Posts

Showing posts from 2011

Rancangan Allah..

kadang-kadang kita merancang rapi segala-galanya tetapi perancangan Allah terlebih dahulu ada untuk kita dan perancangan Allah lah yang terbaik..

Sujud syukur

Alhamdulillah..syukur selamat menjalani 1st end blok exam yang rasanya tidaklah perform sangat tapi bersyukur sebab masih mampu habiskan hingga titik terakhir....semoga Allah berikan yang terbaik untuk diri tak kira lah menang atau kalah pasti itu yang terbaik untuk diri..semoga ini menjadi titik tolak dalam menilai diri sendiri....sejauh mana serius dan bersungguh-sungguh nak jadi doktor...semoga Allah ikhlaskan hati dalam menerima semua dugaan dan cabaran...: ) p/s:mungkin kita tidak suka kan something sedangkan ia baik untuk kita dan mungkin kita suka kan something sedangkan ia tidak baik untuk kita....sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita...kita hanya perlu berusaha dan tawakal kerana keputusan terakhirnya hanya pada Allah dan Allah tidak melihat pada keputusan akhirnya kerana Allah ingin melihat sejauh mana kita berusaha untuk dapatkan something walaupun kita rasa ia mustahil untuk kita......dan Allah melihat sejauh mana ikhlasnya kita menerima tekanan d

Cek nak exam

lagi seminggu nak exam end blok..tajdid niat..exam hanya untuk muhasabah diri setakat mana aku mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang doktor nanti...mohon Allah berikan yang terbaik untukku...kepada yang membaca..mohon doa dari anda... dalam kondisi nak exam di timpa satu ujian, tapi Allah datang kan penyejuk dan penenang hati dari arah yang amat aku tidak sangka2..terima kasih Ya Allah..sesungguhnya ujian itu merupakan satu keperluan kepada setiap yang bernama insan..semoga aku dan orang yang aku sayang redha dan tabah dengan ujian ini..

Nak kawin..

Image
Alhamdulillah akhirnya sampai juga rumah setelah lebih kurang 15 jam dalam bus dari kuantan ke alor star..memang tak pernah dalam hidup aku..sempat dok rumah sehari ja..dahtu balik-balik kuantan ni ada tutor dan PBL yang masih tak disentuh.....kepala pening memikirkan tapi tangan masih tak gerak2 nak siapkan tugasan...oooo....i need passion...memang medic ni perlukan passion...tp disebabkan kepala dah diasuh dari dulu   sbg exam oriented menyebabkan hanya ada rasa minat bila nak exam ja...habis exam memang malas nk buka buku....memang tak applicable pun untuk student medic...i must keep it in mind yang aku bukan lg budak hingusan yang mengharapkan lecturer semata-mata...dan aku bukan lagi budak tadika yang takut buat salah..exam sebelum ni dah menggariskan ability aku..tapi tak sepenuhnya sebab ia hanya MCQ dan main tembak2 ja....one more...after this memang aku nak band bus yang aku naik semalam(xleh mention nama,nanti kena saman)...perkhidmatan tak molek langsung, antaranya: 1. lew

Oh tidak!!kembalikan...

Image
oh!sgt cumil..   Kadang-kadang perkara kecil boleh menjatuhkan dan memusnahkan segala-galanya...tapi bole jadi juga perkara yang besar tak memberi apa2 kesan pada seseorang...semuanya bergantung bagaimana cara kita berfikir...kalau cara berfikitnya negatif maka segala perkara yang terjadi akan menjadi negatif....semuanya akan memburukkan diri sendiri...tapi jika kita sentiasa optimis...segala-galanya menjadi indah belaka(ayat xbole blah)...but betul la..i need to be optimis because aku selalu buat mistakes..kalau xda optimis ni..habis aku..buat salah sikit dah down...so please be optimist Atiqah! apa yang berlaku pasti ada kebaikannya..apa yang Allah tentukan dalam hidup ku adalah yg terbaik

Oh masalah!

masalah teknikal..gambar baby yg besar itu tidak dapat dihapuskan..mungkin kerana terlalu excited dgn 'orang baru' yg bakal tiba nanti..semoga 'dia' selamat tiba ke dunia walaupun prjalanan itu masih panjang : )

Ukhuwah yang indah

Image
Ukhuwah itu indah bila kita saling berkasih sayang kerana Allah... Apabila dalam gembira ada teman yang sama-sama meraikan kegembiraan, Dan bila dalam kesedihan ada juga yang turut bersedih bersama kita, Tiada rasa keseorangan... Hidup ini semestinya memerlukan sahabat atau teman, Sahabat yang diperlukan pula bukan sahabat yang membawa kita jauh dari kebenaran, Tapi sahabat yang diperlukan adalah sahabat yang mendekatkan kita kepada kebenaran, Tapi persahabatan juga merupakan tanggungjawab, pengorbanan dan pemberian... bakal-bakal doktor keluaran UIA..semoga menjadi doktor Muslim yg mampu merawat hati dan badan pesakit.. amin rakan Matgwa sentiasa dirindui..tak kira masa..kalau jumpa tak pernah rasa jemu p/s: Jika ingin memiliki sahabat yang sempurna, jadikan diri kita sahabat yang istimewa dahulu..

Bersuka hati...

Image
Kadang-kadang bila kita suka seseorang kita anggap dialah yang terbaik, Kadang-kadang bila kita sukakan dia, kita rasa dunia ini hanya untuk dia, Kadang-kadang bila kita sayangkan seseorang kita sanggup berkorban apa saja untuk dia, Kadang-kadang bila kita cintakan seseorang kita rasa dialah pemberi semangat kita... Tapi bila kita benci seseorang, bagi kita dialah yang terburuk sekali, bila kita benci dia, kalau bole tak mahu langsung dia ada di dunia ni, bila hilang rasa cinta, korban walaup sebesar kuman pun tak mahu, bila dia kita benci, semangat kita pergi bersama dia...                                       ....                                       ....                                       ....                                       ....                                       .... p/s:  SAYANG DAN BENCI SESEORANG SEKADARNYA, SAYANG DAN BENCI PADA MANUSIA TAK BERKEKALAN, DALAM SEKELIP MATA ALLAH MAMPU BOLAK BALIKKAN HATI UNTUK SAYANG ATAU BENCI SESEORANG:)--------------> tiada

Dia pergi berlari begitu sahaja tanpa menoleh ke belakang...

Image
Setiap perkara yang dilakukan mesti ada sumber inspirasi sebagai pemberi semangat..supaya kita tak jatuh di tengah jalan,kalau jatuh pun cuba juga untuk bangun semula..bagi aku sumber inspirasi aku pelbagai..muncul tanpa disangka-sangka dan pergi pun tanpa disangka-sangka..huhu..kali ni sumber inspirasi aku adalah.............dot dot dot...tapi kali ni sumber itu xbole lagi dipakai...kena cari sumber inspirasi baru lah nampaknya...  p/s: Dunia ini mahal, tapi syurga itu lebih mahal pilih yang mana 1 atau PILIH LAH DUA-DUA..xda masalah..:)
Image
Hari ni rasa cam nak nangis...dah ngantuk dalam kelas xfaham lectures...pastu kena balik jalan kaki pulak..dah 2 hari jalan kaki..nak tunggu berapa kali lagi tak tau la..hari2 mcm ni bole hitam and kurus den..saboo jela... p/s: terlalu fikirkan apa pandangan orang pada kita hingga lupakan pandangan Allah pada kita menjadikan kita   manusia yang sangat rugi bukan di dunia saja malah di akhirat...apa ada pada pandangan manusia kerana kita dan mereka sama sahaja...jaga hubungan dengan Allah insyaAllah automatik hubungan dengan manusia pun akan ok...:)

Ligan jangan tak ligan..

Image
lectures makin laju..lecturers cakap mcm air yg mengalir di sungai..amat menenangkan..:)so kena naikkn speed la..tp jgn melebihi had kelajuan nanti accident terbabas pulak..pakai topi keledar (lesen moto ja yg ada kn).. p/s: jangan menilai seseorang dengan paras rupa, dah banyak orang kata muka saya garang sebelum mereka kenal siapa saya..dan sebab itu mereka xberani nk bergurau senda dengan saya: )..tp saya xgarang pun..ce tanya orang yg kenai saya....myb muka xda nur kot..hu3:(

For me.......

Image
1 week of lectures dah bagi gambaran bahawa jalan-jalan seterusnya akan lebih mengganas dari sekarang..tapi itu jalan yang dipilih sendiri..Jalan yang dipilih perlukan pengorbanan yang tinggi..kalau inginkan ganjaran yang baik di penghujungnya maka ikhlaskan hati agar pengorbanan tak menjadi sia-sia....pengorbanan bukan bermaksud kita perlu 24 jam study kan..seimbangkan hidup kalau nak jadi manusia yang seimbang..keberkatan waktu itu yang penting bukan kuantiti waktu..waktu yang banyak tanpa berkat bagaikan 10 jam = 1jam.... P/s: Hidup sebagai pelajar medic mungkin susah tetapi kesusahan itu lebih mendekatkan kita dengan Allah berbanding jika kita berada dalam kesenangan..: )
Image
Assalamualaikum..alhamdulillah after hampir seminggu berada di UIA Kuantan ni baru la ada peluang untuk berinternet disebabkan kemudahan wireless belum ada di Mahallah At-Tabari yang masih baru ni..kehidupan di UIA Kuantan  bole dikatakan masih belum bermula sebab kelas belum mula, jadi masih tak dapat nak gambarkan kesusahan dan kesenangan yang bakal dihadapi...Azam baru cuba ditanamkan dalam hati agar terus istiqamah untuk belajar dan beramal dan cuba untuk tidak terlalu merungut..but for me setakat ini At-Tabari sudah cukup selesa kalau dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain yang mungkin tiada peluang melanjutkan pelajaran ke universiti..Kesusahan kadang-kadang mengajar kita agar lebih tabah dan macam orang kata antibody nya lebih kuat, tahan lasak...tujuan ke UIA ni perbaharui semula, datang ke suatu tempat untuk belajar tidak akan sama dengan kehidupan kita di rumah..layanan adalah sama tak kiralah anak perdana menteri atau raja..tak da bilik vip atau kelas bawahan..so kena teri

Fasa baru

Image
Bangun, tido, bangun, tido dah habis cuti 3 bulan..habis cuti 3 bulan tanpa sebarang money income tapi money outcome ada la..hadoii..Lusa dah daftar masuk UIA..macam tak percaya pun ada dah habis cuti 3 bulan..lepas ni kena get ready fizikal dan mental untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar perubatan..harapan mak abah and family terlalu tinggi, kalau bole tak nak sia-siakan penat lelah mak abah cari duit, hantar p kuantan jauh-jauh..jasa mak abah terlalu tinggi tak terhitung...semoga semuanya berjalan lancar esok dan hari-hari seterusnya..semoga diikhlaskan hati untuk terus tabah berjuang..:)

Jumpa lagi :)

Assalamualaikum :) Semalam berjumpa lagi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui Abon , Huda, Tehah dan Pipah..Walaupun Huda and Abon dah banyak kali jumpa tapi masih tak jemu-jemu..Rasa nak lagi jumpa :)..Nanti dah kawin pakat-pakat cari rumah sebelah-sebelah pun best gak, senang nak jumpa..hu3..Mungkin macam ni rasanya bila kita sayangkan seseorang..Rasa tak jemu bersua muka dan rasa nak berjumpa lagi..Ukhuwah yang dibina sepanjang 8 tahun rasa sayang kalau dibiarkan terkubur macam tu saja....Jadi kalau boleh sedaya upaya untuk mengadakan diri bila sahabat-sahabat ajak keluar berjumpa atau berkumpul....Nasib baik juga mak n abah faham dan percaya kat anak dara depa..kalau tak jangan harap bole keluar selalu jumpa kawan...Lagipun masa ni jela nk habiskan masa jumpa kawan..Dah masuk Kuantan nanti tak tahula bilanya nk jumpa lagi...sedih....:(..Bila direnung-renungkan balik jarak tidak menjauhkan kami malah ia merapatkan lagi persahabatan kami..Bila berjumpa, semuanya dipenuhi d

Jodoh-jodoh

Image
Assalamualaikum.. Selamat kembali! 25 Ogos 2011 genap umur 20 tahun 18 hari ..rasa cepat masa berlalu umur dah mencapai dua angka dan angka di depan dah naik jadi 2 dari 1..teringat sembang-sembang sahabat-sahabat di UIA..kata mereka bila umur dah mencapai 20 tahun ni mulut tu tak lekang dengan perkataan "KAHWIN" dan seangkatan dengannya: )...bercakap tentang kahwin ni mestilah bersangkutan dengan "JODOH" yang kita semua tahu ia adalah ketentuan Allah....tapi bila teringat kembali sembang-sembang sahabat-sahabat..ada antara mereka berfikiran memang jodoh ditentukan Allah tetapi ia memerlukan sedikit "USAHA" dari kita kerana kita akan dapat apa yang kita usahakan..kadang-kadang ada benarnya tetapi "USAHA" yang dimaksudkan itu bukanlah sebagai lesen untuk kita menghalalkan 'couple', keluar berdua-duaan dengan alasan untuk kenal hati budi, masih banyak cara untuk kenal hati budi..kadang-kadang kita tertanya-tanya, siapa jodoh kita (termasu

Remember

kadang-kadang bila kita rasa kita silap membuat pilihan,kita harus berani untuk berubah,kerana Allah tidak akan mengubahnya selagi kita tidak berusaha mengubahnya.... Allah berikan pilihan kepada kita,jalan baik atau jalan tak baik..pilihan terletak pada tangan kita...dan setiap pilihan yang dibuat bukan sekadar melepaskan batuk di tangga tapi bakal dipersoalkan di sana nanti...