Posts

Showing posts from November, 2020

Kisah covid

Image
Coretan ini sebagai kenangan merasa sendiri pengalaman handle pandemic sebagai frontliner. Awalnya nama aku sebagai standby name untuk handle LRCC/pesakit COVID yang terdiri dari orang awam. Yang tempat tidurnya beralas tilam. Aku tak sangka akan ada Kluster Tembok di penjara Alor Setar. Apa lagi, memang semua kalut. Even dari peringkat JKN pun aku tahu semua orang sangat adhoc. waktu aku di panggil tu baru sampai dari H. Baling, balik Alor Setar cuti weekend. Ingat nak rehat sebab on call sebelum tu. Tup2 dapat call minta lapor diri esok hari sebab banduan yang positive COVID naik mendadak. Kena faham di sini, once mereka positive covid,mereka adalah pesakit kami, bukan banduan. Dan quarantine hanya dalam penjara, dalam bilik berpagar2 tu. Tak boleh keluar. Cuba bayangkan, sehari mungkin sekali saja diorang keluar sebab kami buat review. Kalau tak memang berkurang ja dalam bilik kurungan tu. Kalau sebelum ni at least diorang ada aktiviti luar. Ni memang takda dah. Soalan setiap k