Wednesday, February 29, 2012

pernah terfikir di mana kita pada pandangan Allah?
pada ranking berapa kedudukan kita dalam list?
di hujung nama kita terpapar PASS @ FAIL?
ujian dengan kesenangan lebih susah berbanding kesusahan,
mungkin itu yang sering kita ungkapkan, ada benarnya..

saudara-saudara kita di sana dalam kesengsaraan,
sengsara mereka ada janji BAHAGIA di hujung sana,
senang kita sekarang belum tentu ada bahagia di hujung sana,
kerana senang kita membuat kita lupa tentang sengsara,
melihat kanak-kanak kecil, peluru menembusi tubuh mereka,
kaki hancur berkecai, namun riak wajah mereka itu bagaikan gigitan semut sahaja,
tiada langsung riak sakit teramat...Allah pelihara mereka..

gusar hati memikirkan diri yang penuh dosa yang belum ditaubatkan..
ditambah dengan tanggungjawab yang tak terlaksana..Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami..

Jadikan kesenangan sementara yang kita ada sebagai wadah untuk membantu saudara-saudara kita yg dalam kesengsaraan..

P/s: aku inginkan SYURGA..yang pasti syurga bkn utk seorang sahaja...SYURGA perlukan kerjasama..

No comments: