Posts

Showing posts from 2017

Berakhirnya penantian, bermulanya satu peperangan

Alhamdulillah, hari ni selesai satu peringkat dalam hidup. Kelmarin dulu, 25 April 2017 keputusan pengambilan HO keluar dan aku terpilih. No expectation pun akan dapat, macam biasa aku jenis malas fikir, ada ada,tiada tiada la. Tambah-tambah benda di luar kawalan ni, I always expect the worst kalau bab2 macam ni walaupun doa mestilah yang baik-baik kan. Tapi sebagai persediaan minda supaya tak terlalu kecewa. Jadi bila keluar keputusan jadi terkejut lebih pulak. In 2 weeks time aku akan start kerjaaaaa!!! Ni la manusia, waktu takda di cari,di keluh, bila dah diberi macam-macam pulak fikir, takutla,tak ready la.. Tapi I'm ready for this!!Hahahah walaupun buku tak sentuh selama 8 bulan!!! Tapi sedih untuk kawan2 lain sebab less than 40% pun yang dapat intake May yang lain akan dapat July/August. Ramai yang kecewa, tak kurang ada juga yang dapat tapi mengeluh nak raya dulu. Whatever it is semua kuasa Allah..tak boleh la merungut sangat kan. Dapat pun dah cukup baik. Even aku s

Omega Guard-minyak ikan terbaik

Image
Kita selalu dengar tentang Omega-3, Omega 6. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen. Nak tahu kenapa? Jom baca sampai habis. Setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Omega Guard diekstrak dari ikan air laut sejuk (ikan sardin, bilis,kembung,herring). Ketumpatan minyak ikan Omega guard juga 3x lebih berbanding minyak ikan yang lain. Yang paling penting Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk mengekstrak minyak ikan ni. Berbanding produk lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien dan tidak mampu menapis logam-logam berat. Kaedah yang Shaklee gunakan mampu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dll. Manfaat Omega Guard ? Sangatlah banyak sehingga buat anda rasa rugi kalau tak jadikan Omega guard sebagai suplemen harian. Jom teliti apa manfaat Ome

Cara untuk menjadi Member Shaklee

Kelebihan anda menjadi ahli Shaklee tidak kira anda menjual atau makan sendiri: 1. Diskaun harga 2. Cash back 3. Kesihatan yang lebih baik Kelebihan Menjual 1. Untung runcit 2. Bonus prestasi 3. Bonus kepimpinan 4. Bonus kereta 5. Bonus tambahan 6. Insentif coordinator 7. Insentif istimewa 8. Konvension perlancongan 9. Kelas yang berterusan tentang produk dan marketing (tapi dengan syarat join group yang aktif macam saya, Group Aura, sebab ada ja group yang tak aktif, jadi akan terkontang-kanting kalau sorang2) 10. Aura positif :) 11. Ilmu tentang suplemen dan makanan kesihatan. Bukan tentang Shaklee semata-mata 12. Reward dari ketua2 atas prestasi anda Mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm35.00. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran. Atiqah 1389475 013-5945830

Vitamin E Shaklee lagi

Image
Vitamin E adalah salah satu antioksida selain Vitamin A,C. Antara makanan yang mengandungi Vitamin E adalah seperti hazelnuts,peanuts,pistachios,biji bunga matahri, sayuran hijau,brokoli. Vitamin E ni adalah vitamin larut lemak(fat-soluble). Antara kebaikan Vitamin E terhadap kesihatan yang diketahui secara meluas seperti:   Melindungi diri dari toksin seperti pencemaran.   Mengelak premenstrual syndrome(PMS) atau senggugut. Mengelak katarak Mengelak penyakit Alzheimer’s Mengelak penyakit Diabetes Penting dalam pembentukan darah merah Membantu fungsi Vitamin K Membantu mengelak pembekuan darah (orang on warfarin tak boleh ambil) Memperlahankan proses penuaan sel. Meningkatkan fungsi imun di kalangan orang-orang tua. Maksimum dose Vitamin E sehari adalah 1000mg (1500IU) . Dalam Vitamin E Shaklee terdapat:    322.89mg(400IU) Vitamin E dalam bentuk d-alpha tocopherol(natural)   Grape seeds(Vitis vinifera) Extract   Selenium SELENIUM Banyak terdapat da

Kepentingan Calcium Ostematrix

Image
Calcium adalah antara mineral terpenting dan terbanyak dalam tubuh kita. Bila ada masalah dari segi kuantiti Calcium sama ada rendah (hypocalcemia) atau tinggi (hypercalcemia), dua-dua ini akan menimbulkan pelbagai masalah. Fungsinya terlalu banyak, sebab itu bila berlaku masalah akan timbul pelbagai masalah kesihatan. Tidak  kiralah kepada yang muda mahu pun tua. Fungsi calcium Membantu proses pembekuan darah (clotting factor) Menyambungkan signal-signal saraf Menggerakkan otot badan dan jantung Membantu proses rembesan enzim Kesan kurang calcium Osteoporosis di masa hadapan(terutama selepas menopause)   Sawan Tetanus Kebas-kebas tangan,kaki,sekitar mulut Arrhythmias (kegagalan jantung) Lebam-lebam (tanda kegagalan proses pembekuan darah/clotting factor) Kenapa Ostematrix Waktu awal-awal nak consume Ostematrix Tqah check dulu bahan-bahan yang ada dalam Ostemarix. Dalam masa yang sama nak bagi kepada ayah dan mak. Dengan ilmu yang

Parut Hilang Dengan Vitamin E

Image
Vitamin E memang terkenal dengan khasiat/keberkesanannya dalam membantu masalah parut. Sama ada diambil dalam bentuk suplemen atau cream muka. Vitamin E selalunya hot di kalangan anak-anak muda. Istimewanya Vitamin E Shaklee ni ia ada tambahan selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik. Ia juga mengandungi extract Grape seeds. Jadi dalam pemakanan harian bagaimana anda mencukupi keperluan Vitamin E? Kalau anda mampu memenuhi keperluan dengan makanan semestinya lebih baik. Tapi persoalannya mampukah? Antara makanan yang mengandungi Vitamin E                                             Agak mustahil kan untuk kita penuhi keperluan di atas. Jadi antara alternatif yang ada adalah Vitamin E Shaklee yang disertakan selenium dan biji anggur. Vitamin E Shaklee sudah diperbaharui dengan formulasi baru: 1. Minyak kacang soya 2. Minyak biji gandum (kaya dengan vitamin E) 3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta) 4. 10 mg selenium membantu pen

Peppermint Ginger Plus untuk keselesaan perut

Peppermint Ginger Plus ni antara yang popular di kalangan warga tua, ibu mengandung dan pesakit gastrik.   Peppermint Ginger Plus membantu mengurangkan masalah gastrik, loya ibu mengandung, mabuk laut, cirit-birit, masalah penghadaman, juga alternatif untuk ibu berpantang untuk membuang angin dalam badan. Peppermint Ginger plus adalah kombinasi  pudina,halia,jintan(fennel) & bunga cengkih(anise). Semua bahan-bahan yang selalu kita guna di rumah kan? Sebenarnya banyak khasiatnya. PUDINA Mempunyai kesan penenang, ia memberi keselesaan pada perut. Ia membantu dalam proses penghadaman dan juga memberi kelegaan pada kesakitan seperti gastrik, pedih hulu hati & cirit birit.  Ia melegakan kesan-kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah-muntah dan hilang selera makan. Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Rasa sejuk dan nyaman daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas

HIKMAH DI SEBALIK ITU

Image
Cerita ini ingin aku coretkan di sini supaya nanti satu hari apabila aku membaca di kala aku putus asa aku sedar bahawa rahmat Allah terlalu besar untuk aku. Kasih sayang Allah itu berganda-ganda lagi berbanding kasih sayang ibu ayah, bayangkan. Ceritanya hari kejadian mood sedih saja. Rasa hati tak senang. Rasa macam banyak masalah dan dalam hati mempersoalkan kenapa jadi macam ni. Kenapa aku nak kena tanggung semua ini. Malamnya abah ajak ke satu rumah untuk mengurut. Mengurut kaki yang lenguh tak lega-lega. Hati memberontak tak mahu ikut, tapi langkah dituruti saja sebab tak sampai hati. Aku, mak, abah transit (di Jitra ja) di rumah kakak dulu sebab abang ipar ja yang tahu rumah tu. Mulanya abang ipar dan abah ja akan pergi tapi anak buah gaduh nak ikut dan kena bawa 2 kereta sebab kereta penuh dengan barang. Arrghhh! Lagi memberontak, mood swing, terpaksa pulak drive. Mula ingat dekat ja, rupa-rupanya jauhhhh ke dalam. Sampai di lokasi, gelap sahaja lorong-lorong rumah

Ikhtiar hamil dengan set hamil Shaklee

Image
Setiap pasangan yang kahwin mesti inginkan anak kan? Boleh tanya la hampir 100% inginkan anak. Kalau isteri yang dulu jenis jaga kecantikan jaga badan pun still inginkan anak walaupun dia tahu lepas dapat anak banyak perubahan akan berlaku pada kecantikan mereka. Anak ni rezeki dari Allah. Ada yang lepas kahwin cepat ja terus hamil. Ada juga yang tunggu lama masih tak dapat hamil. Berdasarkan pengalaman tiqah yang tak kahwin lagi tapi dah ada ipar ni, kalau setahun tak dapat anak orang tua2 kata ada masalah. Kena pegi check.  Betul apa yang orang tua2 cakap sebab berdasarkan pendapat medikal pun kalau setahun mencuba masih tidak hamil pasangan digalakkan untuk berjumpa doktor. Apatah lagi kalau lebih dari setahun cepat2 dapatkan pandangan yang pakar. Merancang tidak apa tetapi sekurang-kurangnya kita tahu status kita supaya mendapat rawatan secepat mungkin. Secara purata 1 dari 7 pasangan mengalami masalah mendapat anak. Banyak tu. Antara sebab kenapa lambat hamil/subfertilit