Tuesday, June 17, 2014

Redha

Di kala malam sunyi sepi,
Tika insan tenggelam dalam mimpi,
Musafir yang hina ini,
Pergi membasuh diri,
Untuk menghadap Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri,
Di hadapan Mu tangisan ku keharuan,
Hamba yang lemah serta hina,
Engkau terima jua mendekati,
Bersimpuh di bawah duli kebesaran Mu.

Ampunan Mu Tuhan,
Lebih besar dari kesalahan insan,
Hamba yakin pada keampunan Mu Tuhan
Bukan tidak ku redha dengan ujian,
Cuma cubaan nak mengadu pada Mu.




No comments: