Thursday, December 22, 2016

SUSAHNYA NAK HABISKAN 2L AIR

SUSAHNYA NAK HABISKAN 2L AIR PUTIH

Semua orang tahu air putih/kosong penting dan bagus untuk kesihatan, tapi kenapa ramai yang gagal untuk jadikan minum air kosong sebagai tabiat/habit. Sebab kita tak jadikan ia sebagai habit lah atau tak paksa diri untuk minum juga.

Fake it until you make it.

Dulu saya pun jarang minum air kosong. Nescafe hari2. Kalau bungkus makanan mesti sekali dengan air manis. Tapi sejak cuti dan timbang berat macam tinggi jaaa, dah panic dah. Terfikir kena start something healthy dah ni. Kang tua menyesal. So sejak join Shaklee dan ambil LECITHIN & ALFALFA start dah minum air kosong hari2 wajib 2L. Memang sengkak (org kedah kata), tapi paksa diri juga sebab nak sihat. Ulang ke tandas tak payah kata la, dah minum banyak mestilah kerap buang air. Ada sesetengah orang berat tu gemuk air. Bila badan tak cukup air, ia hantar signal dan badan akan retain air. Sebab tu ada yang turun berat hanya dengan minum air kosong secukupnya ja. Lepas sebulan sekarang dah jadi macam habit habiskan 2L air tu, sekarang dah up 3L. Tips nak cukupkan air kosong/hari. Ni apa yang saya buat.

1. Beli 1 bekas air yang ada straw.

Ni tiru adik, dia yang start dulu. Bila tengok dia berjaya habiskan macam jelous pula. Tapi betul sangat berkesan sebab kalau takda straw kita malas nak angkat botol. Nampak betapa malasnya..haha. Kalau ada straw sambil2 lalu sedut. Lama2 tak sedar pun dah habis.

2. Minum bila dahaga & lapar pada bukan waktunya.

Kalau perut lapar sedangkan baru ja makan maksudnya kita dahaga tu. Sedut2. Sikit2 pun takpa.

3. Jangan tengok baki air

Main psychology sikit. Sedut ja. Jangan intai banyak mana lagi tinggal air nak habis nii. Nanti takut giveup.

4. Bawa ke mana saja bekas air

Kalau keluar rumah selalunya fail untuk habiskan 2 L. Jadi pastikan bawa ja bekas air berstraw tu. Sekarang dah tak malu galas bekas air. Dulu malu.

5. Bangun pagi minum 1 gelas air (dah jimat 150ml)

6. Setiap kali lepas ke tandas 1 gelas air

7. Tabahkan hati untuk ulang alik ke tandas.

Lepas dah jadi habit, anda akan rasa kesannya. Serious tak tipu. Badan rasa lagi ringan dan sihat. Kulit rasa makin glowing. Tak rasa lemau.

So, jadikan minum air kosong sebagai habit. Tambah sikit dengan vitamins Shaklee mesti lagi mantap kesihatan anda.
Ingat! Fake it until you make it!

Atiqah
0135945830


Monday, December 19, 2016

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Bismillah..coretan ni untuk simpanan diri sendiri dan andai ada yang membaca moga bermanfaat. Simpanan diri sendiri sebab selalu lupa pengalaman sendiri. Jadi kalau menulis dalam blog insyaAllah akan kekal dan boleh 'recall' pengalaman sebagai 'medical student'. Long way to go.

Angan-angan kanak-kanak ramai yang nak jadi Doktor. Kerjaya yang dipandang tinggi. Tqah sendiri cita-cita nak jadi Doktor sejak darjah 6. Kalau ditanya anak saudara tqah yang dah mampu bercita-cita semuanya nak jadi Doktor. Makteh nya hanya menyokong walaupun dalam hati cubalah kerjaya lain. Cita-cita anak-anak mana boleh kita nafikan. Bukan nak kata Makteh pandang enteng kerjaya ni sedangkan Makteh sendiri berada dalam lingkungannya, tetapi memberi 'option' lain yang lebih selesa untuk hidup nanti. Tapi 'still' kalau ditanya Makteh kerjaya apa yang akan Makteh pilih Makteh akan jawab Doktor juga. 


Jadi sepanjang menjadi IIUM Medical Student selama 2+5 tahun, boleh rasanya nak gelar diri sebagai orang berpengalaman, hahaha. Pengalaman sebagai pelajar lah. Dan sepanjang 7 tahun itu, semestinya pelbagai rasa dah dilalui. Jadi kepada yang bercita-cita nak melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, ini antara kriteria yang anda perlu ada, hahaha. Perlu tak semestinya MESTI ada tau..faham tak?hahaha.


1. HATI MAU KENTAL


Tak kisah la bagaimana perwatakan anda, bertudung, berpurdah, lelaki, perempuan,isteri,ibu,suami. Hati kental paling penting. Dalam kata lain yang mak tqah selalu kata, HATI KERING. Tapi hati kering untuk hal-hal tertentu sahaja tau. Sebab Doktor ni merawat 'human beings' bukan objek. Kena marah itu biasa walaupun masih pelajar. Kena marah dengan staff hospital lagi biasa. Ye lah sebab 'Medical student' ni macam 'foreign body'. Kalau kena marah, kena pulau atau kena 'reject' sikit dah 'fed up', agak susah nak habiskan 'Medical school'.





Bukti hati kental, kami berjaya habiskan posting Ortho.
nak u
letak gambar pegang ular, tapi xda pulak

2. MINAT


'Passion' antara perkara yang selalu Lecturers tqah tekankan. Sebab tanpa minat agak susah nak bertahan dengan 'Medical school'. Yelah nak hadap bidang yang kita tak minat selama 7 tahun ditambah lagi dengan 'pressure'. Jadi hanya minat yang mampu nak 'overcome' pressure tu kan. Tapi ada ja kawan-kawan Tqah yang faktor mereka memilih Perubatan sebab ibu bapa. Ada yang asalnya nak 'apply' Engineering tapi sebab parents nak sangat anak jadi Doktor dia pilih juga. Dua cabang berbeza kan Medicine and Engineering. Tapi dia score ja, malahan score lebih lagi berbanding orang yang ambil Medicine sebab minat, hahaha. So it is not absolute reason to be in Medical school as long as you have 'hati kering' dan ability to understand Medicine lah.


3. RESULT SPM YANG GEMPAK


Ini bukan kriteria nak kata yang budak Medic ni pandai gila tau. Tapi hakikatnya memang yang dapat good result in SPM ja yang akan dipilih tambah-tambah kalau nak 'apply' biasiswa kerajaan, IPTA dan oversea bawah kerajaa. Lepas habis Asasi UIA pun kalau nak sambung Degree Medicine kena score pointer 3.5 ke atas. Kalau tak kena tukar ke bidang lain. Junior Tqah sekarang rasanya requirement pointer dah dinaikkan. Lagi satu, result akan menentukan anda dapat biasiswa atau tidak. Zaman tqah sapa yang dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi automatik dapat JPA sebab pointer dah sah-sah atas 3.5.  Tapi sekarang dah lain, tak semua yang dapat JPA. 


Berbalik kepada result gempak. Realiti yang pahit sebab impian Tqah nak sambung Medicine ke luar negara tapi caturan Allah lebih baik. SPM dapat 8A 2B dan B adalah English dan EST. Jadi memang kalau nak apply ke luar negara memang tak lepas walaupun ada 8A1. Nak pakai duit sendiri tak mampu. Tapi alhamdulillah, kalau takdir kita itu, insyaAllah akan dapat. Tqah minta UIA Medic sebagai pilihan pertama dan terus dapat bidang yang dipilih sedangkan ada kawan yang dapat straight A apply Medic UIA dapat bidang lain. Dan betul lah caturan Allah adalah yang terbaik. Belajar perubatan di universiti tempatan banyak kelebihannya sebab kita didedahkan dengan penyakit-penyakit 'common' di Malaysia. Tambah syukur kerana berada di IIUM.



Form 2,zaman cinta monyet. La ni ada yang dah jadi mak orang pun.

4. KAKI STUDY/ULAT BUKU


Being Medical student memang tak boleh lari dari menjadi ulat buku. Ulat buku, kaki study tak sama macam 'nerd' tau. Ramai yang kata budak Medik ni 'nerd'. Kami tak 'nerd' dan tak semestinya yang 'nerd' ja budak Medik. Bidang lain pun ada yang 'nerd'. (Nerd is a descriptive term, often used pejoratively, indicating a person that is overly intellectual, obsessive, or lacking social skills~wiki-wiki). Tapi disebabkan cabang ilmu yang saaaaangat luas dalam Medik ditambah pula 'we deal with life' memang tak boleh lari dari menghadam buku-buku. Tapi kami masih seperti 'remaja-remaja' lain, ada masa kami tengok wayang, hiking, air terjun, sports. Orang ja tak nampak dan alami sendiri. Kalau mereka alami sendiri pun mungkin mereka akan 'nerd' juga, hahaha. Hah..kena la rajin membaca, kalau tak setiap kali 'bedside teaching' krik3. 



learn with style
waktu ni kami adalah foreign bodies dalam OT, jadi kami ambil keputusan untuk buat study group

                      
                                     Bukti kami pun hiking juga















  5. KEMAHIRAN KOMUNIKASI


Kriteria ini amat penting sebagai pelajar perubatan dan bila dah kerja nanti. Sebab tu tqah kata kami tak 'nerd' sebab 'we deal with human'. Kami bersosial tak sama macam definisi di atas, hahaha. Tapi jika anda seorang yang pemalu, pendiam jangan risau 'social skills' boleh diasah. Lagipun itu tujuan asal kita masuk universiti kan? Untuk belajar. Kalau dah tahu semua kenapa nak sambung lagi kan? Kadang-kadang 'social skills' tu keluar waktu 'Medical school'. Selama ni kita ingat kita tak pandai bersosial, but once you are in pressure, all the social skills will come out. Tanpa dijemput, hahaha. Kenapa penting komunikasi ni? sebab waktu tahun klinikal anda akan didedahkan dengan hospital. Kebanyakan masa akan dihabiskan di hospital bertemu dengan pesakit. Dan semua ini adalah self-study tau. Ada masa 'bedside teaching' dengan Lecturers tapi most of the time inisiatif sendiri untuk cari kes menarik dan 'clerk' pesakit. Melalui temu bual dengan pesakit la kita akan belajar. Lecturers tak boleh nak entertain kita sepanjang masa sebab mereka juga perlu rawat pesakit. Kita juga banyak belajar melalui bertanya kan? Jadi kena selalu dan berani bertanya. 



Komunikasi yang berkesan harus disertai dengan bahasa badan

6. TAK TAKUT KOTOR


Haaa...bukan pengotor tau, tapi tak takut kotor macam darah, nanah. Sebab anda akan melihat pelbagai jenis dan bentuk benda-benda ni. Diabetic foot ulcer, gangrene, necrotizing fasciitis...cuba copy di google, hahaha. Itu yang akan menjadi tatapan anda di pagi hari dan anda perlu lunch untuk tenaga di petang hari. Yang nak jadi nurse lagi kena kental dengan benda-benda ni. Tapi ada ja kawan-kawan Tqah yang takut darah, pernah pengsan sebab tengok darah di jari sendiri. Sekarang dah jadi Doktor pun. Ada juga kawan-kawan yang Obsessive Compulsive Disorder (OCD), boleh search tapi mild la kami diagnose sendiri, hahahaha. Dah graduated dah pun. Jadi konklusinya kriteria ni boleh diasah. Alah bisa tegal biasa. Sekali tengok mungkin pengsan, bila dah banyak kali dah lali dan boleh tolerate dah. Hah! kena kental tengok orang beranak juga tau. Lepas tengok ada juga rasa takutnya nak beranak, hahaha. Tapi dah lama, insyaAllah semua ok2 ja.


7. TAWAKAL KENA TINGGI

Last sekali, tawakal kena ada. Tawakal maksudnya lepas berusaha tau. Memang ni sentiasa diaplikasikan setiap kali exam, hahaha. Tapi serius, tawakal inilah yang membuatkan kami bertahan dalam Medical school. Kalau takda pergantungan yang tinggi kepada Allah, anda mungkin akan kecewa dan putus harap. Sebab anda ada banyak benda nak cover tapi masa yang ada sangat suntuk dan anda tak tahu soalan apa yang bakal masuk. Hanya boleh agak-agak apa yang lecturers selalu tekankan. 7 tahun tak cukup untuk belajar perubatan, sebab tu ada lagi sambungan 2 tahun sebagai Doktor pelatih/ HO. Kalau sambung Master, banyak lagi yang tak tahu rasanya.




p/s: kalau google KRITERIA UNTUK JADI DOKTOR kebanyakan akan bagi lulusan,requirement dll. Tapi coretan ini lebih kepada pengalaman.


Saturday, December 17, 2016

SAYA GAGAL UNTUK BERUBAH

SAYA GAGAL UNTUK BERUBAH

Pernah tak sesiapa alami keadaan macam ni. Dia cuba untuk berubah tapi bila ujian datang, dia gagal untuk menahan diri dari ulang kesalahan yang sama. Akhirnya kita fed up dan giveup dan terus ulang kesalahan lama.

Kadang-kadang kita terlalu tegas dengan diri sendiri sedangkan diri kita perlu disayangi, dilatih. Siapa lagi nak sayang kita kalau bukan diri sendiri. Dengar macam forever alone tapi hakikatnya macam tu. If you dont care about yourself why do i care about you. Dush3..teringat kata-kata seorang sahabat UIA waktu kawan-kawan tak sign attendance.hahaha.

Berikan masa. MASA adalah apa yang kita perlu. Mungkin perkara buruk lama kita dah menjadi habit, jadi untuk tukarkan kepada perkara baik perlukan masa juga untuk tukarkan kepada habit. Macam kata one of my lecturers, "fake it until you make it". Kalau kita terlalu mendesak diri itu yang akan menyebabkan kita end up dengan fed up and giveup.

Monolog dalam diri selalu ,'tak mengapa, esok jangan ulang', itu yang diri kita perlu dari kita.
Kadang-kadang kita rasa teruk, kenapa aku tak boleh berubah. Rasa teruk tu sebenarnya petanda baik yang hati kita masih hidup. Masih ada rasa sayang pada diri sendiri, jadi jangan give up.

Bantu diri sendiri untuk rasa diri ini tak sempurna. Bukan untuk jatuhkan semangat sendiri, tapi supaya bila kita buat kesilapan kita boleh terima yang kita sememangnya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Dalam masa yang sama kita boleh juga terima kelemahan orang sekeliling kita. Tapi janganlah jadikan habit untuk buat silap. Jadikan habit untuk perbaiki dan belajar dari kesilapan. Sekian motivasi pagi. Teruskan positif.

2.30am
Musafir Kerinduan
dekkah91@blogspot.com
#shakleealorsetar

Friday, December 2, 2016

Collagen untuk kecantikan

Bismillah...

pon,pon, sisik ikan nak lalu ni....
šŸ  šŸ  šŸ  šŸ  šŸ  šŸ  šŸ  šŸ  šŸ 
.
Shaklee tengah buat promosi collagen powder, jadi dah alang-alang tu kita masukkan set2 jerawat yang lain. Ini khas untuk yang ada masalah jerawat dan siapa yang pantas pm tqah. Kita bagi harga adik-beradik.
.
1. Vitamin E

Vitamin E dengan selenium ini membantu untuk memperbaiki parut pada kulit dan muka. Selain itu, Vitamin E berfungsi untuk menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, melindungi kulit dari sinar UV, menjaga kelembapan kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.

2. Collagen Powder

Kolagen Shaklee adalah sangat ringan kerana mempunyai 1,000 dalton berat molekul. Ini memudahkan proses penyerapan ke dalam badan dan dapat membantu kepada peningkatan sisntesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Daripada kajian yang dilakukan, selepas penggunaan selama 8 minggu, Collagen Powder Shaklee terbukti berkesan untuk:

šŸŒ¾Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
šŸŒ¾Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
šŸŒ¾Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
šŸŒ¾Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
šŸŒ¾Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
šŸŒ¾Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
šŸŒ¾Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
šŸŒ¾Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
šŸŒ¾Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

3.ESP
Khasiat Utama ESP Shaklee untuk Kulit Anda
.
☘Membantu menghilangkan jerawat, jeragat dan parut dimuka dan badan
☘Menganjalkan kulit termasuk payudara yang kendur dan membantu meratakan selulit.
☘ESP juga boleh mengurangkan berat badan.
☘(Customer shira pernah hilang 4kg dalam masa sebulan dengan pengambilan ESP sahaja)
☘Membantu mencerahkan dan menaikkan seri kulit secara semulajadi
☘Membantu meratakan kulit kesan daripada parut2 jerawat


                              

                                       

                         

Nak dapatkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Hubungi:
Atiqah
013-5945830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah


FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Thursday, December 1, 2016

Alfalfa kurangkan allergi


Assalamualaikum..


Ini update selepas 2 minggu tqah menggunakan alfalfa. Pada mulanya sebelum try Shaklee ingat nak ambil ESP sebab nak turunkan berat badan yang semakin naik sejak cuti habis belajar. Tapi sebab tak mampu lagi cubala search untuk produk yang harganya di tahap kemampuan diri.heheh. So terjumpa Alfalfa. Search tentang alfalfa dan salah satu manfaatnya untuk allergi. So niat di hati nak cuba untuk allergi. Tqah memang ada masalah allergi, resdung, eczema semua ada. Genetic in family juga. Waktu nak ambil alfalfa ni jari manis kiri eczema teruk. Kulit kering, gatal yang amat, mengelupas. Nasib baik sebelah kiri, kalau sebelah kanan habisla mak mertua nak sarung cincin tengok jari menantu buruk alahai. Tqah juga ada eczema di bawah hidung, bekas jerawat tapi tak heal dan sentiasa mengelupas dan gatal melarat jadi eczema. So tqah amalkan alfalfa mula-mula sebiji selepas makan. Takut nak try 3 biji terus sebab tqah jenis jarang makan ubat. Takut kesannya kuat sangat. Then tqah naikkan 2 biji dan 3 biji. Setakat ni hanya makan maksimum 6 biji. Alfalfa boleh ambil maksimum 10 biji/hari ye. Lepas ambil alfalfa gatal dah kurang tak merenyam(orang kedah kata) macam dulu. Satu hari tu rasa macam lambat nak lega..hahaha..kurang sabar sikit sebab tu tak beli produk2 kecantikan ni. So tqah try buat mask dan selebihnya tqah salut di jari yang kena eczema tu. Caranya senang ja, hancurkan 1 biji alfalfa dan letak air sikit. Bau dia macam daun inai sikit. Lepas tu sapu lah di  muka macam mask/scrub. Ok I found the way to make it faster. Lepas sekali apply ja esok tu dah kurang kulit mengelupas, tak gatal, merah2 dah kurang. Cuma eczema di muka lambat sikit, tetapi gatalnya serious kurang. Oh lagi satu, tqah ada problem resdung so mata sangatlah gatal. Disebabkan selalu tenyeh mata, kulit bawah mata mengelupas dan ada eye bag yang selalu orang panggil 'allergic shiners'

ni contoh ja..tapi lebih kurang cuma tak seteruk ni
macam ni la mata kita, macam panda, siap kulit mengelupas lagi bawah mata tu
Oh ya, alfalfa juga untuk keputihan kan. Yes betul. Keputihan makin berkurangan. Manfaat yang lain tqah tak rasa sebab takda masalah lain. Masalah yang disebut di atas sahaja. Tapi untuk pengetahuan semua juga alfalfa tidak digalakkan untuk orang yang ada penyakit autoimmune seperti SLE, Rheumatoid arthritis. Ini disebabkan kajian menunjukkan alfalfa boleh meransang penyakit ini. Untuk pesakit G6PD juga tidak digalakkan. Tapi jangan risau kerana di label botol dah ada warning untuk sesiapa yang tidak boleh ambil alfalfa.

Konklusinya Alfalfa sesuai untuk anda yang bermasalah
1. Allergi
2. Keputihan
3. Senggugut
4. Sembelit
5. Milk Booster


Untuk dapatkan ALFALFA boleh hubungi:

Atiqah 
013-594-5830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra,Kedah

FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Wednesday, November 23, 2016

Khasiat Vitamin C untuk jerawat

Bismillah

Cuba angkat tangan sapa yang tak pernah ada jerawat?
Hampir tiada sesiapa tidak pernah tidak ada jerawat. Mesti pernah ada walaupun sekali seumur hidup. Jerawat ni antara masalah utama golongan remaja, ketika hormon-hormon di dalam badan ketika usia ini di tahap cuba untuk sesuaikan diri orang kta..hehe

Jerawat terjadi apabila liang-liang roma(hair follicle) tersumbat dengan minyak dan tisu mati. Jerawat tidaklah bahaya tetapi kalau tidak dikawal dan dirawat dengan betul dan baik akan meninggalkan kesan yang buruk sekaligus menyukarkan rawatan pada masa hadapan. Keyakinan diri pun kurang disebabkan parut-parut jerawat.

Antara produk Shaklee yang mampu membantu masalah jerawat adalah Vitamin C.
Berfungsi sebagai antioksida dan penghasilan kolagen. Vitamin C boleh beli kat mana-mana pharmacy. Tapi untuk Vitamin C Shaklee ia berteknologi "sustained released". Maksudnya vitamin C dirembeskan secara perlahan-lahan dalam satu jam dan berulang jam berikutnya. Jadi badan kita akan dapat Vitamin C setiap jam. Dulu as student selalu amalkan sebab selalu ambil free dekat Primary Care Centre. Tapi lepas graduation no more sebab onkos kurang. So sekarang sambil-sambil buat pendapatan dengan Shaklee dapat juga beli untuk diri sendiri.

Ada juga yang buat mask untuk kecutkan jerawat. Cara-caranya:

1. Bahagi tablet kepada 3 bahagian
2. ambil 1 bahagian hancurkan dalam bekas
3. larutkan dengan 1 sudu air
4. biar kembang sekejap
5. sapu pada jerawat/muka selepas cuci dan keringkan muka
6. biar kering kemudian bilas

                        


InsyaAllah, amalkan dalam 2,3 kali akan kecut jerawat. Ada juga yang pakai malam,esok tu dah kecut jerawat. 

Nak dapatkan VITAMIN C anda??

Hubungi

Atiqah
013-5945830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah


FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Sunday, November 20, 2016

FAST ACTING FAST RESULT

Bismillah

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan graduated dari IIUM. Wishlist untuk cuti ada yang dah dipenuhi walaupun tak lama..haha

Cuba untuk memenuhi cuti dengan perkara bermanfaat dan flexible
Memilih untuk buat online business ja..

So sekarang nak cuba Shaklee pulak..mula2 fikir malas la nak jual produk-produk kesihatan ni sebab susah nak kena explain tentang khasiat dia..tapi bila fikir semula kerjaya aku sebagai Doktor nanti pun perlu explain kepada patients tentang kesihatan dan kebaikan ubat-ubat atau vitamin2 yang diberi..

Ditambah pulak dengan Kak Artika yang tengah buat Phd dan pernah jadi mentor kepada aku waktu Medical Student, so aku pilih dia sebagai SV dalam Shaklee. Orang kata sambil menyelam minum air. Sambil tambah ilmu tentang khasiat vitamin and so on, tambah kenalan, tambah pendapatan, tambah aura positif, tingkatkan kesihatan sebab aku rasa nak try Shaklee supplements ni. Terasa sedar diri sebab sejak kebelakangan ni banyak penyakit menyerang diri, umur tua makin menjengah oh no!!

So terus search untuk ambil 1st produk Shaklee..last sekali ambil Alfalfa complex ni.

fresh baru sampai dari abang posmen


So ni antara konklusi khasiat Alfalfa setelah membaca beberapa rujukan dan info:

1. Orang cina kuno menggunakan Alfalfa untuk merawat penyakit usus dan ginjal.
2. Mengandungi kalsium dan protein yang tinggi di samping mineral, vitamin B, C, D, E, K.
3. Merawat sakit sendi dan bengkak kaki akibat pengumpulan air (water retention)
4. Merawat kolesterol tinggi.
5. Merawat asma.
6. Mengurangkan kadar gula dalam darah (untuk pesakit kencing manis)
7. Mengurangkan keputihan.
8. Mengurangkan senggugut.
9. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita.
10. Membuang angin dalam badan.
11. Meningkatkan susu badan (milk booster)
12. Mengurangkan sembelit.

Namun begitu sudah tentu setiap apa yang kita ambil pasti ada kekurangannya. Alfalfa tidak digalakkan untuk sesetengah golongan seperti:

1. Pesakit Systemic Lupus Erythematous
2. Sensitif kepada cahaya matahari
3. Wanita hamil
4. Kanser payudara, kanser rahim, endometriosis, fibroid,
5. Penyakit autoimmune seperti SLE, rheumatoid arthritis, multiple sclerosis.
6. Pesakit pemindahan organ
7. Pesakit yang mengambil warfarin

Nak daptkan ALFALFA anda?

Hubungi: 

Atiqah
013-5945830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah


FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.


Wednesday, April 13, 2016

YA.

Ya.
Aku kata aku hamba,
Tapi kenapa aku leka.

Aku kata aku akan pegang kata-kata,
Tapi kenapa aku dusta.

Ya.
Aku kata aku hina,
Tapi berjalan mendabik dada.

Aku kata aku bukan siapa-siapa,
Tapi kenapa pinta disanjung bak raja.

Ya.
Aku percaya dunia ini mainan semata-mata,
Tapi kenapa Kalam-Nya tak dibuka.

Aku tahu Dia yang kuasa,
Tapi kenapa bila gagal lupa segala.

~NAM