...bak kata orang lain dia akan mai pada masa dan tempat yang sesuai...yang kita perlu fikirkan adalah tanggungjawab yang perlu digalas selepas perkahwinan, bukan senang, orang yang terpilih saja..

Bak kata fafau, jodoh dengan mak ayah lagi panjang, patut bangga dengan amanah tu..salute jawapan fafau ni..