Posts

Showing posts from 2014

Sayang kerana susah

Image
Bismillah…lagi seminggu bakal tamat posting Community Medicine yang sangat mencabar bakat ‘Critical Thinking’ dan juga ‘Communication skill’…posting kali ni membawa kami ke dalam masyarakat..minggu ke 2 selepas mula posting sudah di bawa ‘makan angin’ ke Jerantut dan Ulu tembeling yg bukan angin sangat la..pasir, air semua ada..pendedahan kepada penduduk pedalaman yg memerlukan perjalanan menaiki bot selama 4 jam menelusuri sungai..kebetulan hari kami bertolak hujan dan air sungai cetek  terpaksa tolak bot yang tersekat lebih kurang 10 kali..memang patah pinggang..bayangkan penduduk yang dh menetap berapa tahun kat situ..serius doktor yang bertugas di klinik pedalaman memang golongan yang harus diberi penghargaan tinggi..banyak yang mesti di syukuri…mata ini sangat mengajar diri untuk bersyukur..terlalu banyak perlu disyukuri..terlalu banyak 1st event at Jerantut,Klinik Pergigian..ni keja kami Semua,setiap inch and tapak kaki kena ada gambar Kami dengan group bo

Bergantung

Pengalaman hidup mengajar aku, Jangan biasakan diri mu bergantung kepada orang lain, Kerana saat akhirnya kau sendiri yang harus harungi segala-galanya, Kerana mereka bisa berkata bahawa mereka akan sentiasa di sisi, Tapi di akhirnya kau seorang, Kerana mereka juga manusia, Manusia seperti kita, Yang perlu bertungkus-lumus untuk hidup, Macam kita.

友人

Image
Sahabat, Gambaran siapa kita, Mampu mencorak siapa kita. Sahabat, Bole jadi pendorong, Bole jadi pengkhianat. Sahabat, Mahu jadi baik, Cari lah yang baik, Mahu hancur, Carilah yang tiada matlamat. Namun, Jika kita kuat, Jadi lah sahabat, Yang mampu mendorong, Yang mampu mengilhamkan, Yang mampu dicontohi.

Redha

Di kala malam sunyi sepi, Tika insan tenggelam dalam mimpi, Musafir yang hina ini, Pergi membasuh diri, Untuk menghadap Mu Tuhan. Lemah lututku berdiri, Di hadapan Mu tangisan ku keharuan, Hamba yang lemah serta hina, Engkau terima jua mendekati, Bersimpuh di bawah duli kebesaran Mu. Ampunan Mu Tuhan, Lebih besar dari kesalahan insan, Hamba yakin pada keampunan Mu Tuhan Bukan tidak ku redha dengan ujian, Cuma cubaan nak mengadu pada Mu.

Si baju putih

Image
Sepasang baju putih, Kini bukan lagi 1 kemegahan bagiku, Namun ia 1 bebanan. Sepasang baju putih, Dulu menjadi idola ku, Kini, masih idola ku, Namun dalam pandangan mata yang berbeda. Sepasang baju putih, Bukan 1 kebanggaan, Bukan 1 kemegahan, Tapi penuh dengan tanggungjawab, Tanggungjawab bermula dari saat berkeputusan memilih jalan ini, Dan mungkin hingga hujung nyawa. Sepasang baju putih, Bukan 1 mainan hingusan, Tapi ber'main' dengan nyawa, Ber'main' dengan emosi, Ber'main' dengan sabar. Sepasang baju putih, Menuntut emosi diketepikan, Memerlukan hati 'kering', Memerlukan urat besi. Sepasang baju putih, Di sebalik itu adalah manusia biasa, Yang memerlukan emosinya di layan kadang2, Yang memerlukan air mata, Yang kadang2 amarahnya datang juga, Yang uratnya sama seperti manusia lain.. Sepasang baju putih, Baju sakti, Pemakainya menjadi kuat, Mohon doa agar terus kuat dan ikhlas..
Di kala umur-umur sebaya ku ramai berbicara tentang kahwin termasuk diri sendiri..seronok tengok kawan2 sebaya sudah berpasangan, sweet, bahagia, halal...masing-masing rasa terjaga, rasa dicintai, rasa berpunya...ada yang bangga akad nikah sekali lafaz...kalau lah kita dilihatkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai isteri dan suami, mungkin berkali-kali lafaznya...sekali lafaz tandanya anda suami menanggung segala dosa isteri...seronok memang seronok, bahagia memang bahagia sebab itu memang fitrah yang diberi kepada kita...tapi di sebalik rasa suka itu terselit segala macam tanggungjawab, amanah yang wajib dilaksanakan... katanya kita nakkan syurga tapi kelakuan kita tak seperti ahli syurga
sesekali kita pandang ke belakang, rasa rindu nak kembali ke sana sebab kita tahu di belakang sana banyak manis, gembira, baik utk kita kadang-kadang rasa nak kembali ke zaman kanak2 sebab rasa waktu tu tak banyak buat dosa sekarang, dosa bertimbun2, mati makin dekat tak tahu mungkin dekat tu dalam masa beberapa saat saja makin meningkat usia makin banyak perkara perlu difikirkan, dipertanggungjawabkan.. banyak juga dosa kalau tak jalankan apa yg perlu dilaksanakan... Allah, aku mohon kekuatan iman untuk istiqamah dalam kebaikan, aku mohon petunjuk jalan agar aku sentiasa dalam bimbingan-Mu, aku mohon hati ini tidak goyah dengan bisikan maksiat pesona dunia, aku mohon terangkan hati ini dengan iman, aku perlukan kekuatan dari-Mu :'(

AG di Balok

Image
Bismillah, alhamdulillah...dah tahun ke-3 ber family day bersama AG...tapi time ada games best-best kena jadi committee pulak, tapi still happy tengok orang lain main dengan semangat :)...Indahnya ukhuwah apabila kita happy melihat orang lain tersenyum ketawa dalam keadaan hati kita diselubungi masalah lain..dan ukhuwah itu tidak boleh dibina dalam masa sehari dua, ia memakan masa bertahun-tahun...dan mungkin masa 3 tahun masih belum cukup untuk sesetengah dari kita, but we still have 2 years to create new events together :) pantai balok 7.30am malam sebelum kejadian committee subhanallah!!!! wajib ni pun wajib ?

Yang kecil itu permata

Allah tahu apa dalam hati kita sekarang, sebab itu kalau kita sentiasa berfikir dan redha dengan jalan hidup kita akan ada sesuatu yang membuatkan kita rasa tenang dengan apa yang berlaku mahupun baik atau buruk..we just have to think..kadang-kadang Allah temukan kita dengan seseorang, temukan kita dengan risalah2, video2 yang kita sangka kebetulan sama dengan apa yang kita fikir...kita fikir ia perkara kecil jadi kita abaikan.. Kadang-kadang sekecil-kecil kejadian dalam hidup memberi impak yang sangat besar...kita tahu itu tapi sedar tiada...bila hati rasa hampir putus asa dengan apa yang dibuat selama ni Allah hantar seseorang khabarkan kepada kita bahawa itu adalah yang terbaik...terima kasih kawan...yes!betul! just a few word you gave to me...I still thinking about it...sekecil-kecil perkara memberi kesan besar.