Posts

Mana Dia...

Image
Susah betul nk cari sahabat sejati.. Sahabat yang faham kita, di kala kita sedih dan gembira.. Tak perlu kita khabarkan dengan kata-kata.. Melalui riak muka pun dia sudah tahu kesedihan kita.. Sahabat yang mana sentiasa di sisi.. Aku rindukan itu.. Rindu Mat Gwar.. Bagiku sahabat sejatiku di sana.. tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Harap-harap ini bukan pengakhiran... p/s:rindu juga ina,fatin,alya...so,so much!!!

Planning....

Ya Allah.... Sesungguhnya Engkau Perancang Yang Terbaik.. Berikan aku ketabahan dan kekuatan, Berikan aku pilihan yang terbaik... Hu3..sedihnya... camna ni.............................................................. dah rancang and janji... mana perlu diutamakan.... Peluang datang hanya sekali.... ......................................................................................................

Kenapa kita tak seperti mereka???

Image
Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin kita sepert i ini... Alangkah bahagianya jika ahli2 sukan kita sepert i ini.. Wah,sangat bahagia.. rasa sejuk hati,tenang.. Kalau dibandingkan dengan negara sendiri sangat berbeza.. Rasa tak sedap ja.. Sebabnya Allah takkan menimpakan azabnya kepada perseorangan.. Kita bertanggungjawab sesama kita.. Moga-moga doa umat Islam di Malaysia yang ramai ini dapat mengubah para pemimpin kita ke jalan yang lurus.. Moga mereka semua diberikan hidayah.. diluaskan mata mereka bahawa betapa besarnya nikmat yang Allah beri kepada kita,Malaysia yang patut kita syukuri lebih dari orang lain....Amin... Ya,nikmat kepada kita sangat banyak.. negara yang aman,duit yang banyak.. Tapi sayang,sia-sia.. kita hanyut..................................................................... Maka,bangkit semula! jangan biarkan diri terhanyut! Belajar berenang! Kalau tak,mati lemaslah semua! Renung-renungkan,dan selamat ber EAP!

Ya Allah!!

Ya Allah! Subhanallah!Allahuakbar! itulah reaksi aku bila aku tengok video pembedahan tadi.. macam nak luruh jantung.. serius rasa berdebar-debar.. pembedahan orang yang ada penyakit urinary incontinence..(tajuk EAP aku) memang sangat 'slumber' ja doktor tu potong-potong... adoiyai..camna nak jadi doktor ni.. baru tengok video tak tengok 'real' lagi.. Tapi kira okla aku tak pengsan tengok video tadi.. Bengong sebentar bila tengok orang kena potong dengan pisau.. Ya Allah berikan aku kekuatan mental dan fizikal untuk aku meneruskan perjuangan ini, jangan biarkan aku tersungkur di pertengahan jalan..

Pesanan kepada Diri..

Image
Anda tak suka orang yang tunjuk bagus? Maka jangan tunjuk bagus.. Anda tak suka orang berlagak pandai? Maka jangan tunjuk pandai.. Anda tak suka laki perempuan tak jaga pergaulan? Maka jaga pergaulan anda.. Anda tak suka orang tegur anda dengan cara perlian? Maka jangan perli orang.. Anda tak suka orang bermuka masam dengan anda? Maka jangan bermuka masam dengan orang.. Anda tak suka lelaki ganggu anda? Maka janganlah ganggu lelaki(apakah?) Apa yang cakap sebenarnya ni?? Sebenarnya nak tulis 1 ja.. Kalau ada orang yang confess kepada anda.. Dan anda tak sudi dan dia masih mengganggu caranya 1 ja.. Tutup jalan,jangan balas msg atau call.. Tapi selepas menjelaskan keadaan dengan cara yang baiklah.. Kerana kalau jalan masih dibuka keadaan akan menjadi worse.. Kerana cinta sebelah tangan takkan menjadi..

Penggali....

Image
Baru habis tengok@tonton drama "Penggali" kat@di TV 3.. Slow je jalan cerita dia tapi best dan berisi.. Makin banyak pulak drama berunsurkan Islam kat tv sekarang.. Alhamdulillah baguslah masih ada yang ingin berusaha untuk mengetengahkan unsur-unsur Islamik ini walaupun mungkin caranya tidaklah bertepatan sangat dengan Islam.. Sebabnya artis yang berlakon pun tak menjaga batas pergaulan dengan betul.. Anyway drama Penggali tadi kira 'okla'.. Bab sentuhan lelaki perempuan diminimakan.. Bukan bermaksud menyokong Tetapi selagi mana ada perubahan alhamdulillah Perubahan tidak boleh secara drastik.. Mana tahu mungkin dari lakonan yang diminimakan pergaulan lelaki perempuan ini mendetikkan satu perasaan kepada para pelakon kita untuk terus tidak melakonkan adegan yang terlarang antara lelaki perempuan.. Pengajaran dari drama Penggali: Sekaya mana pun kita,setinggi mana pun jawatan sebesar mana pun rumah kita,selangit mana pun kita dijunjung Tetapi andai kita tidak letakkan...

Kan best camni..

Image
Alangkah bahagianya jika negara kita begini .... Mesti kurang yang mendedahkan aurat Mata terjaga,hati terjaga Bahagia dunia akhirat.. Wanita itu panahan syaitan.. Wanita sangat 'mujarab' untuk menghanyutkan seorang lelaki baik, Wanita mampu menghancurkan dunia.. Tapi ingatlah wanita.. Kuasa Allah lebih besar.. Segala tuba yang diberi Pasti akan dibalas dengan azab yang tak terlintas.. Bertaubatlah diri.. Jadilah permata dunia dan bidadari syurga...