Wednesday, December 22, 2010

Jangan butakan mata



Bismillahirrahmanirrahim...

What's the meaning of my post??
actullay dunno gak..

Rasa nak tulis..
Nak persoal kn sangat-sangat..
Kenapa kita ni senang buta dengan cinta ek?
Bila di lamun cinta kenapa kita tak nampak
langsung keburukan pasangan,
kenapa bila hati berbunga-bunga,
kita rasa satu dunia berbunga-bunga,
padahal kat Malaysia ni susah nk jumpa
bunga tepi-tepi jalan..
nape bentuk love msti kaler merah ek??

Kenapa bila dalam hati ada taman,
kita halalkan yang haram,
kita lupa taman abadi di sana nanti,
Kenapa bila hati berjiwang-jiwang,
Segala perkara kita sanggup abaikan,
semata-mata nak berjumpa si dia,
semata-mata nk kol@msg si dia...
lebih baik tidur cam baby ni dr bersengkang mata dgn cintan cintun..

Kenapa bila dlam hati ada shape love 2,
Tiap-tiap hari kita ingat kat dia,
Tangan tak rasa lenguh pun nk taip msg,
Tak kering idea pun nak msg apa,
Tapi bila msg mak ayah,
cepat pulak rasa sengal and cek tak tau nk msg
apa kat parents..alasan..

Kenapa and kenapa?
kenapa begitu?
kenapa kita jadi buta dengan cinta?
kenapa cinta ni tak mencelikkan kan kita?
Sedangkan cinta adalah anugerah terindah dari Allah..
TERINDAH ye..mmg terindah
tapi bukan hanya untuk keindahan di dunia saja,
cinta yang mengabaikan syariat untuk
gembira di dunia
bukan ANUGERAH TERINDAH,
tapi nafsu yang hanya akan menghancurkan...

Bukan salah CINTA diri jadi buta,
tapi salah DIRI SENDIRI,
yang tak pandai bezakan kaca dan permata,
dengan akal yang dah di beri..

Sedarlah jiwa,apa yang didambakan sebenarnya,
JIwa sebenarnya kosong dengan cinta berlandaskan nafsu,
Jangan butakan hati kelak nanti mata jua akan buta....

Wednesday, December 15, 2010

Kekasihku...

Rasulullah,
Selalu ku kata ku cinta pada mu,
Namun segala ajaranmu aku abaikan
Ajaran barat dilebih-lebihkan..

Rasulullah,
Selalu ku kata aku rindu pada mu,
Namun sirah mu aku cetek,
Cerita-cerita di TV lebih dihafal...

Rasulullah,
Sering ku kata aku ingin menyambung perjuangan mu,
Namun layakkah aku?
Ibadahku tak sepertimu,
hati resah memikirkan dunia fana...

Rasulullah,
Selalu ku ungkapkan aku ingin bersama mu di syurga,
Namun sekali lagi,
layakkah aku untuk berada di belakangmu?
Sedangkan hidupku kurang sekali dengan sunnah mu..

Rasulullah,
Selalu aku laungkan aku kagum pada Rasulku,
Namun aku yang cepat kalah pada nafsuku..

Rasulullah,
Selalu ku katakan ku sayang padamu,
Pengorbananmu ku sanjung tinggi,
Namun,selawat ku pada mu tak setanding pengorbanan itu..

Rasulullah,
Selalu ku laungkan akulah umatmu,
Tapi layakkah aku?
Aku tidak mencuba menjadi umat terbaik kepada mu..

Ya Allah,jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang taat kepada perintah Mu,yang patuh pada Rasul tercinta..Jadikanlah kami umat yang terbaik yang sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Mu,,


Friday, December 3, 2010

Sebesar mana pun duit itu....


Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk hari ni xdala masuk sangat sebenarnya..he3..
Just want to share after joli sakan duit hari ni..
Astaghfirullah..
Apala nak jadi Atiqah ni..
Yang tu slalu terdetik kat hati tapi
buat jugak...hadoi2..kena mujahadah ni..

Tapi hari ni keluar ke mid valley bersama
kakak tersayang yang dah kempunan nk makan luar
so saya pun ikutla..
Habis RM18 lebih hanya utk sorang makan!!!
tak pernah dibuat oleh aku..
itu hanya sekali makan..
Mungkin bagi orang kaya di sana apalah sangat..
Tapi bagiku waduh sangat banyak!
Tapi xpe sekali sekala..

iklan......

Apa yang nak diseritakan di sini..
Dah lama tak kuar ni..
Bila kuar aduh..sakit mata..
Bermula dari naik bus mata ku dah diuji..
Jalan-jalan rasa cam nak migrain tengok
masyarakat sekarang..
bagaikan 'perlmbaan' pendedahan aurat..
sapa yang paling seksi,sapa yang paling singkat
sapa yang paling ketat..Ya Allah berilah hidayah..

Apa guna tudung di kepala kalau baju adik darjah 1 dipakai,
Ya Allah...tak terkata..
Rasa sesak..
Bagi ku bukan remaja saja rosak
tapi golongan emas turut menjadi tunjang
Bagaimana nak lahirkan remaja jitu rohani
kalau dari kecik dah diajar pakai skirt pendek..
Golongana 'senior' sepatutnya main peranan
mereka yang bentuk anak-anak..
Allah dah kata begitu...

kalau golongan tua pun ber'subahat' maka
apatah lagi remajanya...
Itu satu hal..

Ni lagi satu hal..
waktu nak balik dari mid..
Naik la bus..tetiba ja pakcik bus jerit
"HElo!bus ni dr pasar seni xkan nk patah balik!
waduh2..terkezut den...
pelik juga..pesal pakcik tu marah
sedangkan orang2 sebelum ni tanya dia tak marah pun
adakah kerana orang yang pakcik 2 tengking
berpewatakan tidak sopan,rambut warna,seluar pendek?
tak tahula apa dalam hati pakcik itu
dan tak tahula apa rasa hati orang yang kena tengking tu

But for me,bagaimana pun orang tu
even dia non muslim
hormatilah mereka sebagai manusia
kerana kita tidak tahu
apa bakal berlaku pada masa depan..
Mana tahu,yang tak percaya Allah itu
nnti akan jadi IMAM MASJID
Kita tak tahu,yang berseluar pendek
yang berwarna rambut itu nanti
akan jadi ustazah/ustaz yang memberi ilmu kpd kita

Memang,memang kita tidak tahu.
Hormati mereka selagi mana mereka masih hormati kita..

Berdakwah itu mesti berhikmah
bukan dengan tengking2!(takda kaitan dgn pakcik di atas)
So,whoever come in urlife..
hargai mereka..
setiap orang punyai hak untuk dihormati..
Dan hidayah itu hak Allah..
kita tidak berkuasa untuk itu..
kita hanya berusaha dan sebagai penyebab saja..

Renung-renungkan yang baik,yang buruk tinggal-tinggallah...:)

Thursday, December 2, 2010

Mana Dia...


Susah betul nk cari sahabat sejati..
Sahabat yang faham kita,
di kala kita sedih dan gembira..
Tak perlu kita khabarkan dengan kata-kata..
Melalui riak muka pun dia sudah tahu
kesedihan kita..


Sahabat yang mana sentiasa di sisi..
Aku rindukan itu..

Rindu Mat Gwar..
Bagiku sahabat sejatiku di sana..
tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Harap-harap ini bukan pengakhiran...

p/s:rindu juga ina,fatin,alya...so,so much!!!

Planning....

Ya Allah....
Sesungguhnya Engkau Perancang Yang Terbaik..
Berikan aku ketabahan dan kekuatan,
Berikan aku pilihan yang terbaik...

Hu3..sedihnya...
camna ni..............................................................
dah rancang and janji...
mana perlu diutamakan....
Peluang datang hanya sekali....

......................................................................................................

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa kita tak seperti mereka???


Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin kita
seperti ini...

Alangkah bahagianya jika ahli2 sukan kita
seperti ini..

Wah,sangat bahagia..
rasa sejuk hati,tenang..
Kalau dibandingkan dengan negara sendiri
sangat berbeza..
Rasa tak sedap ja..
Sebabnya Allah takkan menimpakan
azabnya kepada perseorangan..
Kita bertanggungjawab sesama kita..

Moga-moga doa umat Islam di Malaysia
yang ramai ini dapat mengubah para pemimpin
kita ke jalan yang lurus..

Moga mereka semua diberikan hidayah..
diluaskan mata mereka bahawa betapa
besarnya nikmat yang Allah beri
kepada kita,Malaysia
yang patut kita syukuri lebih
dari orang lain....Amin...

Ya,nikmat kepada kita sangat banyak..
negara yang aman,duit yang banyak..
Tapi sayang,sia-sia..
kita hanyut.....................................................................

Maka,bangkit semula!
jangan biarkan diri terhanyut!
Belajar berenang!
Kalau tak,mati lemaslah semua!

Renung-renungkan,dan selamat ber EAP!



Monday, November 29, 2010

Ya Allah!!

Ya Allah!
Subhanallah!Allahuakbar!

itulah reaksi aku bila aku tengok
video pembedahan tadi..
macam nak luruh jantung..
serius rasa berdebar-debar..
pembedahan orang yang ada penyakit
urinary incontinence..(tajuk EAP aku)
memang sangat 'slumber' ja doktor
tu potong-potong...

adoiyai..camna nak jadi doktor ni..
baru tengok video tak tengok 'real' lagi..
Tapi kira okla aku tak pengsan tengok video tadi..
Bengong sebentar bila tengok orang kena potong
dengan pisau..

Ya Allah berikan aku kekuatan mental dan fizikal
untuk aku meneruskan perjuangan ini,
jangan biarkan aku tersungkur di pertengahan jalan..

Sunday, November 28, 2010

Pesanan kepada Diri..


Anda tak suka orang yang tunjuk bagus?
Maka jangan tunjuk bagus..

Anda tak suka orang berlagak pandai?
Maka jangan tunjuk pandai..


Anda tak suka laki perempuan tak jaga pergaulan?
Maka jaga pergaulan anda..

Anda tak suka orang tegur anda dengan cara perlian?
Maka jangan perli orang..

Anda tak suka orang bermuka masam dengan anda?
Maka jangan bermuka masam dengan orang..

Anda tak suka lelaki ganggu anda?
Maka janganlah ganggu lelaki(apakah?)

Apa yang cakap sebenarnya ni??
Sebenarnya nak tulis 1 ja..
Kalau ada orang yang confess kepada anda..
Dan anda tak sudi dan dia masih mengganggu
caranya 1 ja..
Tutup jalan,jangan balas msg atau call..
Tapi selepas menjelaskan keadaan dengan cara yang baiklah..

Kerana kalau jalan masih dibuka
keadaan akan menjadi worse..
Kerana cinta sebelah tangan takkan menjadi..


Penggali....



Baru habis tengok@tonton drama "Penggali"
kat@di TV 3..
Slow je jalan cerita dia tapi best dan berisi..
Makin banyak pulak drama berunsurkan Islam
kat tv sekarang..
Alhamdulillah baguslah masih ada yang
ingin berusaha untuk mengetengahkan
unsur-unsur Islamik ini
walaupun mungkin caranya tidaklah bertepatan sangat
dengan Islam..
Sebabnya artis yang berlakon pun tak
menjaga batas pergaulan dengan betul..

Anyway drama Penggali tadi kira 'okla'..
Bab sentuhan lelaki perempuan diminimakan..
Bukan bermaksud menyokong
Tetapi selagi mana ada perubahan alhamdulillah
Perubahan tidak boleh secara drastik..
Mana tahu mungkin dari lakonan yang diminimakan
pergaulan lelaki perempuan ini
mendetikkan satu perasaan kepada para pelakon kita
untuk terus tidak melakonkan adegan yang terlarang
antara lelaki perempuan..

Pengajaran dari drama Penggali:
Sekaya mana pun kita,setinggi mana pun jawatan
sebesar mana pun rumah kita,selangit mana pun kita dijunjung
Tetapi andai kita tidak letakkan Allah YANG PERTAMA
maka kita akan hanyut..

setinggi mana pun kasut kome pakai ingatlah..nnt akan sakit belakang jua..
setinggi mana pun kome,ingatlah org yang 'comel2' ni pun ciptaan Allah..
jgn dipermain-mainkan..keh3

Kata-kata yang menarik perhatian aku dari HERO drama Penggali
"Hidup ni kena sentiasa beringat,
ingat siapa kita,ingat agama kita,ingat ALLAH"
.......ada lagi tapi dah tak ingat..

Sekian,renung-renungkan dan selamat malam!

Thursday, November 25, 2010

Kan best camni..

Alangkah bahagianya jika negara kita begini....
Mesti kurang yang mendedahkan aurat
Mata terjaga,hati terjaga
Bahagia dunia akhirat..

Wanita itu panahan syaitan..
Wanita sangat 'mujarab' untuk menghanyutkan
seorang lelaki baik,
Wanita mampu menghancurkan dunia..


Tapi ingatlah wanita..
Kuasa Allah lebih besar..
Segala tuba yang diberi
Pasti akan dibalas dengan azab yang tak terlintas..

Bertaubatlah diri..
Jadilah permata dunia dan bidadari syurga...

Monday, November 22, 2010

Apabila sahabat???


Pernah ditinggalkan sahabat?
Pernah meninggalkan sahabat?
Pernah tertinggal sahabat?
He3..persoalan yang tersirat,
fikir-fikirkanlah

iklan sebentar...

Apa erti sahabat sebenar kepada anda?
Pernah anda menjadi sahabat kepada sahabat anda
seperti yang anda ertikan sahabat itu bagaimana?
Jika tidak,usah mengharapkan yang lebih-lebih
dari sahabat yang anda anggap sahabat itu..
Apa yang anda beri,itulah yang anda dapat..

Jika inginkan sahabat bersama ketika duka,
Maka bersamalah denganya ketika dia berduka,
Jika inginkan sahabat yang dapat menghulur ketika susah,
Hulurkan dahulu ketika dia susah walaupun sedikit,
Jika inginkan kasih sayang dari sahabat,
Curahkan dulu kasih sayang kita kepada sahabat,

Jika inginkan sahabat yang mencari cinta Allah,
Maka carilah dahulu cinta Allah,
InsyaAllah kita akan bertemu sahabat yang menuju cinta Allah,
yang bersama ketika suka duka,
yang menghulur ketika susah
dan yang memberi kasih sayang tanpa dipinta..

Bercinta biar pada Yang Satu,
Bersahabat biar pada yang tahu....
renung-renungkan dan selamat beramal..




Saturday, November 13, 2010

I'm Sorry


Banyak kesalahan yang aku buat,
Banyak tanggungjawab yang aku abaikan,
Banyak kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari mulut,
Banyak tanggapan tak baik yang aku lakukan,
Aku minta maaf sahabat-sahabat sekalian,
Aku sememangnya sangat lemah,
Aku cuba untuk menjadi yang terbaik,
Tapi kadang-kadang aku tersasar,
aku tak mampu menjadi sebaik kalian,
Aku hanya ingin menjadi diri ku sebenar,
Jadi terima aku seadanya,jika tidak
tak perlu kalian bersusah-susah
untuk menerima diriku yang tak seberapa ini..
Aku lebih dambakan redha Ilahi,
namun aku masih dan sentiasa inginkan
kesenangan kalian bersamaku..
kerana ukhuwah yang ikhlas itu juga
diredhai Allah...

Tuesday, November 9, 2010

When Doctor try To speak..


Dah tulis panjang-panjang tadi..
Tapi tiba-tiba aku terus tekan Ctrl+A,backspace..
so dah terdelete sume...jadi sekian saja untuk post kali ni..

When doc try to speak....

When you think about death....


Tajuk post hari ni lebih serius..
Bukan gurauan tetapi hakikat yang
tak mungkin kita dapat sangkal lagi
bahawa setiap dari kita akan mati

Anda selalu fikir mati??
Kalau ya bagusla,tapi kalau tidak
anda memang rugi...
saya juga sering memikirkan MATI
tapi selalu ikut keadaan
adakala fikir sampai tak boleh tido
tapi kadang-kadang tak fikir pulak

Bila kita terlupa tentang MATI kita berada
dalam keadaan bahaya..
tapi itulah yang seringkali menjadi ujian
kepada kita kerana kita tidak tahu bila
saat nyawa kita ditarik..
maka kita berseronok..

Bila nak tidur ja mesti terfikir
Masih adakah esok untuk aku?
Adakah kita takut untuk MATI??
Kenapa kita takut MATI??
Adakah kerana masih banyak keindahan dunia
yang masih belum kita kecapi?
Atau kerana kita belum kawin?
Atau kerana kita belum pun jadi doktor,engineer,pilot?
Atau kita belum pun menunaikan haji
Atau kerana kita belum puas menikmati dusta dunia??
Tepuk dada tanya iman..

Pernah anda berasa bosan untuk hidup?
Rasa ingin MATI dan tak sabar
bertemu dengan KEKASIH AWAL dan AKHIR?
tapi....layakkah kita??
hadiah apa yang nak kita beri
setelah sekian lama kita tak bersua
dengan KEKASIH kita??
setelah banyak noda yang kita lakukan
kepada amanah-NYA???
setelah cinta-NYA kita dustai..

Ya Allah...
bila terfikir MATI hati menjadi risau dan gembira
gembira kerana kembali kepada-MU
tetapi risau apa yang dapat ku berikan kepada-MU..
Ya Allah,matikan aku,ibu bapaku,keluargaku,
guru-guruku,sahabat-sahabatku dalam
iman..
Tempatkan kami bersama-sama dalam SYURGAMU..
amin...

When you think about death........



Sunday, November 7, 2010

Bila Cinta DI Dustai vs Bila Cinta Bertepuk 1 jari..


Tak habis2 tajuk blog pasal cinta..keh3
Biasala cinta lebih dekat dengan remaja
So kita guna tajuk ini untuk menarik para remaja..

Yah apa kaitan dengan tajuk di atas??
Saya pun tak tahu..
Anda pernah mengalaminya??
Bila cinta didustai..
huh sedih dan geramnya..
seandainya kita meletakkan kesetiaan yang tinggi
Namun akhirnya si dia berkayu 3 di belakang kita
Sangat tidak patut..
(Maaf saya tidak pernah mengalaminya,
hanya merasainya ketika menonton drama)

But for me,one hand love(he3)
itu lebih perit sebenarnya tapiiiiiii
itu sebenarnya lebih bagus sebenarnya
bila mana kita hanya pendam
tanpa meluahkan...
kenapa??itu bagi saya
sebab bila rasa cinta tak diluahkan
pada masa yang tidak patut diluahkan
itu lebih selamat
(ini sudah banyak kali saya alami,he3 den sabo jela)
saya yakin suatu hari nanti pasti muncul cinta yang diidamkan..

So moral value yang nak disampaikan
bukanlah cinta remaja semata-mata..
Cinta remaja sekarang sudah tidak betul
oppss..bukan cinta itu yang tidak betul
tapi remaja yang tak betul...
CINTA antara anugerah Allah yang terindah
Tapi bila mana anugerah ini
dieksploitasi dengan tidak betul
anugerah menjadi azab kepada manusia..
sbb tu orang kata kegembiraan bole menghanyutkan manusia..
Cinta remaja kini sangat murah..
Di mana-mana bole dapat..
kenal beberapa hari dah boleh bercouple
pegang-pegang tangan..minta dijauhkan

Kerana itu muhasabah kembali siapa kita,
dari mana asal kita,siapa PEMILIK kita,
siapa yang patut kita cintai dahulu..
Patutkah kita berlebih-lebih mencintai seorang manusia itu
tanpa kita mencintai Pemilik dia dan juga kita
seperti kalau kita nk menyunting anak dara orang
mesti kena ambil hati parents dulu kan..
mana boleh main rembat ja..silap haribulan
makan senapang gajah...: p

Jadi,marilah sahabat-sahabat sekalian
kita pendam CINTA ramai-ramai,ha3
So nnti bila dah tiba masanya
CINTA itu akan menjadi anugerah terbesar kepada kita
dan hiduplah kita di SYURGA CINTA..
cewah..jiwang xbole blah...
tapi itulah hakikatnya...
kita xbole tolak rasa cinta kerana itu fitrah
tapi peliharalah ia sebaik mungkin

akhir kata,berbahagialah denganCINTA terpendam..
CINTA kepada Pemilik tak mungkin bertepuk sebelah tangan
kerana KAU lah kekasih awal dan akhir....

Thursday, November 4, 2010

Sekeping hati di bawa berlari...


Kenapa ya...kenapa sangat cepat hati ini menafsirkan sesuatu
yang tidak pasti...akhir sekali hati ini juga yang menanggung
segala luka parah...

Kenapa ya
..kenapa hati ini selalu berburuk sangka kepada sesuatu
sedangkan yang buruk itu adalah yang baik untuk diri..
akhir sekali hati jua yang menanggung duka lara..

Kenapa ya..kenapa hati ini sering kali mengharapkan sesuatu yang tiada
tetapi tidak menghargai apa di depan mata..
akhir sekali hati jua yang meraung kecewa tak dapat
apa dipinta...

Kenapa ya..kenapa hati ni sangat cepat jatuh cinta..
Cintanya pula pada yang tidak kekal..
Sedangkan KEKASIH AWAL DAN AKHIR
sentiasa di sana menanti hati ini menyuburkan cinta
kepada-Nya..
akhir sekali hati jugalah yang menyesal tak sudah
kerana bertepuk sebelah tangan kepada cinta yang tidak kekal
dan mengabaikan CINTA ABADI DAN HAKIKI...

p/s:idea puitis datang tiba-tiba..subhanallah....

Hati terluka bila kusedar...

Hati berdegup kencang tatkala itu..
Berbunga-bunga hati..
Gembira tak terkata...
Namun itu hanya khayalan....
Sementara takkan berkekalan...
Dan mungkin takkan menjadi kenyataan.....

Wednesday, November 3, 2010

Bila Perasan...


PERASAN....

Definisi bagi perasan adalah suatu perasaan sensitif terhadap
keadaan sekeliling dan juga diri sendiri..
kadang-kadang perasan ni bagus untuk kita
dan kadang-kadang ia boleh membawa
malapetaka kepada kita dan orang ramai
perasan ni ada banyak kategori..
ada baik buruknya..biasalah sifat manusia
memang cepat perasan tapi
ia harus diubati dengan sikap rendah diri..

1.Perasan baik
bukanlah untuk mengatakan kita mesti anggap diri ini jahat
tetapi orang yang terlalu perasan dirinya baik ini
agak menyusahkan orang..kerana apa?kerana orang seperti ini
akan selalu memerhatikan orang lain
untuk apa?hanya untuk mencari kesalahan kerana merasakan
dirinya sudah tiada kesalahan untuk diusha..andai kita
sering melihat orang lain melakukan kesalahan
dan merasakan apa orang lain buat tidak betul
kaji-kajilah semula mungkin kita tergolong dalam golongan inni
muhasabah diri semula sejauh mana kebaikan diri kita sendiri

2.Perasan cantik/hensem

ini selalu terjadi pada kita..tak kira sesiapa pun mesti pernah
sekali terpandang cermin ka
terdetik di hati,,"hmm cantik juga aku ni ye.."
perasan ini tidak salah selagi mana kita mensyukuri
kecantikan dan kehenseman yang Allah bagi
tapi selalunya kecantikan dan kehenseman
ini dieksploitasi oleh orang ramai dan diri sendiri
yela kalau tak kenapa model-model hanya dipilih
yang cantik-cantik saja...
ada juga yang menggunakan kecantikan dan kehenseman
ini untuk melukakan hati orang
yela muka hensem dan cantik sapa tak mau jadi teman kan
tapi percayalah jika itu sikap anda anda bukanlah sesiapa
anda hanya mempersendakan diri sendiri..
sesungguhnya kecantikan luaran disertakan
dengan kecantikan dalaman itulah yang terbaik
di sisi Allah..saya percaya anda mahu menjadi yang terbaik
di sisi manusia dan Allah bukan?

3.Perasan pandai.
ini adalah salah satu kreteria riak
sesungguhnya seseorang yang diberi anugerah kebijaksanaan
oleh Allah ini sangat berat bebannya
kerana dia perlu membantu orang lain dengn kebijaksanaan itu
di samping dia juga perlu untuk menahan hatinya dari timbul
sesuatu yang menyatakan bahawa dia hebat.
Tidak salah andai kita menghebatkan diri kita
sebagai satu motivasi..
namun ia akan jadi sesuatu yang salah
dan membuatkan orang sekeliling malas
nak tengok muka anda..
untuk orang seperti ini orang sekeliling pun tak hairan
dan di sisi Allah wallahualam..
maka gunakan kebijaksanaan
sebaik mungkin untuk membangunkan ummah
jangan fikir andalah yang terpandai dengan result 4.o
itu hanya angka..di sisi Allah mungkin
ia tiada nilai,sudah semestinya saya dan anda
tidak mahu tergolong dalam golongan ini

4.Perasan popular.
this habit selalunya menimpa para artisla
tapi kadang-kadang terjadi juga kepada orang-orang bukan artis..
yela budak tadika pun ada gak famous-famous ni..
waktu sek. menengah pun mesti ada gak geng2
yang famous..yang selalu disebut-sebut orang..
tapi bawa-bawalah muhasabah kenapa anda famous
kalau anda famous kerana kebaikan anda alhamdulillah
tapi jika anda famous kerana kejahatan 2 tanduk anda
cepat2lah bertaubat..
bagi kaum hawa pulak jika anda famous
kerana anda cantik dan menjadi pujaan ramai
jejaka pingitan beristighfarlah
muhasabah semula untuk tidak dilihat oleh orang lain
kerana wanita yang baik itu menjaga pandangannya
dan tidak dipandang oleh orang lain..

Saturday, October 30, 2010

Realiti hidup

Jadi hari ini merupakan hari yang sangat bermakna
pengalaman yang takkan aku lupakan
berhadapan dengan masyarakat Malaysia
yang pelbagai rupa dan sikap

Baru aku kenal dunia
Baru aku sedar betapa peritnya ujian
yang perlu kita hadapi untuk melakukan kebaikan
bukan apa..syurga itu terlalu indah untuk kita
senang-senang dapat meluluskan diri

kita terlalu manja
tidak mahu langsung dimarah
tak mahu langsung ditolak
tak mahu langsung dikritik

makanla dek manja tu
cubalah faham karenah manusia ni
cuba lalikan diri dengan karenah manusia
banyak lagi cabaran perlu dihadapi

apa nilai yang ada pada wang setakat kertas tu
dibandingkan dengan pengalaman
yang bukan semua orang bole dapat
diri beriya-iya nak ajak orang buat kebaikan
tapi diri sendiri??

tolongla sedar
aku dah bosan
bosan sangat-sangat..

Friday, October 29, 2010

BuSy Body

bismillahirrahmanirrahim...

tajuk post hari ni busy body
betul kata orang masa itu sangat berharga
masa itu bagaikan pedang
masa jauh meninggalkan kita

kadang-kadang kesibukan
mengajar kita bagaimana menghargai masa
kadang-kadang kesuntukan
mengajar kita mengurus masa
dan kadang-kadang masa
mengajar kita bahawa
mati semakin dekat

maka jalanilah segala tanggungjawab
dengan seamanah mungkin
ikhlas kerana Allah
jangan pinta balasan
pintala keredhaan Allah

kerana itulah dambaan
seorang hamba yang
tahu erti ketenangan

kerana hanya dengan mengingati
Allah hati kita akan tenang..

Sunday, October 24, 2010

A VeRy LoNg HoliDay.....

Syukur alhamdulillah holiday bakal berakhir esok,
malam-malam terakhir di rumah,
Bila ingat balik after exam chemistry ada
free seminggu before exam biology hati ni punyala
tak sabar nak jawab soalan biology pastu nak balik
rumah..rasa tak sabar dikukuhkan lagi dengan
tiket balik malam selepas exam biology..
dah tak kisah dah apa yang dijawab janji jawab..adoi..

dah sampai rumah happy tak terhingga..
tapi selepas 3,4 hari dah mula bosan,
apa taknya tiap-tiap hari bangun tido kemas rumah,masak,tv
ulang buat benda yang sama..mau tak bosan
dengar cakap mak p latihan moto walaupun leceh ja rasanya..
dahtu jatuh moto pulak waktu latihan,jatuh saham den,
yela semangat sangat nak bawa moto tengah demam,
nasib bek moto tak rosak kalau tak brapa pula la kena bayar.

semangat punya semangat tapi tak habis juga sampai JPJ,
continue dengan tugas biasa,bosan-bosan,
rasa kosong pula bila tak belajar lama..
itula orang kata kita ni hanya menghargai sesuatu
yang dah takda depan mata..
tak sabar pula nak sambung study..

Last-last minit pula aufa(anak menakan) kena campak,
kesian sangat kecik-kecik kena campak,
tiap-tiap malam nangis(dia tengah nangis sekarang)
tapi aku???hanya berdiam dan melihat
kerana aku tak mampu berkata apa-apa..kesian
camna nak jadi doktor ni..
so sempatla aku p Langkawi sekejap..

So esok bakal bertolak ke bumi jihad(CFS IIUM)
dengan azam baru,cgpa baru,beg baru..
kena tingkatkan usaha,seimbangkan study and health.
takkan nak jadi doktor yang berpenyakit kan..
minum air mati(kosong) banyak-banyak..
ha3...akhir kata
assalamualaikum :)

Saturday, September 25, 2010

Very2 New Starting...


Bismillahirrahmanirrahim...
Hmm..hati tergerak untuk delete blog
and start with a new blog..don't know why..
sayang gak nak delete..
tapi hati kuat untuk delete...
so dah delete pun...
insyaAllah new starting ada hikmahnya..
Wallahualam..