Di mana jodoh

Kadang-kadang aku tertanya-tanya siapa jodohku
Datang dan pergi tapi aku masih tak pasti siapa jodohku
Tapi rahsia Allah yang satu ini terkadang buat aku berdebar

Kadang-kadang aku pinta setiap hari
Sampai aku lupa yang bahagia Itu bukan saja pada perkahwinan

Ada yang berkahwin tapi selepasnya tidak bahagia
Ada yang berkahwin esoknya nyawanya ditarik
Ada yang berkahwin esoknya pasangannya telah tiada
Ada yang lagi dasyat, hari ini berkahwin esoknya berpisah hidup
Tidak tahu mana silapnya

Iya, rasa dicintai dan mencintai Itu indah
Kerana itu nikmat rasa dari Allah
Mestilah indah dan ia fitrah
Tiada siapa bole menafikan

Tapi rasa bahagia itu Banyak sudutnya
Lain orang lain jalan ceritanya
Lain orang lain pandangannya
lain orang lain keinginannya
jangan disamakan kerana kita takkan pernah Sama rasa ini

Yang Sama hanya kita ini hamba

Di mana jodohku? Hanya Dia yang tahu


5/8/2020

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee