Thursday, April 27, 2017

Berakhirnya penantian, bermulanya satu peperangan

Alhamdulillah, hari ni selesai satu peringkat dalam hidup. Kelmarin dulu, 25 April 2017 keputusan pengambilan HO keluar dan aku terpilih. No expectation pun akan dapat, macam biasa aku jenis malas fikir, ada ada,tiada tiada la. Tambah-tambah benda di luar kawalan ni, I always expect the worst kalau bab2 macam ni walaupun doa mestilah yang baik-baik kan. Tapi sebagai persediaan minda supaya tak terlalu kecewa.

Jadi bila keluar keputusan jadi terkejut lebih pulak. In 2 weeks time aku akan start kerjaaaaa!!! Ni la manusia, waktu takda di cari,di keluh, bila dah diberi macam-macam pulak fikir, takutla,tak ready la..

Tapi I'm ready for this!!Hahahah walaupun buku tak sentuh selama 8 bulan!!!

Tapi sedih untuk kawan2 lain sebab less than 40% pun yang dapat intake May yang lain akan dapat July/August. Ramai yang kecewa, tak kurang ada juga yang dapat tapi mengeluh nak raya dulu. Whatever it is semua kuasa Allah..tak boleh la merungut sangat kan. Dapat pun dah cukup baik.

Even aku sendiri impian nak minta Sungai Petani. Dah get ready depan laptop sejam awal. Lepas log in laju je isi semua part..tapi bila part penempatan jadi hang. Minta mak datang tiup laptop sikit bagi laju. Last2 buka memang tinggal Bahiyah SAHAJA. Pilihan aku adalah Sungai Petani, Kangar, Bahiyah. Tapi even Kangar pun habis. So??Nampak situ?? Rezeki yang memang Allah yang punya yang tak boleh ngko nak sangkal lagi. Kalau bukan ngko punya memang bukan ngko punya.

Aku ok, cuma nak elak Bahiyah sebab bosan sebab selalu sangat datang Bahiyah. Nak juga rasa tempat lain. Tapi apa daya, itu ketentuan untuk aku.

Untuk kawan-kawan yang belum dapat, nak kata sabar pun kalau aku kat tempat mereka aku pun mybe tak boleh terima. Tapi itu la yang boleh diberi pun. Setiap benda ada hikmah. Hikmah ni kita kena banyak fikir. Kalau tak fikir kita takkan nampak hikmah tu.

So sekarang need to plan macam-macam. Maksudnya need to study macam-macam, hahahahaha.
Doakan kami.

Sunday, April 2, 2017

Omega Guard-minyak ikan terbaik

Kita selalu dengar tentang Omega-3, Omega 6. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen. Nak tahu kenapa? Jom baca sampai habis.

Setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan lain-lain.

Omega Guard diekstrak dari ikan air laut sejuk (ikan sardin, bilis,kembung,herring). Ketumpatan minyak ikan Omega guard juga 3x lebih berbanding minyak ikan yang lain.

Yang paling penting Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk mengekstrak minyak ikan ni.

Berbanding produk lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien dan tidak mampu menapis logam-logam berat.

Kaedah yang Shaklee gunakan mampu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dll.

Manfaat Omega Guard? Sangatlah banyak sehingga buat anda rasa rugi kalau tak jadikan Omega guard sebagai suplemen harian. Jom teliti apa manfaat Omega Guard ni.

1. Mengimbangi perubahan dalam hormon wanita yang menyebabkan PMS

2. Membantu tingkatkan kesuburan

3. Kalau ambil secara konsisten akan menyerikan kulit, lebih licin dan kemrah-merahan, tak perlu pakai blusher dah, huhu

4. Mencegah strok

5. DHA dan EPA bantu menentang trombosis

6. Membantu merendahkan kepekatan darah dan tekanan darah tinggi

7. Merendahkan kolesterol

8. Hindar pembekuan darah

9. Mengawal obesiti

10. Mencegah arterioslerosis, serangan jantung

11. Membantu tumbesaran perkembangan otak janin

12. DHA penting untuk otak, sistem saraf, retina.

13. DHA bantu tingkatkan daya ingatan 

14. Mencegah alzheimer

15. Meningkatkan sistem imunasi dan kesihatan paru-paru

16. Memelihara fungsi-fungsi sendi

17. Mencegah imsonia

Diet harian kita mengandungi omega-3 yang terlalu rendah tapi jumlah omega-6 yang sangat tinggi. Omega-6 juga penting tapi kalau ambil secara berlebihan akan memudaratkan juga. Nisbah yang betul ialah 2 : 1 atau 4 : 1, namun nisbah omega-3 yang kita ambil berbanding omega-6 padahari ini adalah seperti berikut


Nisbah  yang jauh ini boleh mendatangkan pelbagai  kemudharatan kepada kesihatan dan kita berisiko mendapat penyakit-penyakit  berikut :-

1.  Sakit kardiovaskular

2.  Diabetes melitus

3.  Obesiti

4.  Sindrom metabolik

5.  Sakit  usus

6.  Sakit tua

7.  Rheumatoid arthritis (sakit sendi)

8.  Sakit asma

9.  Kanser

10. Gangguan psikiatri

11. Penyakit  autoimun

So sangat  penting bagi mendapatkan asid lemak omega-3 dalam makanan seharian. Contoh seperti ikan tuna, brokoli, ikan salmon, kacang walnut dan sebagainya. Namun, jika berpijak dibumi nyata, sukar untuk kita  mendapatkan jumlah omega-3 yang mencukupi bagi keperluan tubuh. Kerana sumber omega-3 mahal dan jarang diambil setiap hari.


Jadi anda boleh mendapatkan omega-3 setiap hari dengan membeli Omega Guard Shaklee. Ianya tulen, bebas logam berat dan sangat berkesan memperbaiki taraf kesihatan kita. 






























Nak dapatkan Omega Guard anda:


Atiqah
013-5945830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah


FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.







Friday, March 17, 2017

Cara untuk menjadi Member Shaklee

Kelebihan anda menjadi ahli Shaklee tidak kira anda menjual atau makan sendiri:

1. Diskaun harga
2. Cash back
3. Kesihatan yang lebih baik

Kelebihan Menjual

1. Untung runcit
2. Bonus prestasi
3. Bonus kepimpinan
4. Bonus kereta
5. Bonus tambahan
6. Insentif coordinator
7. Insentif istimewa
8. Konvension perlancongan
9. Kelas yang berterusan tentang produk dan marketing (tapi dengan syarat join group yang aktif macam saya, Group Aura, sebab ada ja group yang tak aktif, jadi akan terkontang-kanting kalau sorang2)
10. Aura positif :)
11. Ilmu tentang suplemen dan makanan kesihatan. Bukan tentang Shaklee semata-mata
12. Reward dari ketua2 atas prestasi anda


Mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.



Atiqah
1242147
013-5945830

Vitamin E Shaklee lagi

Vitamin E adalah salah satu antioksida selain Vitamin A,C. Antara makanan yang mengandungi Vitamin E adalah seperti hazelnuts,peanuts,pistachios,biji bunga matahri, sayuran hijau,brokoli. Vitamin E ni adalah vitamin larut lemak(fat-soluble).

Antara kebaikan Vitamin E terhadap kesihatan yang diketahui secara meluas seperti:
  •  Melindungi diri dari toksin seperti pencemaran.
  •  Mengelak premenstrual syndrome(PMS) atau senggugut.
  • Mengelak katarak
  • Mengelak penyakit Alzheimer’s
  • Mengelak penyakit Diabetes
  • Penting dalam pembentukan darah merah
  • Membantu fungsi Vitamin K
  • Membantu mengelak pembekuan darah (orang on warfarin tak boleh ambil)
  • Memperlahankan proses penuaan sel.
  • Meningkatkan fungsi imun di kalangan orang-orang tua.
Maksimum dose Vitamin E sehari adalah 1000mg (1500IU) . Dalam Vitamin E Shaklee terdapat:

  •   322.89mg(400IU) Vitamin E dalam bentuk d-alpha tocopherol(natural)
  •  Grape seeds(Vitis vinifera) Extract
  •  Selenium

SELENIUM

Banyak terdapat dalam ketam, ikan,hati. Antara kebaikan Selenium dalam Vitamin E Shaklee:
  • Mencegah kanser
  • Melengkapkan fungsi Vitamin E sebagai antioksida(lindungi sel dari kemusnahan)
  • Memberi kebaikan kepada kelumumur, infertility
  • Maksimum dose adalah 400mcg/hari, tetapi cadangan sebagai suplemen harian adalah 55mcg/hari(Shaklee: 65mcg/tablet)





Ok semua dah tahu apa khasiat Vitamin E. Sekarang Tqah nak bagi tips macam mana nak kenal pasti Vitamin E yang anda pilih natural atau sintetik. Kalau natural selalu dia akan label d-alpha. Tapi kalau sintetik labelnya adalah dl-alpha. Lagi satu kalau sintetik selalunya akan ada uncang macam manik2 dalam botol yang selalu kita jumpa dalam kotak kasut.

Kenapa penting untuk ambil yang natural?Sebab yang natural kadar penyerapan lebih efektif. Jadi tak rugilah sangat consume Vitamin E kan. Bila penyerapan lebih baik kesannya pun lebih optimum.
Jadi Vitamin E Shaklee adalah natural, d-alpha tocopherol.

Tapi peringatan kepada IBU MENGANDUNG, anda tidak digalakkan untuk ambil Vitamin E. Tidaklah dikatakan sangat berbahaya tetapi ada risiko jika diambil ketika mengandung. Juga kepada orang mengalami masalah muka berminyak. Sebaiknya ambil Vitamin C.

Vitamin E tahan selama 4 bulan kerana terdapat 120 capsules. Boleh di makan atau picit sapu di muka..hihi. Harga sangat affordable sebab tahan lama. 

Atiqah
013-5945830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah


FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.




Monday, March 13, 2017

Kepentingan Calcium Ostematrix

Calcium adalah antara mineral terpenting dan terbanyak dalam tubuh kita. Bila ada masalah dari segi kuantiti Calcium sama ada rendah (hypocalcemia) atau tinggi (hypercalcemia), dua-dua ini akan menimbulkan pelbagai masalah.

Fungsinya terlalu banyak, sebab itu bila berlaku masalah akan timbul pelbagai masalah kesihatan. Tidak  kiralah kepada yang muda mahu pun tua.

Fungsi calcium
  • Membantu proses pembekuan darah (clotting factor)
  • Menyambungkan signal-signal saraf
  • Menggerakkan otot badan dan jantung
  • Membantu proses rembesan enzim

Kesan kurang calcium
  • Osteoporosis di masa hadapan(terutama selepas menopause)
  •  Sawan
  • Tetanus
  • Kebas-kebas tangan,kaki,sekitar mulut
  • Arrhythmias (kegagalan jantung)
  • Lebam-lebam (tanda kegagalan proses pembekuan darah/clotting factor)

Kenapa Ostematrix

Waktu awal-awal nak consume Ostematrix Tqah check dulu bahan-bahan yang ada dalam Ostemarix. Dalam masa yang sama nak bagi kepada ayah dan mak. Dengan ilmu yang ada pernah belajar dulu Vitamin D3 antara salah satu sebab kenapa Tqah ambil Ostematrix. Jom tahu serba sedikit tentang kenapa pentingnya Vitamin D3 ni.

Ostematrix mengandungi Vitamin D3/cholecalciferol  iaitu kompenen terpenting dalam proses metabolisma Calcium. Selalunya Vitamin D dihasilkan secara natural dari kulit kita. Tetapi untuk menghasilkan Vitamin D dari kulit memerlukan pendedahan kepada cahaya matahari( specifiknya UVB). Jadi boleh bayangkan macam mana nak dapatkan Vitamin D di zaman sekarang?Kita jarang keluar rumah. Tambah pulak pendedahan kepada cahaya membawa pelbagai risiko seperti kanser. Tiada kayu ukur untuk kita berada berapa lama di bawah cahaya matahari untuk mendapatkan Vitamin D yang mencukupi.

Jadi pada zaman sekarang risiko untuk kekurangan Calcium menjadi bertambah tinggi. Pertama sebab kurangnya pendedahan kepada cahaya matahri menyebabkan kurang Vitamin D sekaligus menyebabkan kurang Calcium. Kedua factor pemakanan yang kurang dari segi produk tenusu dan pengambilan kafein. Ketiga disebabkan ‘sedentary lifestyle’ yang juga menyumbang kepada tulang yang tidak kuat. Jadi ini antara sebab kenapa kita memerlukan Ostematrix sebagai salah satu suplemen kepada ibu,ayah dan diri kita sendiri.

Jadi lagi sekali kenapa Ostematrix? Kerana ia lengkap dengan Vitamin D3 yang membantu proses penyerapan calcium. Ia juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, boron.




Siapa yang perlukan Ostematrix?
  • Ibu mengandung yang sering kejang,sakit gigi. Sepatutnya setiap ibu mengandung perlukan calcium.
  • Ibu yang menyusu untuk membekalkan calcium kepada bayi dan ibu sendiri. Ini sangat penting kerana ketika ini demand sangat tinggi. Calcium ibu akan diserap oleh bayi. Jika kurang risiko osteoporosis menjadi tinggi. Besarnya pengorbanan ibu.
  • Orang yang mengalami kebas-kebas kaki dan tangan
  • Orang yang mengalami ngilu gigi
  • Warga emas terutamanya wanita yang menopause.



Nak dapatkan OSTEMATRIX anda? 

Hubungi
Atiqah
013-5945830
SID 1242147
Postage ke seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah



FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.


Thursday, March 9, 2017

Parut Hilang Dengan Vitamin E

Vitamin E memang terkenal dengan khasiat/keberkesanannya dalam membantu masalah parut. Sama ada diambil dalam bentuk suplemen atau cream muka.

Vitamin E selalunya hot di kalangan anak-anak muda. Istimewanya Vitamin E Shaklee ni ia ada tambahan selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik. Ia juga mengandungi extract Grape seeds.

Jadi dalam pemakanan harian bagaimana anda mencukupi keperluan Vitamin E? Kalau anda mampu memenuhi keperluan dengan makanan semestinya lebih baik. Tapi persoalannya mampukah? Antara makanan yang mengandungi Vitamin E

                                           

Agak mustahil kan untuk kita penuhi keperluan di atas. Jadi antara alternatif yang ada adalah Vitamin E Shaklee yang disertakan selenium dan biji anggur.

Vitamin E Shaklee sudah diperbaharui dengan formulasi baru:

1. Minyak kacang soya
2. Minyak biji gandum (kaya dengan vitamin E)
3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
4. 10 mg selenium membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik
5. Grape seed extract yang kaya dengan antioksida



Khasiat Vitamin E

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan  kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
24. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Siapa yang perlukan Vitamin E
  • Untuk suami: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.
  • Untuk isteri: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)
  • Untuk Pesakit Alzheimer, mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit.
  • Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit
  • Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.
  • Sesuai sebagai langkah pencegahan bagi  mereka yang berisiko tinggi mengidap kanser
  • Untuk para atlit yang ingin mantain tenaga mereka sewaktu bersukan.

Ingin mendapatkan VITAMIN E boleh hubungi

Atiqah
013-5945830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah

FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Peppermint Ginger Plus untuk keselesaan perut

Peppermint Ginger Plus ni antara yang popular di kalangan warga tua, ibu mengandung dan pesakit gastrik.  

Peppermint Ginger Plus membantu mengurangkan masalah gastrik, loya ibu mengandung, mabuk laut, cirit-birit, masalah penghadaman, juga alternatif untuk ibu berpantang untuk membuang angin dalam badan.


Peppermint Ginger plus adalah kombinasi pudina,halia,jintan(fennel) & bunga cengkih(anise). Semua bahan-bahan yang selalu kita guna di rumah kan? Sebenarnya banyak khasiatnya.


PUDINA

  • Mempunyai kesan penenang, ia memberi keselesaan pada perut. Ia membantu dalam proses penghadaman dan juga memberi kelegaan pada kesakitan seperti gastrik, pedih hulu hati & cirit birit. 
  • Ia melegakan kesan-kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah-muntah dan hilang selera makan.
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.
  • Rasa sejuk dan nyaman daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.
HALIA
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual ketika mengandung juga ketika dalam pantang.
  • Ada juga kajian yang menunjukkan halia membantu mengurangkan mabuk laut.
JINTAN(FENNEL)
  • Orang-orang di Eropah mengambil biji jintan selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, gejala flu juga dapat membantu mengatasi masalah alergi pada usus perut.
CENGKIH (Anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan kesakitan ketika haid, batuk & selesema.
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, menurunkan haba badan ketika musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.

Untuk dapatkan PEPPERMINT GINGER PLUS boleh hubungi:

Atiqah 
013-594-5830
SID:1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra,Kedah

FB: Atiqah Mahzan
Instagram: atiqah_mahzan



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.


DISCLAIMER


Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Thursday, January 26, 2017

HIKMAH DI SEBALIK ITU

Cerita ini ingin aku coretkan di sini supaya nanti satu hari apabila aku membaca di kala aku putus asa aku sedar bahawa rahmat Allah terlalu besar untuk aku. Kasih sayang Allah itu berganda-ganda lagi berbanding kasih sayang ibu ayah, bayangkan.

Ceritanya hari kejadian mood sedih saja. Rasa hati tak senang. Rasa macam banyak masalah dan dalam hati mempersoalkan kenapa jadi macam ni. Kenapa aku nak kena tanggung semua ini. Malamnya abah ajak ke satu rumah untuk mengurut. Mengurut kaki yang lenguh tak lega-lega. Hati memberontak tak mahu ikut, tapi langkah dituruti saja sebab tak sampai hati.

Aku, mak, abah transit (di Jitra ja) di rumah kakak dulu sebab abang ipar ja yang tahu rumah tu. Mulanya abang ipar dan abah ja akan pergi tapi anak buah gaduh nak ikut dan kena bawa 2 kereta sebab kereta penuh dengan barang. Arrghhh! Lagi memberontak, mood swing, terpaksa pulak drive. Mula ingat dekat ja, rupa-rupanya jauhhhh ke dalam.

Sampai di lokasi, gelap sahaja lorong-lorong rumah. Hanya lampu dalam rumah sahaja yang menyala. Kami tunggu di luar, dari jauh aku nampak seorang wanita baya mak sibuk menyapu ruang tamu. Memakai kain batik dan T-shirt lusuh.

Seberapa lama di luar kemudian di jemput masuk ke dalam rumah. Aku dapat lihat wajah wanita tu seperti serba salah. Mungkin sebab rumahnya yang lintang-pukang. Aku masuk, cuba menahan pandangan mataku dari melilau. Tapi kalau tak melilau pun aku mampu nampak dapur dan semua bilik di rumahnya. Aku boleh katakan luas ruang tamu rumahnya sama luas dengan bilikku. Bilik aku pun tak lah seberapa luas. Di ruang tamu tiada TV, hanya ada almari buruk yang dah terkopak. Di ruang tamu juga ibu kepada wanita tersebuat tidur. Di atas tilam yang sangat nipis. Ibunya pula sudah uzur.

Dari ruang tamu aku dapat lihat ruang dapur, tak mampu menahan sebab ruang rumah terlalu kecil. Dari ruang tamu  juga aku dapat lihat bilik tidur. Tak nampak tilam @ toto pun di setiap bilik. Rak letak baju pun hanya rak besi seperti di rumah arwah tok zaman aku masih budak-budak.

Ruang tamunya hanya dilapik dengan tikar getah yang dah terkoyak. Aku percaya ada lagi masyarakat yang lagi susah dari mereka. Sekurang-kurangnya rumah mereka ada bekalan air dan elektrik. Tapi bagi aku, apa yang aku nampak sangat daif berbanding hidupku, walaupun tidaklah mewah tapi aku lebih dari dia. Sebidang karpet pun takda di rumah mereka. Pintu rumah pun hanya pintu kayu yang dah terkopek dan berlubang.







Sedih,sedih,sedih. Tapi kenapa aku masih tidak mensyukuri nikmat yang diberi. Sekejap ingat sekejap lupa. Bila susah ingat, bila senang lupa. Tak istiqamah! Mudah lupa diri! Lupa yang nikmat Allah itu terlalu luas. Bukan harta semata-mata.

Aku pernah mendengar ceramah dari seorang penceramah, tak ingat namanya. Kata beliau, rahmat Allah itu 70x ganda lebih dari kasih sayang ibu bapa. Jadi jangan pernah kita putus asa dengan rahmat Allah.

Sunday, January 15, 2017

Ikhtiar hamil dengan set hamil Shaklee

Setiap pasangan yang kahwin mesti inginkan anak kan? Boleh tanya la hampir 100% inginkan anak. Kalau isteri yang dulu jenis jaga kecantikan jaga badan pun still inginkan anak walaupun dia tahu lepas dapat anak banyak perubahan akan berlaku pada kecantikan mereka.

Anak ni rezeki dari Allah. Ada yang lepas kahwin cepat ja terus hamil. Ada juga yang tunggu lama masih tak dapat hamil. Berdasarkan pengalaman tiqah yang tak kahwin lagi tapi dah ada ipar ni, kalau setahun tak dapat anak orang tua2 kata ada masalah. Kena pegi check. 

Betul apa yang orang tua2 cakap sebab berdasarkan pendapat medikal pun kalau setahun mencuba masih tidak hamil pasangan digalakkan untuk berjumpa doktor. Apatah lagi kalau lebih dari setahun cepat2 dapatkan pandangan yang pakar. Merancang tidak apa tetapi sekurang-kurangnya kita tahu status kita supaya mendapat rawatan secepat mungkin. Secara purata 1 dari 7 pasangan mengalami masalah mendapat anak. Banyak tu.

Antara sebab kenapa lambat hamil/subfertility boleh dibahagikan kepada faktor suami atau isteri. Bukan isteri sahaja tau. Cumanya faktor lelaki lebih sedikit sebab tu analisa pertama yang akan dibuat adalah kuantiti dan kualiti sperm. Lebih dari separuh sebab susah hamil disebabkan isteri, 40% disebabkan masalah suami, 10% disebabkan kedua2 suami dan isteri dan selebihnya tiada faktor didapati, mungkin ujian dari Allah.


Secara am/general, faktor yang menyebabkan "subfertility"

1. Umur. 
Selalunya usia atas 35 tahap kesuburan semakin berkurangan kerana perempuan akan mengeluarkan telur setiap kali ovulation sehingga menopause. Jadi semakin meningkat usia semakin kurang tahap kesuburan. Sperma lelaki juga semakin berkurang kuantiti dan kualiti disebabkan  pelbagai faktor sepanjang hidupnya.

2. Merokok. 
Kita semua sedia maklum kesan merokok kepada kualiti sperma dan ovum. Juga kepada pelbagai masalah kesihatan lain.
Jadi bagi yang merokok terutamanya lelaki dinasihati berhenti merokok untuk membantu meningkatkan peluang untuk hamil.

3. Kekerapan hubungan intim. 
Kadang2 ada pasangan yang ada masalah "anxiety". Jadi selalunya doktor akan tanya tentang kekerapan dan masalah semasa hubungan intim dahulu supaya masalah asal dapat diatasi dan mengelak dari membuat kajian yang tidak perlu. Jadi anda yang mengalami masalah ini kemungkinan perlukan rujukan Pakar Psikiatrik jika keadaan sangat teruk dan memberi kesan negatif terhadap hidup anda.

4. Alkohol. 

5.Berat badan sama ada terlalu gemuk(overweight) atau terlalu kurus(underweight)

Selalunya golongan ni lebih terdedah untuk mengalami masalah hormon. Jadi jalan penyelesainya mungkin hanya dengan mendapatkan berat ideal sebelum mengandung.
Risiko untuk gugur yang tinggi sebab fibroid kemungkinan akan menganggu ruang rahim. Bergantung kepada kedudukan fibroid.

6. Ubat (NSAID,Chemotherapy)

7. Fibroid
Menyebabkan kondisi rahim tidak sesuai untuk implantation telur. Menyebabkan kerap gugur.

8. Haid yang tidak seragam
Bagi isteri yang mengalami haid tidak seragam dan senggugut dari zaman anak dara kemungkinan anda ada masalah jika lambat hamil. Antaranya endometriosis, PCOS dan lain2. Rujuk pakar dengan segera ye.

Jadi anda dah tahu beberapa faktor yang menyebabkan subfertility/ susah hamil ni. Ada yang anda boleh atasi dan ada juga yang perlukan rujukan doktor pakar.


Sebagai ikhtiar sendiri dari segi supplemen pula, Shaklee ada menyediakn set yang membantu anda mengatasi beberapa faktor di atas, insyaAllah: 

Alfalfa

Bertindak sebagai kacip fatimah dan merawat keputihan. Keputihan yang teruk sebabkan sperm tak dapat survive sehingga persenyawaan dengan ovum. 

GLA complex
Untuk stabilkan hormon. Ada yang period tak regular/tak stabil. Mungkin menjadi sebab. Jadi kena stabilkan hormon dulu.

ESP
Sumber protein yang penting untuk pembentukan sel dan pembentukan awal anak. Kecacatan anak dalam rahim juga penyebab keguguran ye. ESP juga membantu untuk menguatkan rahim.

B-complex

Folic acid sebagai persediaan supaya tidak berlaku cacat saraf tunjang kepada anak dan menyebabkan keguguran. B-complex juga untuk membantu penghasilan darah merah dan mengelak anemia kepada ibu.

Vitamin E untuk suami

Vitamin E Shaklee ada selenium yg akan tingkatkan kualiti sperm.


Vitamin C utk suami
Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperm


Zinc/VITALEA
Membantu meningkatkan kuantiti sperm.



                     

Jadi kalau ada di kalangan anda yang ingin ikhtiar untuk hamil bersama Shaklee boleh hubungi 
Atiqah
013-5945830
1242147
Postage seluruh Malaysia
COD area Alor Setar/Jitra, Kedah

Pembelian disertakan dengan
#FREE CONSULTATION 
#BEST PRICE

J
ika anda lebih senang membeli secara online bolehlah tekan link di bawah, boleh menggunak visa,kad debit.


BELI SET HAMIL SHAKLEE ONLINE

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran). Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi saya untuk pendaftaran.

DISCLAIMER

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.