Posts

Showing posts from 2016

SUSAHNYA NAK HABISKAN 2L AIR

SUSAHNYA NAK HABISKAN 2L AIR PUTIH Semua orang tahu air putih/kosong penting dan bagus untuk kesihatan, tapi kenapa ramai yang gagal untuk jadikan minum air kosong sebagai tabiat/habit. Sebab kita tak jadikan ia sebagai habit lah atau tak paksa diri untuk minum juga. Fake it until you make it. Dulu saya pun jarang minum air kosong. Nescafe hari2. Kalau bungkus makanan mesti sekali dengan air manis. Tapi sejak cuti dan timbang berat macam tinggi jaaa, dah panic dah. Terfikir kena start something healthy dah ni. Kang tua menyesal. So sejak join Shaklee dan ambil LECITHIN & ALFALFA start dah minum air kosong hari2 wajib 2L. Memang sengkak (org kedah kata), tapi paksa diri juga sebab nak sihat. Ulang ke tandas tak payah kata la, dah minum banyak mestilah kerap buang air. Ada sesetengah orang berat tu gemuk air. Bila badan tak cukup air, ia hantar signal dan badan akan retain air. Sebab tu ada yang turun berat hanya dengan minum air kosong secukupnya ja. Lepas sebulan sekarang dah...

NAK FURTHER STUDY IN MEDICINE? part I

Image
Bismillah..coretan ni untuk simpanan diri sendiri dan andai ada yang membaca moga bermanfaat. Simpanan diri sendiri sebab selalu lupa pengalaman sendiri. Jadi kalau menulis dalam blog insyaAllah akan kekal dan boleh 'recall' pengalaman sebagai 'medical student'. Long way to go. Angan-angan kanak-kanak ramai yang nak jadi Doktor. Kerjaya yang dipandang tinggi. Tqah sendiri cita-cita nak jadi Doktor sejak darjah 6. Kalau ditanya anak saudara tqah yang dah mampu bercita-cita semuanya nak jadi Doktor. Makteh nya hanya menyokong walaupun dalam hati cubalah kerjaya lain. Cita-cita anak-anak mana boleh kita nafikan. Bukan nak kata Makteh pandang enteng kerjaya ni sedangkan Makteh sendiri berada dalam lingkungannya, tetapi memberi 'option' lain yang lebih selesa untuk hidup nanti. Tapi 'still' kalau ditanya Makteh kerjaya apa yang akan Makteh pilih Makteh akan jawab Doktor juga.  Jadi sepanjang menjadi IIUM Medical Student selama 2+5 tahun, boleh rasanya n...

SAYA GAGAL UNTUK BERUBAH

SAYA GAGAL UNTUK BERUBAH Pernah tak sesiapa alami keadaan macam ni. Dia cuba untuk berubah tapi bila ujian datang, dia gagal untuk menahan diri dari ulang kesalahan yang sama. Akhirnya kita fed up dan giveup dan terus ulang kesalahan lama. Kadang-kadang kita terlalu tegas dengan diri sendiri sedangkan diri kita perlu disayangi, dilatih. Siapa lagi nak sayang kita kalau bukan diri sendiri. Dengar macam forever alone tapi hakikatnya macam tu. If you dont care about yourself why do i care about you. Dush3..teringat kata-kata seorang sahabat UIA waktu kawan-kawan tak sign attendance.hahaha. Berikan masa. MASA adalah apa yang kita perlu. Mungkin perkara buruk lama kita dah menjadi habit, jadi untuk tukarkan kepada perkara baik perlukan masa juga untuk tukarkan kepada habit. Macam kata one of my lecturers, "fake it until you make it". Kalau kita terlalu mendesak diri itu yang akan menyebabkan kita end up dengan fed up and giveup. Monolog dalam diri selalu ,'tak...

Collagen untuk kecantikan

Image
Bismillah... pon,pon, sisik ikan nak lalu ni.... 🐠 🐠 🐠 🐠 🐠 🐠 🐠 🐠 🐠 . Shaklee tengah buat promosi collagen powder, jadi dah alang-alang tu kita masukkan set2 jerawat yang lain. Ini khas untuk yang ada masalah jerawat dan siapa yang pantas pm tqah. Kita bagi harga adik-beradik. . 1. Vitamin E Vitamin E dengan selenium ini membantu untuk memperbaiki parut pada kulit dan muka. Selain itu, Vitamin E berfungsi untuk menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, melindungi kulit dari sinar UV, menjaga kelembapan kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel. 2. Collagen Powder Kolagen Shaklee adalah sangat ringan kerana mempunyai 1,000 dalton berat molekul. Ini memudahkan proses penyerapan ke dalam badan dan dapat membantu kepada peningkatan sisntesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Daripada kajian yang dilakukan, selepas penggunaan selama 8 minggu, Collagen Powder Shaklee terbukti berkesan untuk: 🌾Meningkatkan kelembapan kulit se...

Alfalfa kurangkan allergi

Image
Assalamualaikum.. Ini update selepas 2 minggu tqah menggunakan alfalfa. Pada mulanya sebelum try Shaklee ingat nak ambil ESP sebab nak turunkan berat badan yang semakin naik sejak cuti habis belajar. Tapi sebab tak mampu lagi cubala search untuk produk yang harganya di tahap kemampuan diri.heheh. So terjumpa Alfalfa. Search tentang alfalfa dan salah satu manfaatnya untuk allergi. So niat di hati nak cuba untuk allergi. Tqah memang ada masalah allergi, resdung, eczema semua ada. Genetic in family juga. Waktu nak ambil alfalfa ni jari manis kiri eczema teruk. Kulit kering, gatal yang amat, mengelupas. Nasib baik sebelah kiri, kalau sebelah kanan habisla mak mertua nak sarung cincin tengok jari menantu buruk alahai. Tqah juga ada eczema di bawah hidung, bekas jerawat tapi tak heal dan sentiasa mengelupas dan gatal melarat jadi eczema. So tqah amalkan alfalfa mula-mula sebiji selepas makan. Takut nak try 3 biji terus sebab tqah jenis jarang makan ubat. Takut kesannya kuat sangat. The...

Khasiat Vitamin C untuk jerawat

Image
Bismillah Cuba angkat tangan sapa yang tak pernah ada jerawat? Hampir tiada sesiapa tidak pernah tidak ada jerawat. Mesti pernah ada walaupun sekali seumur hidup. Jerawat ni antara masalah utama golongan remaja, ketika hormon-hormon di dalam badan ketika usia ini di tahap cuba untuk sesuaikan diri orang kta..hehe Jerawat terjadi apabila liang-liang roma(hair follicle) tersumbat dengan minyak dan tisu mati. Jerawat tidaklah bahaya tetapi kalau tidak dikawal dan dirawat dengan betul dan baik akan meninggalkan kesan yang buruk sekaligus menyukarkan rawatan pada masa hadapan. Keyakinan diri pun kurang disebabkan parut-parut jerawat. Antara produk Shaklee yang mampu membantu masalah jerawat adalah Vitamin C. Berfungsi sebagai antioksida dan penghasilan kolagen. Vitamin C boleh beli kat mana-mana pharmacy. Tapi untuk Vitamin C Shaklee ia berteknologi "sustained released". Maksudnya vitamin C dirembeskan secara perlahan-lahan dalam satu jam dan berula...

FAST ACTING FAST RESULT

Image
Bismillah Pejam celik pejam celik dah 3 bulan graduated dari IIUM. Wishlist untuk cuti ada yang dah dipenuhi walaupun tak lama..haha Cuba untuk memenuhi cuti dengan perkara bermanfaat dan flexible Memilih untuk buat online business ja.. So sekarang nak cuba Shaklee pulak..mula2 fikir malas la nak jual produk-produk kesihatan ni sebab susah nak kena explain tentang khasiat dia..tapi bila fikir semula kerjaya aku sebagai Doktor nanti pun perlu explain kepada patients tentang kesihatan dan kebaikan ubat-ubat atau vitamin2 yang diberi.. Ditambah pulak dengan Kak Artika yang tengah buat Phd dan pernah jadi mentor kepada aku waktu Medical Student, so aku pilih dia sebagai SV dalam Shaklee. Orang kata sambil menyelam minum air. Sambil tambah ilmu tentang khasiat vitamin and so on, tambah kenalan, tambah pendapatan, tambah aura positif, tingkatkan kesihatan sebab aku rasa nak try Shaklee supplements ni. Terasa sedar diri sebab sejak kebelakangan ni banyak pe...

YA.

Ya. Aku kata aku hamba, Tapi kenapa aku leka. Aku kata aku akan pegang kata-kata, Tapi kenapa aku dusta. Ya. Aku kata aku hina, Tapi berjalan mendabik dada. Aku kata aku bukan siapa-siapa, Tapi kenapa pinta disanjung bak raja. Ya. Aku percaya dunia ini mainan semata-mata, Tapi kenapa Kalam-Nya tak dibuka. Aku tahu Dia yang kuasa, Tapi kenapa bila gagal lupa segala. ~NAM