Assalamualaikum..alhamdulillah after hampir seminggu berada di UIA Kuantan ni baru la ada peluang untuk berinternet disebabkan kemudahan wireless belum ada di Mahallah At-Tabari yang masih baru ni..kehidupan di UIA Kuantan  bole dikatakan masih belum bermula sebab kelas belum mula, jadi masih tak dapat nak gambarkan kesusahan dan kesenangan yang bakal dihadapi...Azam baru cuba ditanamkan dalam hati agar terus istiqamah untuk belajar dan beramal dan cuba untuk tidak terlalu merungut..but for me setakat ini At-Tabari sudah cukup selesa kalau dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain yang mungkin tiada peluang melanjutkan pelajaran ke universiti..Kesusahan kadang-kadang mengajar kita agar lebih tabah dan macam orang kata antibody nya lebih kuat, tahan lasak...tujuan ke UIA ni perbaharui semula, datang ke suatu tempat untuk belajar tidak akan sama dengan kehidupan kita di rumah..layanan adalah sama tak kiralah anak perdana menteri atau raja..tak da bilik vip atau kelas bawahan..so kena terima apa adanya....teringat mak ayah di rumah yang bersusah payah sekarang untuk anak-anak rasa bersalah nak merungut macam-macam...nasib baik juga mak bukan jenis manjakan anak, adu pasal susah sikit dah kena sound balik..syukur ada mak dan abah..tak da la lembik sangat anak-anak:)...




SEMOGA DIPERMUDAHKAN JALAN UNTUK BERGELAR DR. NOR ATIQAH MAHZAN ------------> 5 TAHUNNN.."MEREKA" KATA NOT A LONG TIME...

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee