Sunday, August 28, 2011

Jumpa lagi :)

Assalamualaikum :)
Semalam berjumpa lagi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui Abon, Huda, Tehah dan Pipah..Walaupun Huda and Abon dah banyak kali jumpa tapi masih tak jemu-jemu..Rasa nak lagi jumpa :)..Nanti dah kawin pakat-pakat cari rumah sebelah-sebelah pun best gak, senang nak jumpa..hu3..Mungkin macam ni rasanya bila kita sayangkan seseorang..Rasa tak jemu bersua muka dan rasa nak berjumpa lagi..Ukhuwah yang dibina sepanjang 8 tahun rasa sayang kalau dibiarkan terkubur macam tu saja....Jadi kalau boleh sedaya upaya untuk mengadakan diri bila sahabat-sahabat ajak keluar berjumpa atau berkumpul....Nasib baik juga mak n abah faham dan percaya kat anak dara depa..kalau tak jangan harap bole keluar selalu jumpa kawan...Lagipun masa ni jela nk habiskan masa jumpa kawan..Dah masuk Kuantan nanti tak tahula bilanya nk jumpa lagi...sedih....:(..Bila direnung-renungkan balik jarak tidak menjauhkan kami malah ia merapatkan lagi persahabatan kami..Bila berjumpa, semuanya dipenuhi dengan senyuman dan ketawa berpanjangan sampai 4,5 pagi...tak sama waktu persekolahan, kalau tak puas hati tak bertegur sampai berbulan-bulan, tapi pergaduhan itu juga menjadi kenangan kita, manis dan pahit mesti ada sekali..kalau tidak tak best hidup ni....Jumpa dengan kawan-kawan ni best lagi 1 sebab dapat hadiah dari mereka yang balik dr luar negara..hu3..

No comments: