Friday, September 30, 2011

Bersuka hati...

Kadang-kadang bila kita suka seseorang kita anggap dialah yang terbaik,
Kadang-kadang bila kita sukakan dia, kita rasa dunia ini hanya untuk dia,
Kadang-kadang bila kita sayangkan seseorang kita sanggup berkorban apa saja untuk dia,
Kadang-kadang bila kita cintakan seseorang kita rasa dialah pemberi semangat kita...

Tapi bila kita benci seseorang, bagi kita dialah yang terburuk sekali,
bila kita benci dia, kalau bole tak mahu langsung dia ada di dunia ni,
bila hilang rasa cinta, korban walaup sebesar kuman pun tak mahu,
bila dia kita benci, semangat kita pergi bersama dia...
                                      ....
                                      ....
                                      ....
                                      ....
                                      ....
p/s:  SAYANG DAN BENCI SESEORANG SEKADARNYA, SAYANG DAN BENCI PADA MANUSIA TAK BERKEKALAN, DALAM SEKELIP MATA ALLAH MAMPU BOLAK BALIKKAN HATI UNTUK SAYANG ATAU BENCI SESEORANG:)--------------> tiada kaitan dengan sesiapa mahupun diri sendiri..

Wednesday, September 28, 2011

Dia pergi berlari begitu sahaja tanpa menoleh ke belakang...

Setiap perkara yang dilakukan mesti ada sumber inspirasi sebagai pemberi semangat..supaya kita tak jatuh di tengah jalan,kalau jatuh pun cuba juga untuk bangun semula..bagi aku sumber inspirasi aku pelbagai..muncul tanpa disangka-sangka dan pergi pun tanpa disangka-sangka..huhu..kali ni sumber inspirasi aku adalah.............dot dot dot...tapi kali ni sumber itu xbole lagi dipakai...kena cari sumber inspirasi baru lah nampaknya... 

p/s: Dunia ini mahal, tapi syurga itu lebih mahal pilih yang mana 1 atau PILIH LAH DUA-DUA..xda masalah..:)

Wednesday, September 21, 2011


Hari ni rasa cam nak nangis...dah ngantuk dalam kelas xfaham lectures...pastu kena balik jalan kaki pulak..dah 2 hari jalan kaki..nak tunggu berapa kali lagi tak tau la..hari2 mcm ni bole hitam and kurus den..saboo jela...

p/s: terlalu fikirkan apa pandangan orang pada kita hingga lupakan pandangan Allah pada kita menjadikan kita   manusia yang sangat rugi bukan di dunia saja malah di akhirat...apa ada pada pandangan manusia kerana kita dan mereka sama sahaja...jaga hubungan dengan Allah insyaAllah automatik hubungan dengan manusia pun akan ok...:)

Monday, September 19, 2011

Ligan jangan tak ligan..

lectures makin laju..lecturers cakap mcm air yg mengalir di sungai..amat menenangkan..:)so kena naikkn speed la..tp jgn melebihi had kelajuan nanti accident terbabas pulak..pakai topi keledar (lesen moto ja yg ada kn)..

p/s: jangan menilai seseorang dengan paras rupa, dah banyak orang kata muka saya garang sebelum mereka kenal siapa saya..dan sebab itu mereka xberani nk bergurau senda dengan saya: )..tp saya xgarang pun..ce tanya orang yg kenai saya....myb muka xda nur kot..hu3:(



Sunday, September 18, 2011

For me.......

1 week of lectures dah bagi gambaran bahawa jalan-jalan seterusnya akan lebih mengganas dari sekarang..tapi itu jalan yang dipilih sendiri..Jalan yang dipilih perlukan pengorbanan yang tinggi..kalau inginkan ganjaran yang baik di penghujungnya maka ikhlaskan hati agar pengorbanan tak menjadi sia-sia....pengorbanan bukan bermaksud kita perlu 24 jam study kan..seimbangkan hidup kalau nak jadi manusia yang seimbang..keberkatan waktu itu yang penting bukan kuantiti waktu..waktu yang banyak tanpa berkat bagaikan 10 jam = 1jam....



P/s: Hidup sebagai pelajar medic mungkin susah tetapi kesusahan itu lebih mendekatkan kita dengan Allah berbanding jika kita berada dalam kesenangan..: )

Sunday, September 11, 2011

Assalamualaikum..alhamdulillah after hampir seminggu berada di UIA Kuantan ni baru la ada peluang untuk berinternet disebabkan kemudahan wireless belum ada di Mahallah At-Tabari yang masih baru ni..kehidupan di UIA Kuantan  bole dikatakan masih belum bermula sebab kelas belum mula, jadi masih tak dapat nak gambarkan kesusahan dan kesenangan yang bakal dihadapi...Azam baru cuba ditanamkan dalam hati agar terus istiqamah untuk belajar dan beramal dan cuba untuk tidak terlalu merungut..but for me setakat ini At-Tabari sudah cukup selesa kalau dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain yang mungkin tiada peluang melanjutkan pelajaran ke universiti..Kesusahan kadang-kadang mengajar kita agar lebih tabah dan macam orang kata antibody nya lebih kuat, tahan lasak...tujuan ke UIA ni perbaharui semula, datang ke suatu tempat untuk belajar tidak akan sama dengan kehidupan kita di rumah..layanan adalah sama tak kiralah anak perdana menteri atau raja..tak da bilik vip atau kelas bawahan..so kena terima apa adanya....teringat mak ayah di rumah yang bersusah payah sekarang untuk anak-anak rasa bersalah nak merungut macam-macam...nasib baik juga mak bukan jenis manjakan anak, adu pasal susah sikit dah kena sound balik..syukur ada mak dan abah..tak da la lembik sangat anak-anak:)...




SEMOGA DIPERMUDAHKAN JALAN UNTUK BERGELAR DR. NOR ATIQAH MAHZAN ------------> 5 TAHUNNN.."MEREKA" KATA NOT A LONG TIME...

Monday, September 5, 2011

Fasa baru

Bangun, tido, bangun, tido dah habis cuti 3 bulan..habis cuti 3 bulan tanpa sebarang money income tapi money outcome ada la..hadoii..Lusa dah daftar masuk UIA..macam tak percaya pun ada dah habis cuti 3 bulan..lepas ni kena get ready fizikal dan mental untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar perubatan..harapan mak abah and family terlalu tinggi, kalau bole tak nak sia-siakan penat lelah mak abah cari duit, hantar p kuantan jauh-jauh..jasa mak abah terlalu tinggi tak terhitung...semoga semuanya berjalan lancar esok dan hari-hari seterusnya..semoga diikhlaskan hati untuk terus tabah berjuang..:)