Posts

Showing posts from January 26, 2017

HIKMAH DI SEBALIK ITU

Image
Cerita ini ingin aku coretkan di sini supaya nanti satu hari apabila aku membaca di kala aku putus asa aku sedar bahawa rahmat Allah terlalu besar untuk aku. Kasih sayang Allah itu berganda-ganda lagi berbanding kasih sayang ibu ayah, bayangkan. Ceritanya hari kejadian mood sedih saja. Rasa hati tak senang. Rasa macam banyak masalah dan dalam hati mempersoalkan kenapa jadi macam ni. Kenapa aku nak kena tanggung semua ini. Malamnya abah ajak ke satu rumah untuk mengurut. Mengurut kaki yang lenguh tak lega-lega. Hati memberontak tak mahu ikut, tapi langkah dituruti saja sebab tak sampai hati. Aku, mak, abah transit (di Jitra ja) di rumah kakak dulu sebab abang ipar ja yang tahu rumah tu. Mulanya abang ipar dan abah ja akan pergi tapi anak buah gaduh nak ikut dan kena bawa 2 kereta sebab kereta penuh dengan barang. Arrghhh! Lagi memberontak, mood swing, terpaksa pulak drive. Mula ingat dekat ja, rupa-rupanya jauhhhh ke dalam. Sampai di lokasi, gelap sahaja lorong-lorong rumah...