Wednesday, April 13, 2016

YA.

Ya.
Aku kata aku hamba,
Tapi kenapa aku leka.

Aku kata aku akan pegang kata-kata,
Tapi kenapa aku dusta.

Ya.
Aku kata aku hina,
Tapi berjalan mendabik dada.

Aku kata aku bukan siapa-siapa,
Tapi kenapa pinta disanjung bak raja.

Ya.
Aku percaya dunia ini mainan semata-mata,
Tapi kenapa Kalam-Nya tak dibuka.

Aku tahu Dia yang kuasa,
Tapi kenapa bila gagal lupa segala.

~NAM

Friday, March 27, 2015

Cuti kenduri kahwin orang

Bismillah...cuti kali ni panjang dan cuti yang paling dinanti-nantikan dek kerana posting Orthopaedic 3 bulan tak balik Kedah langsung...memang cuti habis-habisan, makan habi-habisan segala benda yang mengidam waktu di Kuantan(fine, kalah orang study oversea), but still tak boleh bandingkan sebab kita berada dalam situasi yang berbeza, so rindunya pun berbeza..

So cuti kali ni memang mencabar, sebab?sebab dipenuhi dengan kenduri kahwin kawan-kawan seangkatan umur :x..sampai-sampai dari kuantan lepas perjalanan selama 12jam(kalah oversea kan) terus bersiap sedia ke kenduri pertama di Baling nuuuuunnnn di sana...tapi musafir yang berbaloi, dapat pengalaman kenduri dari culture yang berbeza..ala hindustan gitu..ternganga masing-masing tengok kaum kerabat pengantin pakai sari (dibuat baju yang menutup aurat) cantiiikkk bangat!

ini kami otw ke kenduri,semua baru sampai dari 'oversea'


this is sariiiiiii

Sambil tengok sambil terfikir nak buat baju pengantin macam tu tapi macam tak sesuai ja dengan diri ini, hidung tak mancung, 'comei' pulak tu..

Ada lagi beberapa sahabat yang menamatkan zaman single dalam cuti ni tapi tak kesampaian ke kenduri
jannah & asif

kak fathy & shukri


and last, rombongan ke SIK..aminah suhaila dah kawiiiiinnnn, yang
lain masih mencari dan menanti yang tak kunjung tiba..eh?
hah,kebetulan semua pakai baju merah,kami tak rancang, Dia yang bagi,
sweet kan?
Ada lagiii...firdaus sateri &pasangan, Sahal& pasangan..sahabat-sahabat Matgwa dan UIA.
Aku?masih dalam fasa tidak percaya, umur dah masuk fasa akan berkahwin (tak tahu berkahwin di dunia atau di sana)

Rasa macam baru semalam berkawad PBSM, join kem PRS, kem ketua rumah sukan, perarakan rumah laksamana, buka bank malam2 waktu prep, minum air vending machine tika stress dengan prep malam, berdiskusi soalan-soalan add math, bergosip & nama samaran crush..

Ditambah lagi dengan jiran sepermainan dari kecil yang muda 4 tahun punn kahwin juga
adik jiran kawin dulu,xpa bg peluang

Aku?masih tak percaya...masih di dunia sendiri...bak kata orang lain dia akan mai pada masa dan tempat yang sesuai...yang kita perlu fikirkan adalah tanggungjawab yang perlu digalas selepas perkahwinan, bukan senang, orang yang terpilih saja..

Bak kata fafau, jodoh dengan mak ayah lagi panjang, patut bangga dengan amanah tu..salute jawapan fafau ni..

Monday, October 13, 2014

Sayang kerana susah


Bismillah…lagi seminggu bakal tamat posting Community Medicine yang sangat mencabar bakat ‘Critical Thinking’ dan juga ‘Communication skill’…posting kali ni membawa kami ke dalam masyarakat..minggu ke 2 selepas mula posting sudah di bawa ‘makan angin’ ke Jerantut dan Ulu tembeling yg bukan angin sangat la..pasir, air semua ada..pendedahan kepada penduduk pedalaman yg memerlukan perjalanan menaiki bot selama 4 jam menelusuri sungai..kebetulan hari kami bertolak hujan dan air sungai cetek  terpaksa tolak bot yang tersekat lebih kurang 10 kali..memang patah pinggang..bayangkan penduduk yang dh menetap berapa tahun kat situ..serius doktor yang bertugas di klinik pedalaman memang golongan yang harus diberi penghargaan tinggi..banyak yang mesti di syukuri…mata ini sangat mengajar diri untuk bersyukur..terlalu banyak perlu disyukuri..terlalu banyak
1st event at Jerantut,Klinik Pergigian..ni keja kami

Semua,setiap inch and tapak kaki kena ada gambar


Kami dengan group bot kami, sempat main teka-teki sebab boring sebab tak da wifi tunggu bot lain yang lambat

Bot itu

Dr Karimah, supervisor kami yang sgt2 cool..beliau tolak bot kami atas bos, sorry doktor..:)


how we spent our time when there was no wifi and service at all!

RARE

Sebelum naik bot, sepatutnya di atas tapi malas nak edit('enjoy' semua sebab tak tahu lagi apa bakal dihadapi)

Discussion on our research walaupun dalam 'makan angin'




Balik dari ‘makan angin’ hidup diteruskan dengan research yang menjadi salah 1 projek wajib setiap kumpulan…our research is about Knowledge, attitude and practice(KAP) on dengue fever..topik yang Kementerian kesihatan cadangkan memandangkan kes denggi yang mendadak naik kebelakangan ni.
   So bermula lah bermacam-macam drama…waktu ‘makan angin’ teamwork’ di uji dengan keseronokan,gembira, senang hati..kali ni kekuatan ukhuwah di uji dengan masalah, pening kepala,                          migraine, mengantuk, tak faham, lapar semua ada..tapi itu normal..’pergaduhan’ perlu ada untuk penambahbaikan…tapi apa yang aku bole konklusikan adalah..aku lebih sayangkan group commed ni sebab kami susah bersama, pening bersama..walaupun berjaga malam, buat research yang separuh faham ni masih bole bergelak ketawa..hati lebih gembira berbanding sewaktu senang..DITAMBAHdengan doktor-doktor nya yang sangat-sangat supportive…tiada kata-kata merendah-rendahkan pelajar, sentiasa positif dan sangka baik kepada pelajar..walaupun kadangkadang ada yang ambil kesempatan tapi itu tugas pendidik aku rasa..cabaran yang harus di ambil kerana kata-kata mereka adalah doa..mendidik adalah proses yang panjang bukan sehari dua boleh dapat hasilnya..





 
                                            Program Kesedaran Denggi




















Tuan Pengurus Felda

Kami, bakal doktor yang perlukan lebih lagi ilmuuu...

Lepas ni Family Med pulak..bersama masyarakat juga..cabaran baru pulak…kembali memakai white coat..kembali ke zaman muka tebal…Semoga Allah mudahkan jalan kami dan jadikan kami doktor-doktor yang tabah dan amanah.

Monday, October 6, 2014

Bergantung

Pengalaman hidup mengajar aku,
Jangan biasakan diri mu bergantung kepada orang lain,
Kerana saat akhirnya kau sendiri yang harus harungi segala-galanya,
Kerana mereka bisa berkata bahawa mereka akan sentiasa di sisi,
Tapi di akhirnya kau seorang,
Kerana mereka juga manusia,
Manusia seperti kita,
Yang perlu bertungkus-lumus untuk hidup,
Macam kita.

Wednesday, June 18, 2014

友人

Sahabat,
Gambaran siapa kita,
Mampu mencorak siapa kita.

Sahabat,
Bole jadi pendorong,
Bole jadi pengkhianat.

Sahabat,
Mahu jadi baik,
Cari lah yang baik,
Mahu hancur,
Carilah yang tiada matlamat.

Namun,
Jika kita kuat,
Jadi lah sahabat,
Yang mampu mendorong,
Yang mampu mengilhamkan,
Yang mampu dicontohi.

Tuesday, June 17, 2014

Redha

Di kala malam sunyi sepi,
Tika insan tenggelam dalam mimpi,
Musafir yang hina ini,
Pergi membasuh diri,
Untuk menghadap Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri,
Di hadapan Mu tangisan ku keharuan,
Hamba yang lemah serta hina,
Engkau terima jua mendekati,
Bersimpuh di bawah duli kebesaran Mu.

Ampunan Mu Tuhan,
Lebih besar dari kesalahan insan,
Hamba yakin pada keampunan Mu Tuhan
Bukan tidak ku redha dengan ujian,
Cuma cubaan nak mengadu pada Mu.




Monday, June 16, 2014

Si baju putih

Sepasang baju putih,
Kini bukan lagi 1 kemegahan bagiku,
Namun ia 1 bebanan.

Sepasang baju putih,
Dulu menjadi idola ku,
Kini, masih idola ku,
Namun dalam pandangan mata yang berbeda.

Sepasang baju putih,
Bukan 1 kebanggaan,
Bukan 1 kemegahan,
Tapi penuh dengan tanggungjawab,
Tanggungjawab bermula dari saat berkeputusan memilih jalan ini,
Dan mungkin hingga hujung nyawa.

Sepasang baju putih,
Bukan 1 mainan hingusan,
Tapi ber'main' dengan nyawa,
Ber'main' dengan emosi,
Ber'main' dengan sabar.

Sepasang baju putih,
Menuntut emosi diketepikan,
Memerlukan hati 'kering',
Memerlukan urat besi.

Sepasang baju putih,
Di sebalik itu adalah manusia biasa,
Yang memerlukan emosinya di layan kadang2,
Yang memerlukan air mata,
Yang kadang2 amarahnya datang juga,
Yang uratnya sama seperti manusia lain..

Sepasang baju putih,
Baju sakti,
Pemakainya menjadi kuat,
Mohon doa agar terus kuat dan ikhlas..
Mampu hadapi segala ujian menghadap.



Tuesday, June 10, 2014

Di kala umur-umur sebaya ku ramai berbicara tentang kahwin termasuk diri sendiri..seronok tengok kawan2 sebaya sudah berpasangan, sweet, bahagia, halal...masing-masing rasa terjaga, rasa dicintai, rasa berpunya...ada yang bangga akad nikah sekali lafaz...kalau lah kita dilihatkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai isteri dan suami, mungkin berkali-kali lafaznya...sekali lafaz tandanya anda suami menanggung segala dosa isteri...seronok memang seronok, bahagia memang bahagia sebab itu memang fitrah yang diberi kepada kita...tapi di sebalik rasa suka itu terselit segala macam tanggungjawab, amanah yang wajib dilaksanakan...

katanya kita nakkan syurga tapi kelakuan kita tak seperti ahli syurga

Sunday, April 13, 2014

sesekali kita pandang ke belakang, rasa rindu nak kembali ke sana
sebab kita tahu di belakang sana banyak manis, gembira, baik utk kita
kadang-kadang rasa nak kembali ke zaman kanak2 sebab rasa waktu tu tak banyak buat dosa
sekarang, dosa bertimbun2, mati makin dekat tak tahu mungkin dekat tu dalam masa beberapa saat saja
makin meningkat usia makin banyak perkara perlu difikirkan, dipertanggungjawabkan..
banyak juga dosa kalau tak jalankan apa yg perlu dilaksanakan...

Allah, aku mohon kekuatan iman untuk istiqamah dalam kebaikan,
aku mohon petunjuk jalan agar aku sentiasa dalam bimbingan-Mu,
aku mohon hati ini tidak goyah dengan bisikan maksiat pesona dunia,
aku mohon terangkan hati ini dengan iman,
aku perlukan kekuatan dari-Mu :'(

Sunday, March 9, 2014

AG di Balok

Bismillah, alhamdulillah...dah tahun ke-3 berfamily day bersama AG...tapi time ada games best-best kena jadi committee pulak, tapi still happy tengok orang lain main dengan semangat :)...Indahnya ukhuwah apabila kita happy melihat orang lain tersenyum ketawa dalam keadaan hati kita diselubungi masalah lain..dan ukhuwah itu tidak boleh dibina dalam masa sehari dua, ia memakan masa bertahun-tahun...dan mungkin masa 3 tahun masih belum cukup untuk sesetengah dari kita, but we still have 2 years to create new events together :)
pantai balok 7.30am

malam sebelum kejadian

committee





subhanallah!!!!


wajib

ni pun wajib

?






Monday, March 3, 2014

Yang kecil itu permata


Allah tahu apa dalam hati kita sekarang, sebab itu kalau kita sentiasa berfikir dan redha dengan jalan hidup kita akan ada sesuatu yang membuatkan kita rasa tenang dengan apa yang berlaku mahupun baik atau buruk..we just have to think..kadang-kadang Allah temukan kita dengan seseorang, temukan kita dengan risalah2, video2 yang kita sangka kebetulan sama dengan apa yang kita fikir...kita fikir ia perkara kecil jadi kita abaikan..

Kadang-kadang sekecil-kecil kejadian dalam hidup memberi impak yang sangat besar...kita tahu itu tapi sedar tiada...bila hati rasa hampir putus asa dengan apa yang dibuat selama ni Allah hantar seseorang khabarkan kepada kita bahawa itu adalah yang terbaik...terima kasih kawan...yes!betul! just a few word you gave to me...I still thinking about it...sekecil-kecil perkara memberi kesan besar.


Saturday, July 20, 2013

Exam^3

Tidak selalu apa yang kita inginkan menjadi seperti yang digambarkan,
Tidak semua yang kita perlukan diterima seperti yang dikehendaki,
Tidak semua orang bole terima apa yang kita fikir kerana boleh jadi kita berasal dari latar berbeza....

Membuat keputusan untuk memilih "Medic" bukan perkara kecil rupanya, setelah 2 tahun baru terasa dan sedar, nasib baik pilihan atas dasar diri sendiri bukan sebab orang lain...Patutlah selalu dengar orang kata,"kalau ada anak xnak dia amik Medic"...hu3...it's true but sometimes it can be wrong...mak ayah yang dah rasa peritnya amik Medic mestilah tak mau anak2 rasa betapa stressnya sbg pelajar Medic tapi di sebalik naluri itu ada rasa bangga kalau anak mereka berjaya harungi cabaran sebagai pelajar Medic...tamatnya 1st Pro exam bermakna selesai sudah 2 tahun pengajian sebagai pelajar lecture hall KOM...bila dikenang kembali dulu semangat nak habiskan 1st year yg mana lecture hall dia bawah sekali...pandai UIA main psychology...lecture hall 2nd year level 2, so bila nampak senior2 2nd year naik atas rasa semangat aku mesti habiskan tahun 1 dengan lancar...dan alhamdulillah lancar yang Allah bagi walaupun rasa study tak lah selancar mana....bila masuk 2nd year rasa dh macam2...kadang2 bosan,kadang2 malas,kadang2 semangat,kadang2 rajin, kadang2 pernah rasa nak give up...sebabnya rasa penat dah nak fikir...hu3 sampai ke tahap tu kadang2 tapi itu normal kalau kadang2 bila rasa stress kan...depends on how we manage the stress la kann...orang kata nak amik Medic kena ada minat..hmm...tp xsemestinya...SABOR itu lagi penting...ada ja kawan2 yang pernah ckp seniri dia xminat pun Medic tp sbb mak ayah dia nak dia teruskan ja dan dia lg cemerlang dari orang yang ada minat..kalau orang tu ada minat tapi xda sabar memang xsompat la nak menghobeskan study...sepanjang 2 tahun...banyak,sangat banyak perkara yang perlu diambil iktibar, bukan bab akademik ni, tapi bab hubungan dengan Allah...kalau kita ni kaki usha..kita bole nampak sapa yang dapat berkat ilmunya...ada orang study 24 jam cemerlang,top dan ada yang biasa2 ja result...ada yang study 2 jam sehari tp result gempak, ada yang nampak slumber ja g kelas lenggang kangkung ja tp bila masuk discussion PBL dia sembang dengan Prof ja...kwn2 len nganga tgk papan putih jela...ada orang sembang kencang cerita macam2 tp exam "biase2" "aje" (xda rezeki namanya)...

Semua orang bole nilai sendiri dengan result Pro exam baru2 ni...orang yang tak disangka2 dapat PASS/D..dan itu semua adalah rezeki masing2 dan hasil usaha serta berkat yang ada pada diri masing2...dan ada juga yang masih tak percaya markah sendiri sebab higher than expectation...and that really make us realize that without Allah we are nothing and because of Allah we are something...lagi memberi pengajaran waktu tunggu result Pro exam keluar..Allah, hanya Allah yang tahu rasa hati waktu tu..result keluar 2 hari selepas exam, semua orang rasa diri masing2 dpt viva dan menunggu call kalau2 dapat viva utk border line, yang selalu distinction mesti la berdebar2 tunggu call untuk viva distinction...memang xda langsung rasa gembira dan enjoy lepas exam...nak tido pun xda selera,jantung berdegup non stop...waktu tu terasa lemah gilerr...rasa mcm hopeless...baru Allah uji sket dah xbetoi dah rasa...mcm2 andaian muncul dlm otak...dan ketika itu lah datangnya peranan doa...doa menenangkan segalanya...doa meletakkan harapan kita pada tangan Allah bukan pada tangan makhluk dan itu serius menenangkan...dan exam yang dulu aku anggap sangat membebankan dan langsung tak berkesan ada hikmah sebenarnya kalau kita berfikir...exam bukan setakat menguji sejauh mana ilmu yg kita ada tp ia menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, menguji sejauh mana berkatnya ilmu kita, mengajar kita belajar bukan utk exam ja sbbnya soalan berulang dan ketika itu kita akan menyesal sangat sbb kita lupa benda yang dulu pernah jadi sangat senang untuk kita hadam, menguji sejauh mana cintanya kita kpd ilmu sbb ada orang akan study bila ada exam ja,xda exam xda study...banyak sebenarnya perkara diuji atas nama exam ni...cuma kita nampak atau tak ja...dan sudah semestinya segala usaha yang kita dah lakukan keputusannya tetap di tangan Allah...itu buktinya kita ini hamba lemah tanpa Dia...so be humble dan jangan riak mendabik dada...keep praying dalam susah atau senang,syukur dengan segala keputusan yang Allah dah tentukan dan cuba untuk baiki usaha sedia ada...Allah Maha Tahu

p/s: nikmat melebihi syukur apa lagi yang kita mahu nafikan...Allah belum beri hidayah itu semua alasan untuk sedapkan hati sendiri...sampai bila mahu sedapkan hati sendiri..dah mati nanti xda yang dapat sedapkan hati lagi

p/s: ini semua cakap depan cermin

Wednesday, May 22, 2013

Kepada yang bernama Lelaki

Kepada yang bernama lelaki :

Andai kamu tahu kamu menggalas tanggungjawab besar,
Andai kamu tahu malunya wanita itu terletak pada sejauh mana malunya kamu,
Andai kamu tahu, sebijak mana wanita itu bergantung kpd bijaknya kamu,
Andai kamu tahu, imannya wanita berharap kpd imannya kamu,
Andai kamu tahu sucinya hati wanita, perlu kepada sucinya hati kamu...

Andai kamu tahu...tanggungjawab besar di bahu mu untuk wanita...

Tapi itu semua andai kamu tahu...tidak semua kita tahu dan tidak semua yang kita tahu itu benar...Allah Maha Mengetahui.

p/s: seindah hiasan adalah wanita solehah...di sebalik wanita solehah adalah seorang lelaki yang amanah kepada tanggungjawabnya

Thursday, May 2, 2013

Fuhh!!

sabar je la hati... orang selalu kata "hang ni lembut sgt la tqah"..meaning that bukan lembut aww tp lembut dari segi senang beralah...yes I admit that...kadang2 terfikir juga kenapa aku ni selalu lebihkan apa orang rasa brbanding apa yg diri sendiri rasa... tapi ada sesuatu yang perlu diselami...dan untuk saya itu adalah yang terbaik untuk diri...lebih senang memendamkan dan memaafkan rasa marah berbanding meluahkan...dan ada cara yang lebih selamat(lpas geram kat adik2, ha3) utk melepaskan geram terhadap seseorang berbanding menengking dia dengan kata2   durjana(cewah)...it's good you know when you have the ability to keep perasaan marah from that person...sebab sebenarnya perasaan marah tu bukan sebab apa pun tp syaitan yg dok bisik2 membakar2 jadi batu api, then masalah kecik jadi masalah besaq...me selalu buat..rasa xpuas hati kat sorang ni...but I keep it sorang2...tp kadang2 gtau mak gak..and kadang2 tak pasal2 adik2 pun kena dgr citer juga walaupun tak kenal pun sapa kah orang itu..:)but you know when you come back and that person did something good for you...haaa...that time rasa bersalah sangat sebab kita dah citer rasa xpuas hati kat family...dan masa tu lah muhasabah balik...apa yg dia buat pada kita mungkin kita pernah buat pada orang lain....I try to rewind back what I did and sometimes I found it! ha'a la..aku penah pinjam barang dia ni aku hilangkan...dan we have to admit la semua orang ada kelemahan dan semua orang akan buat silap...menegur dengan cara berhikmah...dan lagi satu..simpan rasa marah memang menyakitkan dan kadang2 ia membuatkan anda menangis sorang2...but it's good apabila kita menyalurkan rasa marah tu kepada saluran yang betul...bila keadaan di mana kita tiada sapa2 utk dengar apa kita rasa, Allah selalu bersama...hanya berdoa dan luahkan apa yang dirasa, insyaAllah hilang segala beban di hati...dan apa yang saya selalu lakukan bila marah ke seseorang, i'll put a gap between me and 'dia'..but not permanent gap la...just cuba elakkan dari berjumpa dengan dia utk seketika utk reda kan rasa marah..tp jangan la obviously tunjuk kita cuba elak dia...insyaAllah berkesan...after hilang rasa marah kawan la balik...dah besar kan...for me itu lebih baik berbanding kita suarakan marah then bermasam muka antara 1 = lain... and lastly always keep in your mind that kita semua akan mati...rasa marah tu tak membawa ke mana pun..dan ini yang selalu saya pegang...buat apa nak simpan rasa marah kat seseorang kalau itu buat anda merana ja kan...campak ja rasa marah tu ke tong sampah berdekatan...ha3 walaupun  kat atas tu ada tulis nangis sorang2 kn..biasala kadang2 lemah gak,tp lemah itu lah yg nk bina kekuatan..lpas nangis kuat balik la...so terus kuat!

p/s: tak payah la marah2..buruk sangat..tambah2 marah atas benda yang remeh n duniawi ni..tambah lagi marah atas benda yang bukan salah orang tu pun...lagi tak rasional...moga bermanfaat...

Tuesday, January 29, 2013

BERITA HARI INI



                                      
  
                          Harapan sia-sia.:()







                                                    
                                        Kecewa lagi. :(



Sedih, gembira, kosong. :( :) 0
Mengalir air mata hati. :'(
Tapi saya redha. :)

                          
                                      Itu bukan yang terbaik untuk saya, mungkin ada yang lebih baik :p

                  

                         
                                        Jangan berhenti berharap :)))