Kisah covid
Coretan ini sebagai kenangan merasa sendiri pengalaman handle pandemic sebagai frontliner.
Awalnya nama aku sebagai standby name untuk handle LRCC/pesakit COVID yang terdiri dari orang awam. Yang tempat tidurnya beralas tilam. Aku tak sangka akan ada Kluster Tembok di penjara Alor Setar.
Apa lagi, memang semua kalut. Even dari peringkat JKN pun aku tahu semua orang sangat adhoc. waktu aku di panggil tu baru sampai dari H. Baling, balik Alor Setar cuti weekend. Ingat nak rehat sebab on call sebelum tu. Tup2 dapat call minta lapor diri esok hari sebab banduan yang positive COVID naik mendadak.
Kena faham di sini, once mereka positive covid,mereka adalah pesakit kami, bukan banduan.
Dan quarantine hanya dalam penjara, dalam bilik berpagar2 tu. Tak boleh keluar. Cuba bayangkan, sehari mungkin sekali saja diorang keluar sebab kami buat review.
Kalau tak memang berkurang ja dalam bilik kurungan tu. Kalau sebelum ni at least diorang ada aktiviti luar. Ni memang takda dah.
Soalan setiap kali review mesti tanya bila nak habis.
During 1st week memang struggle dengan Medical Officer hanya 4 orang (gigirl semua) dan kena review ratus pesakit covid. Nasib baik JKN pantas, terus panggil lagi MO lain.
Donning and doffing.
Awal2 tu memang migrained, muntah sebab kerja pagi ke malam. Then after that dah adapted. Awal2 tu maybe hypoxia(low oxygen) kot.
Pejam celik Tup2 dah 22 hari we with Penjara Alor Setar. Amazingly, we enjoyed this experience
Aku salute dengan semua front liner yang involved dengan Kluster Tembok ni sebab everyone tanpa teragak2 melangkah masuk ke dalam penjara, attend pesakit macam biasa. Aku terfikir benda ni waktu last day when Head of penjara bagi ucapan and said this. Dia kagum tengok KKM staff masuk penjara takda teragak2, tak nmpak takut.
But, that's our nature guys, bila pesakit depan mata kadang2 lupa dah keselamatan diri. And Alhamdulillah Allah tahu niat kita dan Allah pelihara.
What I can say sepanjang bertugas untuk Kluster Tembok ni, pengajarannya jangan la masuk penjara guys. I don't know why ada yang tak serik masuk penjara, sebab aku masuk tengok macam mana hidup depa pun aku takut.
And one more thing yang buat aku sedih is, ada sorang pakcik ni umur baya my father:( aku rasa macam dia paling tua yang aku jumpa sepanjang bertugas
I don't know what was his mistake, tapi muka dia bersih,kemas, aku rasa dia dah lama dalam penjara. Setiap kali aku review dia aku takleh tengok mata dia, aku akan nangis, and memang aku nangis pun di sebalik PPE tuuuu.
Lagi satu apa yang aku belajar, Allah penentu segala. Ada banduan akhir yang menunggu masa hukuman and patutnya dah jatuh hukuman pun, tapi sebab Kluster ni,hukuman ditangguhkan. Umur dia dipanjangkan.
Sebaliknya ada juga yang patut dihakimi and bole dijamin la after that, tapi kes di makamah takleh jalan la kan sebab depa positive, so kena la duduk dalam tu.
So berbalik kepada yang kuasa, kita ni tak da daya pun sebenarnya. That's all guys. Coretan ni actually sebagai kenangan, bila baca balik aku akan ingat what happened back then.
Jom kita tengok gambar pulak :p
Powerpuff girl, tengok kaki guys :D
Immediately spot me
Bukan pesakit, tapi Dr and paramedic.
Jalan tutup, so jalan ini kita punya
Awal2 LRCC, tak ramai
Comments