Di mana jodoh
Kadang-kadang aku tertanya-tanya siapa jodohku Datang dan pergi tapi aku masih tak pasti siapa jodohku Tapi rahsia Allah yang satu ini terkadang buat aku berdebar Kadang-kadang aku pinta setiap hari Sampai aku lupa yang bahagia Itu bukan saja pada perkahwinan Ada yang berkahwin tapi selepasnya tidak bahagia Ada yang berkahwin esoknya nyawanya ditarik Ada yang berkahwin esoknya pasangannya telah tiada Ada yang lagi dasyat, hari ini berkahwin esoknya berpisah hidup Tidak tahu mana silapnya Iya, rasa dicintai dan mencintai Itu indah Kerana itu nikmat rasa dari Allah Mestilah indah dan ia fitrah Tiada siapa bole menafikan Tapi rasa bahagia itu Banyak sudutnya Lain orang lain jalan ceritanya Lain orang lain pandangannya lain orang lain keinginannya jangan disamakan kerana kita takkan pernah Sama rasa ini Yang Sama hanya kita ini hamba Di mana jodohku? Hanya Dia yang tahu 5/8/2020