Jodoh-jodoh

Assalamualaikum..
Selamat kembali! 25 Ogos 2011 genap umur 20 tahun 18 hari..rasa cepat masa berlalu umur dah mencapai dua angka dan angka di depan dah naik jadi 2 dari 1..teringat sembang-sembang sahabat-sahabat di UIA..kata mereka bila umur dah mencapai 20 tahun ni mulut tu tak lekang dengan perkataan "KAHWIN" dan seangkatan dengannya: )...bercakap tentang kahwin ni mestilah bersangkutan dengan "JODOH" yang kita semua tahu ia adalah ketentuan Allah....tapi bila teringat kembali sembang-sembang sahabat-sahabat..ada antara mereka berfikiran memang jodoh ditentukan Allah tetapi ia memerlukan sedikit "USAHA" dari kita kerana kita akan dapat apa yang kita usahakan..kadang-kadang ada benarnya tetapi "USAHA" yang dimaksudkan itu bukanlah sebagai lesen untuk kita menghalalkan 'couple', keluar berdua-duaan dengan alasan untuk kenal hati budi, masih banyak cara untuk kenal hati budi..kadang-kadang kita tertanya-tanya, siapa jodoh kita (termasuk diri sendiri), hensem@cantikkah?(ini yang pertama?), tinggi agamanya?banyak hartanya?tua atau muda?pilih sendiri yang mana menjadi ciri utama anda..tetapi sebanyak mana pun ciri-ciri yang kita senaraikan untuk bakal teman hidup kita pastikan ia juga ada dalam diri kita (kecuali pada rupa dan umurlah: ) dah xbole buat apa)

Teringat kata-kata cikgu, ada cikgu galakkan mencari teman ketika di alam pengajian ada juga yang tidak galakkan..tapi beratnya lebih kepada tidak menggalakkan:p..mungkin kerana kita belum kenal erti cinta sebenar kerana pada pendapat sendiri kita hanya akan dapat melihat wajah sebenar CINTA HATI kita bila dia sudah sah sebagai isteri atau suami kita..Tatkala itu anda boleh menilai keikhlasannya sepanjang ber'couple'..Teringat Ustaz UIA kata jangan pening-pening pasal jodoh kamu, kalau jodoh kamu ada di Amerika pun Allah akan bagi jalan juga sama ada dia datang ke Malaysia atau kita akan diterbangkan ke Amerika: ) that's it...So kalau ada jodoh adalah, tak da tak pa lah~~itu ayat orang patah hati:p...Tukar, aku pasti jodoh aku dah ada cuma tunggu Allah nak turunkan ja, tak payah pening-pening nak cari, pelihara diri dari perkara tidak baik insyaAllah jodohnya pun baik-baik: )

Comments

Popular posts from this blog

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Kena reject crush

Kelebihan ahli Shaklee, cara kira bonus shaklee