Posts

Ya Allah!!

Ya Allah! Subhanallah!Allahuakbar! itulah reaksi aku bila aku tengok video pembedahan tadi.. macam nak luruh jantung.. serius rasa berdebar-debar.. pembedahan orang yang ada penyakit urinary incontinence..(tajuk EAP aku) memang sangat 'slumber' ja doktor tu potong-potong... adoiyai..camna nak jadi doktor ni.. baru tengok video tak tengok 'real' lagi.. Tapi kira okla aku tak pengsan tengok video tadi.. Bengong sebentar bila tengok orang kena potong dengan pisau.. Ya Allah berikan aku kekuatan mental dan fizikal untuk aku meneruskan perjuangan ini, jangan biarkan aku tersungkur di pertengahan jalan..

Pesanan kepada Diri..

Image
Anda tak suka orang yang tunjuk bagus? Maka jangan tunjuk bagus.. Anda tak suka orang berlagak pandai? Maka jangan tunjuk pandai.. Anda tak suka laki perempuan tak jaga pergaulan? Maka jaga pergaulan anda.. Anda tak suka orang tegur anda dengan cara perlian? Maka jangan perli orang.. Anda tak suka orang bermuka masam dengan anda? Maka jangan bermuka masam dengan orang.. Anda tak suka lelaki ganggu anda? Maka janganlah ganggu lelaki(apakah?) Apa yang cakap sebenarnya ni?? Sebenarnya nak tulis 1 ja.. Kalau ada orang yang confess kepada anda.. Dan anda tak sudi dan dia masih mengganggu caranya 1 ja.. Tutup jalan,jangan balas msg atau call.. Tapi selepas menjelaskan keadaan dengan cara yang baiklah.. Kerana kalau jalan masih dibuka keadaan akan menjadi worse.. Kerana cinta sebelah tangan takkan menjadi..

Penggali....

Image
Baru habis tengok@tonton drama "Penggali" kat@di TV 3.. Slow je jalan cerita dia tapi best dan berisi.. Makin banyak pulak drama berunsurkan Islam kat tv sekarang.. Alhamdulillah baguslah masih ada yang ingin berusaha untuk mengetengahkan unsur-unsur Islamik ini walaupun mungkin caranya tidaklah bertepatan sangat dengan Islam.. Sebabnya artis yang berlakon pun tak menjaga batas pergaulan dengan betul.. Anyway drama Penggali tadi kira 'okla'.. Bab sentuhan lelaki perempuan diminimakan.. Bukan bermaksud menyokong Tetapi selagi mana ada perubahan alhamdulillah Perubahan tidak boleh secara drastik.. Mana tahu mungkin dari lakonan yang diminimakan pergaulan lelaki perempuan ini mendetikkan satu perasaan kepada para pelakon kita untuk terus tidak melakonkan adegan yang terlarang antara lelaki perempuan.. Pengajaran dari drama Penggali: Sekaya mana pun kita,setinggi mana pun jawatan sebesar mana pun rumah kita,selangit mana pun kita dijunjung Tetapi andai kita tidak letakkan...

Kan best camni..

Image
Alangkah bahagianya jika negara kita begini .... Mesti kurang yang mendedahkan aurat Mata terjaga,hati terjaga Bahagia dunia akhirat.. Wanita itu panahan syaitan.. Wanita sangat 'mujarab' untuk menghanyutkan seorang lelaki baik, Wanita mampu menghancurkan dunia.. Tapi ingatlah wanita.. Kuasa Allah lebih besar.. Segala tuba yang diberi Pasti akan dibalas dengan azab yang tak terlintas.. Bertaubatlah diri.. Jadilah permata dunia dan bidadari syurga...

Apabila sahabat???

Image
Pernah ditinggalkan sahabat? Pernah meninggalkan sahabat? Pernah tertinggal sahabat? He3..persoalan yang tersirat, fikir-fikirkanlah iklan sebentar... Apa erti sahabat sebenar kepada anda? Pernah anda menjadi sahabat kepada sahabat anda seperti yang anda ertikan sahabat itu bagaimana? Jika tidak,usah mengharapkan yang lebih-lebih dari sahabat yang anda anggap sahabat itu.. Apa yang anda beri,itulah yang anda dapat.. Jika inginkan sahabat bersama ketika duka, Maka bersamalah denganya ketika dia berduka, Jika inginkan sahabat yang dapat menghulur ketika susah, Hulurkan dahulu ketika dia susah walaupun sedikit, Jika inginkan kasih sayang dari sahabat, Curahkan dulu kasih sayang kita kepada sahabat, Jika inginkan sahabat yang mencari cinta Allah, Maka carilah dahulu cinta Allah, InsyaAllah kita akan bertemu sahabat yang menuju cinta Allah, yang bersama ketika suka duka, yang menghulur ketika susah dan yang memberi kasih sayang tanpa dipinta.. Bercinta biar pada Yang Satu, Bersahabat biar ...

I'm Sorry

Image
Banyak kesalahan yang aku buat, Banyak tanggungjawab yang aku abaikan, Banyak kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari mulut, Banyak tanggapan tak baik yang aku lakukan, Aku minta maaf sahabat-sahabat sekalian, Aku sememangnya sangat lemah, Aku cuba untuk menjadi yang terbaik, Tapi kadang-kadang aku tersasar, aku tak mampu menjadi sebaik kalian, Aku hanya ingin menjadi diri ku sebenar, Jadi terima aku seadanya,jika tidak tak perlu kalian bersusah-susah untuk menerima diriku yang tak seberapa ini.. Aku lebih dambakan redha Ilahi, namun aku masih dan sentiasa inginkan kesenangan kalian bersamaku.. kerana ukhuwah yang ikhlas itu juga diredhai Allah...

When Doctor try To speak..

Image
Dah tulis panjang-panjang tadi.. Tapi tiba-tiba aku terus tekan Ctrl+A,backspace.. so dah terdelete sume...jadi sekian saja untuk post kali ni.. When doc try to speak....