Sebesar mana pun duit itu....


Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk hari ni xdala masuk sangat sebenarnya..he3..
Just want to share after joli sakan duit hari ni..
Astaghfirullah..
Apala nak jadi Atiqah ni..
Yang tu slalu terdetik kat hati tapi
buat jugak...hadoi2..kena mujahadah ni..

Tapi hari ni keluar ke mid valley bersama
kakak tersayang yang dah kempunan nk makan luar
so saya pun ikutla..
Habis RM18 lebih hanya utk sorang makan!!!
tak pernah dibuat oleh aku..
itu hanya sekali makan..
Mungkin bagi orang kaya di sana apalah sangat..
Tapi bagiku waduh sangat banyak!
Tapi xpe sekali sekala..

iklan......

Apa yang nak diseritakan di sini..
Dah lama tak kuar ni..
Bila kuar aduh..sakit mata..
Bermula dari naik bus mata ku dah diuji..
Jalan-jalan rasa cam nak migrain tengok
masyarakat sekarang..
bagaikan 'perlmbaan' pendedahan aurat..
sapa yang paling seksi,sapa yang paling singkat
sapa yang paling ketat..Ya Allah berilah hidayah..

Apa guna tudung di kepala kalau baju adik darjah 1 dipakai,
Ya Allah...tak terkata..
Rasa sesak..
Bagi ku bukan remaja saja rosak
tapi golongan emas turut menjadi tunjang
Bagaimana nak lahirkan remaja jitu rohani
kalau dari kecik dah diajar pakai skirt pendek..
Golongana 'senior' sepatutnya main peranan
mereka yang bentuk anak-anak..
Allah dah kata begitu...

kalau golongan tua pun ber'subahat' maka
apatah lagi remajanya...
Itu satu hal..

Ni lagi satu hal..
waktu nak balik dari mid..
Naik la bus..tetiba ja pakcik bus jerit
"HElo!bus ni dr pasar seni xkan nk patah balik!
waduh2..terkezut den...
pelik juga..pesal pakcik tu marah
sedangkan orang2 sebelum ni tanya dia tak marah pun
adakah kerana orang yang pakcik 2 tengking
berpewatakan tidak sopan,rambut warna,seluar pendek?
tak tahula apa dalam hati pakcik itu
dan tak tahula apa rasa hati orang yang kena tengking tu

But for me,bagaimana pun orang tu
even dia non muslim
hormatilah mereka sebagai manusia
kerana kita tidak tahu
apa bakal berlaku pada masa depan..
Mana tahu,yang tak percaya Allah itu
nnti akan jadi IMAM MASJID
Kita tak tahu,yang berseluar pendek
yang berwarna rambut itu nanti
akan jadi ustazah/ustaz yang memberi ilmu kpd kita

Memang,memang kita tidak tahu.
Hormati mereka selagi mana mereka masih hormati kita..

Berdakwah itu mesti berhikmah
bukan dengan tengking2!(takda kaitan dgn pakcik di atas)
So,whoever come in urlife..
hargai mereka..
setiap orang punyai hak untuk dihormati..
Dan hidayah itu hak Allah..
kita tidak berkuasa untuk itu..
kita hanya berusaha dan sebagai penyebab saja..

Renung-renungkan yang baik,yang buruk tinggal-tinggallah...:)

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee