A VeRy LoNg HoliDay.....

Syukur alhamdulillah holiday bakal berakhir esok,
malam-malam terakhir di rumah,
Bila ingat balik after exam chemistry ada
free seminggu before exam biology hati ni punyala
tak sabar nak jawab soalan biology pastu nak balik
rumah..rasa tak sabar dikukuhkan lagi dengan
tiket balik malam selepas exam biology..
dah tak kisah dah apa yang dijawab janji jawab..adoi..

dah sampai rumah happy tak terhingga..
tapi selepas 3,4 hari dah mula bosan,
apa taknya tiap-tiap hari bangun tido kemas rumah,masak,tv
ulang buat benda yang sama..mau tak bosan
dengar cakap mak p latihan moto walaupun leceh ja rasanya..
dahtu jatuh moto pulak waktu latihan,jatuh saham den,
yela semangat sangat nak bawa moto tengah demam,
nasib bek moto tak rosak kalau tak brapa pula la kena bayar.

semangat punya semangat tapi tak habis juga sampai JPJ,
continue dengan tugas biasa,bosan-bosan,
rasa kosong pula bila tak belajar lama..
itula orang kata kita ni hanya menghargai sesuatu
yang dah takda depan mata..
tak sabar pula nak sambung study..

Last-last minit pula aufa(anak menakan) kena campak,
kesian sangat kecik-kecik kena campak,
tiap-tiap malam nangis(dia tengah nangis sekarang)
tapi aku???hanya berdiam dan melihat
kerana aku tak mampu berkata apa-apa..kesian
camna nak jadi doktor ni..
so sempatla aku p Langkawi sekejap..

So esok bakal bertolak ke bumi jihad(CFS IIUM)
dengan azam baru,cgpa baru,beg baru..
kena tingkatkan usaha,seimbangkan study and health.
takkan nak jadi doktor yang berpenyakit kan..
minum air mati(kosong) banyak-banyak..
ha3...akhir kata
assalamualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee