Bila Perasan...


PERASAN....

Definisi bagi perasan adalah suatu perasaan sensitif terhadap
keadaan sekeliling dan juga diri sendiri..
kadang-kadang perasan ni bagus untuk kita
dan kadang-kadang ia boleh membawa
malapetaka kepada kita dan orang ramai
perasan ni ada banyak kategori..
ada baik buruknya..biasalah sifat manusia
memang cepat perasan tapi
ia harus diubati dengan sikap rendah diri..

1.Perasan baik
bukanlah untuk mengatakan kita mesti anggap diri ini jahat
tetapi orang yang terlalu perasan dirinya baik ini
agak menyusahkan orang..kerana apa?kerana orang seperti ini
akan selalu memerhatikan orang lain
untuk apa?hanya untuk mencari kesalahan kerana merasakan
dirinya sudah tiada kesalahan untuk diusha..andai kita
sering melihat orang lain melakukan kesalahan
dan merasakan apa orang lain buat tidak betul
kaji-kajilah semula mungkin kita tergolong dalam golongan inni
muhasabah diri semula sejauh mana kebaikan diri kita sendiri

2.Perasan cantik/hensem

ini selalu terjadi pada kita..tak kira sesiapa pun mesti pernah
sekali terpandang cermin ka
terdetik di hati,,"hmm cantik juga aku ni ye.."
perasan ini tidak salah selagi mana kita mensyukuri
kecantikan dan kehenseman yang Allah bagi
tapi selalunya kecantikan dan kehenseman
ini dieksploitasi oleh orang ramai dan diri sendiri
yela kalau tak kenapa model-model hanya dipilih
yang cantik-cantik saja...
ada juga yang menggunakan kecantikan dan kehenseman
ini untuk melukakan hati orang
yela muka hensem dan cantik sapa tak mau jadi teman kan
tapi percayalah jika itu sikap anda anda bukanlah sesiapa
anda hanya mempersendakan diri sendiri..
sesungguhnya kecantikan luaran disertakan
dengan kecantikan dalaman itulah yang terbaik
di sisi Allah..saya percaya anda mahu menjadi yang terbaik
di sisi manusia dan Allah bukan?

3.Perasan pandai.
ini adalah salah satu kreteria riak
sesungguhnya seseorang yang diberi anugerah kebijaksanaan
oleh Allah ini sangat berat bebannya
kerana dia perlu membantu orang lain dengn kebijaksanaan itu
di samping dia juga perlu untuk menahan hatinya dari timbul
sesuatu yang menyatakan bahawa dia hebat.
Tidak salah andai kita menghebatkan diri kita
sebagai satu motivasi..
namun ia akan jadi sesuatu yang salah
dan membuatkan orang sekeliling malas
nak tengok muka anda..
untuk orang seperti ini orang sekeliling pun tak hairan
dan di sisi Allah wallahualam..
maka gunakan kebijaksanaan
sebaik mungkin untuk membangunkan ummah
jangan fikir andalah yang terpandai dengan result 4.o
itu hanya angka..di sisi Allah mungkin
ia tiada nilai,sudah semestinya saya dan anda
tidak mahu tergolong dalam golongan ini

4.Perasan popular.
this habit selalunya menimpa para artisla
tapi kadang-kadang terjadi juga kepada orang-orang bukan artis..
yela budak tadika pun ada gak famous-famous ni..
waktu sek. menengah pun mesti ada gak geng2
yang famous..yang selalu disebut-sebut orang..
tapi bawa-bawalah muhasabah kenapa anda famous
kalau anda famous kerana kebaikan anda alhamdulillah
tapi jika anda famous kerana kejahatan 2 tanduk anda
cepat2lah bertaubat..
bagi kaum hawa pulak jika anda famous
kerana anda cantik dan menjadi pujaan ramai
jejaka pingitan beristighfarlah
muhasabah semula untuk tidak dilihat oleh orang lain
kerana wanita yang baik itu menjaga pandangannya
dan tidak dipandang oleh orang lain..

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee