Sunday, November 28, 2010

Penggali....



Baru habis tengok@tonton drama "Penggali"
kat@di TV 3..
Slow je jalan cerita dia tapi best dan berisi..
Makin banyak pulak drama berunsurkan Islam
kat tv sekarang..
Alhamdulillah baguslah masih ada yang
ingin berusaha untuk mengetengahkan
unsur-unsur Islamik ini
walaupun mungkin caranya tidaklah bertepatan sangat
dengan Islam..
Sebabnya artis yang berlakon pun tak
menjaga batas pergaulan dengan betul..

Anyway drama Penggali tadi kira 'okla'..
Bab sentuhan lelaki perempuan diminimakan..
Bukan bermaksud menyokong
Tetapi selagi mana ada perubahan alhamdulillah
Perubahan tidak boleh secara drastik..
Mana tahu mungkin dari lakonan yang diminimakan
pergaulan lelaki perempuan ini
mendetikkan satu perasaan kepada para pelakon kita
untuk terus tidak melakonkan adegan yang terlarang
antara lelaki perempuan..

Pengajaran dari drama Penggali:
Sekaya mana pun kita,setinggi mana pun jawatan
sebesar mana pun rumah kita,selangit mana pun kita dijunjung
Tetapi andai kita tidak letakkan Allah YANG PERTAMA
maka kita akan hanyut..

setinggi mana pun kasut kome pakai ingatlah..nnt akan sakit belakang jua..
setinggi mana pun kome,ingatlah org yang 'comel2' ni pun ciptaan Allah..
jgn dipermain-mainkan..keh3

Kata-kata yang menarik perhatian aku dari HERO drama Penggali
"Hidup ni kena sentiasa beringat,
ingat siapa kita,ingat agama kita,ingat ALLAH"
.......ada lagi tapi dah tak ingat..

Sekian,renung-renungkan dan selamat malam!

No comments: