Posts

Showing posts from June, 2014

友人

Image
Sahabat, Gambaran siapa kita, Mampu mencorak siapa kita. Sahabat, Bole jadi pendorong, Bole jadi pengkhianat. Sahabat, Mahu jadi baik, Cari lah yang baik, Mahu hancur, Carilah yang tiada matlamat. Namun, Jika kita kuat, Jadi lah sahabat, Yang mampu mendorong, Yang mampu mengilhamkan, Yang mampu dicontohi.

Redha

Di kala malam sunyi sepi, Tika insan tenggelam dalam mimpi, Musafir yang hina ini, Pergi membasuh diri, Untuk menghadap Mu Tuhan. Lemah lututku berdiri, Di hadapan Mu tangisan ku keharuan, Hamba yang lemah serta hina, Engkau terima jua mendekati, Bersimpuh di bawah duli kebesaran Mu. Ampunan Mu Tuhan, Lebih besar dari kesalahan insan, Hamba yakin pada keampunan Mu Tuhan Bukan tidak ku redha dengan ujian, Cuma cubaan nak mengadu pada Mu.

Si baju putih

Image
Sepasang baju putih, Kini bukan lagi 1 kemegahan bagiku, Namun ia 1 bebanan. Sepasang baju putih, Dulu menjadi idola ku, Kini, masih idola ku, Namun dalam pandangan mata yang berbeda. Sepasang baju putih, Bukan 1 kebanggaan, Bukan 1 kemegahan, Tapi penuh dengan tanggungjawab, Tanggungjawab bermula dari saat berkeputusan memilih jalan ini, Dan mungkin hingga hujung nyawa. Sepasang baju putih, Bukan 1 mainan hingusan, Tapi ber'main' dengan nyawa, Ber'main' dengan emosi, Ber'main' dengan sabar. Sepasang baju putih, Menuntut emosi diketepikan, Memerlukan hati 'kering', Memerlukan urat besi. Sepasang baju putih, Di sebalik itu adalah manusia biasa, Yang memerlukan emosinya di layan kadang2, Yang memerlukan air mata, Yang kadang2 amarahnya datang juga, Yang uratnya sama seperti manusia lain.. Sepasang baju putih, Baju sakti, Pemakainya menjadi kuat, Mohon doa agar terus kuat dan ikhlas.. ...
Di kala umur-umur sebaya ku ramai berbicara tentang kahwin termasuk diri sendiri..seronok tengok kawan2 sebaya sudah berpasangan, sweet, bahagia, halal...masing-masing rasa terjaga, rasa dicintai, rasa berpunya...ada yang bangga akad nikah sekali lafaz...kalau lah kita dilihatkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai isteri dan suami, mungkin berkali-kali lafaznya...sekali lafaz tandanya anda suami menanggung segala dosa isteri...seronok memang seronok, bahagia memang bahagia sebab itu memang fitrah yang diberi kepada kita...tapi di sebalik rasa suka itu terselit segala macam tanggungjawab, amanah yang wajib dilaksanakan... katanya kita nakkan syurga tapi kelakuan kita tak seperti ahli syurga