Posts

Showing posts from November, 2010

Kenapa kita tak seperti mereka???

Image
Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin kita sepert i ini... Alangkah bahagianya jika ahli2 sukan kita sepert i ini.. Wah,sangat bahagia.. rasa sejuk hati,tenang.. Kalau dibandingkan dengan negara sendiri sangat berbeza.. Rasa tak sedap ja.. Sebabnya Allah takkan menimpakan azabnya kepada perseorangan.. Kita bertanggungjawab sesama kita.. Moga-moga doa umat Islam di Malaysia yang ramai ini dapat mengubah para pemimpin kita ke jalan yang lurus.. Moga mereka semua diberikan hidayah.. diluaskan mata mereka bahawa betapa besarnya nikmat yang Allah beri kepada kita,Malaysia yang patut kita syukuri lebih dari orang lain....Amin... Ya,nikmat kepada kita sangat banyak.. negara yang aman,duit yang banyak.. Tapi sayang,sia-sia.. kita hanyut..................................................................... Maka,bangkit semula! jangan biarkan diri terhanyut! Belajar berenang! Kalau tak,mati lemaslah semua! Renung-renungkan,dan selamat ber EAP!

Ya Allah!!

Ya Allah! Subhanallah!Allahuakbar! itulah reaksi aku bila aku tengok video pembedahan tadi.. macam nak luruh jantung.. serius rasa berdebar-debar.. pembedahan orang yang ada penyakit urinary incontinence..(tajuk EAP aku) memang sangat 'slumber' ja doktor tu potong-potong... adoiyai..camna nak jadi doktor ni.. baru tengok video tak tengok 'real' lagi.. Tapi kira okla aku tak pengsan tengok video tadi.. Bengong sebentar bila tengok orang kena potong dengan pisau.. Ya Allah berikan aku kekuatan mental dan fizikal untuk aku meneruskan perjuangan ini, jangan biarkan aku tersungkur di pertengahan jalan..

Pesanan kepada Diri..

Image
Anda tak suka orang yang tunjuk bagus? Maka jangan tunjuk bagus.. Anda tak suka orang berlagak pandai? Maka jangan tunjuk pandai.. Anda tak suka laki perempuan tak jaga pergaulan? Maka jaga pergaulan anda.. Anda tak suka orang tegur anda dengan cara perlian? Maka jangan perli orang.. Anda tak suka orang bermuka masam dengan anda? Maka jangan bermuka masam dengan orang.. Anda tak suka lelaki ganggu anda? Maka janganlah ganggu lelaki(apakah?) Apa yang cakap sebenarnya ni?? Sebenarnya nak tulis 1 ja.. Kalau ada orang yang confess kepada anda.. Dan anda tak sudi dan dia masih mengganggu caranya 1 ja.. Tutup jalan,jangan balas msg atau call.. Tapi selepas menjelaskan keadaan dengan cara yang baiklah.. Kerana kalau jalan masih dibuka keadaan akan menjadi worse.. Kerana cinta sebelah tangan takkan menjadi..

Penggali....

Image
Baru habis tengok@tonton drama "Penggali" kat@di TV 3.. Slow je jalan cerita dia tapi best dan berisi.. Makin banyak pulak drama berunsurkan Islam kat tv sekarang.. Alhamdulillah baguslah masih ada yang ingin berusaha untuk mengetengahkan unsur-unsur Islamik ini walaupun mungkin caranya tidaklah bertepatan sangat dengan Islam.. Sebabnya artis yang berlakon pun tak menjaga batas pergaulan dengan betul.. Anyway drama Penggali tadi kira 'okla'.. Bab sentuhan lelaki perempuan diminimakan.. Bukan bermaksud menyokong Tetapi selagi mana ada perubahan alhamdulillah Perubahan tidak boleh secara drastik.. Mana tahu mungkin dari lakonan yang diminimakan pergaulan lelaki perempuan ini mendetikkan satu perasaan kepada para pelakon kita untuk terus tidak melakonkan adegan yang terlarang antara lelaki perempuan.. Pengajaran dari drama Penggali: Sekaya mana pun kita,setinggi mana pun jawatan sebesar mana pun rumah kita,selangit mana pun kita dijunjung Tetapi andai kita tidak letakkan

Kan best camni..

Image
Alangkah bahagianya jika negara kita begini .... Mesti kurang yang mendedahkan aurat Mata terjaga,hati terjaga Bahagia dunia akhirat.. Wanita itu panahan syaitan.. Wanita sangat 'mujarab' untuk menghanyutkan seorang lelaki baik, Wanita mampu menghancurkan dunia.. Tapi ingatlah wanita.. Kuasa Allah lebih besar.. Segala tuba yang diberi Pasti akan dibalas dengan azab yang tak terlintas.. Bertaubatlah diri.. Jadilah permata dunia dan bidadari syurga...

Apabila sahabat???

Image
Pernah ditinggalkan sahabat? Pernah meninggalkan sahabat? Pernah tertinggal sahabat? He3..persoalan yang tersirat, fikir-fikirkanlah iklan sebentar... Apa erti sahabat sebenar kepada anda? Pernah anda menjadi sahabat kepada sahabat anda seperti yang anda ertikan sahabat itu bagaimana? Jika tidak,usah mengharapkan yang lebih-lebih dari sahabat yang anda anggap sahabat itu.. Apa yang anda beri,itulah yang anda dapat.. Jika inginkan sahabat bersama ketika duka, Maka bersamalah denganya ketika dia berduka, Jika inginkan sahabat yang dapat menghulur ketika susah, Hulurkan dahulu ketika dia susah walaupun sedikit, Jika inginkan kasih sayang dari sahabat, Curahkan dulu kasih sayang kita kepada sahabat, Jika inginkan sahabat yang mencari cinta Allah, Maka carilah dahulu cinta Allah, InsyaAllah kita akan bertemu sahabat yang menuju cinta Allah, yang bersama ketika suka duka, yang menghulur ketika susah dan yang memberi kasih sayang tanpa dipinta.. Bercinta biar pada Yang Satu, Bersahabat biar

I'm Sorry

Image
Banyak kesalahan yang aku buat, Banyak tanggungjawab yang aku abaikan, Banyak kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari mulut, Banyak tanggapan tak baik yang aku lakukan, Aku minta maaf sahabat-sahabat sekalian, Aku sememangnya sangat lemah, Aku cuba untuk menjadi yang terbaik, Tapi kadang-kadang aku tersasar, aku tak mampu menjadi sebaik kalian, Aku hanya ingin menjadi diri ku sebenar, Jadi terima aku seadanya,jika tidak tak perlu kalian bersusah-susah untuk menerima diriku yang tak seberapa ini.. Aku lebih dambakan redha Ilahi, namun aku masih dan sentiasa inginkan kesenangan kalian bersamaku.. kerana ukhuwah yang ikhlas itu juga diredhai Allah...

When Doctor try To speak..

Image
Dah tulis panjang-panjang tadi.. Tapi tiba-tiba aku terus tekan Ctrl+A,backspace.. so dah terdelete sume...jadi sekian saja untuk post kali ni.. When doc try to speak....

When you think about death....

Image
Tajuk post hari ni lebih serius.. Bukan gurauan tetapi hakikat yang tak mungkin kita dapat sangkal lagi bahawa setiap dari kita akan mati Anda selalu fikir mati?? Kalau ya bagusla,tapi kalau tidak anda memang rugi... saya juga sering memikirkan MATI tapi selalu ikut keadaan adakala fikir sampai tak boleh tido tapi kadang-kadang tak fikir pulak Bila kita terlupa tentang MATI kita berada dalam keadaan bahaya.. tapi itulah yang seringkali menjadi ujian kepada kita kerana kita tidak tahu bila saat nyawa kita ditarik.. maka kita berseronok.. Bila nak tidur ja mesti terfikir Masih adakah esok untuk aku? Adakah kita takut untuk MATI?? Kenapa kita takut MATI?? Adakah kerana masih banyak keindahan dunia yang masih belum kita kecapi? Atau kerana kita belum kawin? Atau kerana kita belum pun jadi doktor,engineer,pilot? Atau kita belum pun menunaikan haji Atau kerana kita belum puas menikmati dusta dunia?? Tepuk dada tanya iman.. Pernah anda berasa bosan untuk hidup? Rasa ingin MATI dan tak sabar b

Bila Cinta DI Dustai vs Bila Cinta Bertepuk 1 jari..

Image
Tak habis2 tajuk blog pasal cinta..keh3 Biasala cinta lebih dekat dengan remaja So kita guna tajuk ini untuk menarik para remaja.. Yah apa kaitan dengan tajuk di atas?? Saya pun tak tahu.. Anda pernah mengalaminya?? Bila cinta didustai.. huh sedih dan geramnya.. seandainya kita meletakkan kesetiaan yang tinggi Namun akhirnya si dia berkayu 3 di belakang kita Sangat tidak patut.. (Maaf saya tidak pernah mengalaminya, hanya merasainya ketika menonton drama) But for me,one hand love(he3) itu lebih perit sebenarnya tapiiiiiii itu sebenarnya lebih bagus sebenarnya bila mana kita hanya pendam tanpa meluahkan... kenapa??itu bagi saya sebab bila rasa cinta tak diluahkan pada masa yang tidak patut diluahkan itu lebih selamat (ini sudah banyak kali saya alami,he3 den sabo jela) saya yakin suatu hari nanti pasti muncul cinta yang diidamkan.. So moral value yang nak disampaikan bukanlah cinta remaja semata-mata.. Cinta remaja sekarang sudah tidak betul oppss..bukan cinta itu yang tidak betul tapi

Sekeping hati di bawa berlari...

Image
Kenapa ya ...kenapa sangat cepat hati ini menafsirkan sesuatu yang tidak pasti...akhir sekali hati ini juga yang menanggung segala luka parah... Kenapa ya ..kenapa hati ini selalu berburuk sangka kepada sesuatu sedangkan yang buruk itu adalah yang baik untuk diri.. akhir sekali hati jua yang menanggung duka lara.. Kenapa ya ..kenapa hati ini sering kali mengharapkan sesuatu yang tiada tetapi tidak menghargai apa di depan mata.. akhir sekali hati jua yang meraung kecewa tak dapat apa dipinta... Kenapa ya ..kenapa hati ni sangat cepat jatuh cinta.. Cintanya pula pada yang tidak kekal.. Sedangkan KEKASIH AWAL DAN AKHIR sentiasa di sana menanti hati ini menyuburkan cinta kepada-Nya.. akhir sekali hati jugalah yang menyesal tak sudah kerana bertepuk sebelah tangan kepada cinta yang tidak kekal dan mengabaikan CINTA ABADI DAN HAKIKI... p/s:idea puitis datang tiba-tiba..subhanallah....

Hati terluka bila kusedar...

Hati berdegup kencang tatkala itu.. Berbunga-bunga hati.. Gembira tak terkata... Namun itu hanya khayalan.... Sementara takkan berkekalan... Dan mungkin takkan menjadi kenyataan.....

Bila Perasan...

Image
PERASAN.... Definisi bagi perasan adalah suatu perasaan sensitif terhadap keadaan sekeliling dan juga diri sendiri.. kadang-kadang perasan ni bagus untuk kita dan kadang-kadang ia boleh membawa malapetaka kepada kita dan orang ramai perasan ni ada banyak kategori.. ada baik buruknya..biasalah sifat manusia memang cepat perasan tapi ia harus diubati dengan sikap rendah diri.. 1.Perasan baik bukanlah untuk mengatakan kita mesti anggap diri ini jahat tetapi orang yang terlalu perasan dirinya baik ini agak menyusahkan orang..kerana apa?kerana orang seperti ini akan selalu memerhatikan orang lain untuk apa?hanya untuk mencari kesalahan kerana merasakan dirinya sudah tiada kesalahan untuk diusha..andai kita sering melihat orang lain melakukan kesalahan dan merasakan apa orang lain buat tidak betul kaji-kajilah semula mungkin kita tergolong dalam golongan inni muhasabah diri semula sejauh mana kebaikan diri kita sendiri 2.Perasan cantik/hensem ini selalu terjadi pada kita..tak kira sesiapa pu